Tuesday, 12 March 2013

Mendekat atau menjauh??

Entry Bahasa Melayu

Assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim...

Pagi2 buta macam ni perut tiba2 minta diisi...(aduhai...lapar je memanjang...huhu..nak membesar agaknya..@_@)...Jadi saya ringankan tangan buat roti bakar sebagai peneman perut supaya tak berbunyi..huhu...dan..here I am...dari xde niat nak menulis, jadi terjebak menulis entry baru..InsyaAllah moga ada manfaatnya nanti..

Mendekat atau menjauh?

Haa..ape pulak main teka teki pepagi ni kan..huhu..apa yang mendekat?dan apa yang menjauh?jodoh?kejayaan?iman?haaa...bukan..so..apa yang saya cuba nak sampaikan ialah jarak kita dengan masa lampau kita..semakin mendekat atau menjauh?..masa lampau tu boleh merangkum pada history hidup kita, jalan yang pernah kita tempuh, persahabatan yang kita pernah ada, dsb..korang boleh tambah sendiri definisi masa lampau tu..rasa2 semua mesti dah pandai2 belaka kan..^^,

Soalnya..kenapa kena nilai jarak kita dengan masa lampau?bukankan pernah diriwayatkan bahawa masa lampau itu adalah yang paling jauh dari kita dan kematian itu adalah perkara yang paling dekat dengan kita??Dari satu aspek..yup!memang betul masa lampau tu sangat jauh dari kita sebab adalah mustahil bagi kita nak undur masa atau nak putar masa balik ke masa lampau..."Andai dapat ku undurkan putaran dunia...ingin ku ulang semula"..antara lirik lagu yang berkaitan dengan penyesalan waktu lampau..tapi dari satu aspek kecil dari saya..masa lampau itu akan berulang jika langkah kita semakin mendekatinya...atau dengan kata lain...kita ni nampak je maju ke hadapan tapi sebenarnya mundur ke belakang!

Jadi bagaimanakah jarak kita dengan masa lampau kita disaat ini?kerana mahu atau tidak yang lampau itu pernah mencorak kehidupan kita..pernah menjadi teras kepada pemikiran kita..pernah menjadi mentol dalam minda kita...so..masing2 dah ada jawapan?semakin mendekat atau menjauh?..wahai sahabat, saya juga dalam keadaan terkira-kira..menghitung-hitung dengan neraca sendiri..^^,

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian!

"Manusia yang beruntung itu adalah manusia yang hari ini nya lebih baik dari hari semalam..dan manusia yang amat rugi itu bila hari ini nya lebih buruk dari semalam"...hmm,biasa dengar kan ayat2 ni...tapi berapa ramai yang menjiwai?..sampai soul habis dengan ayat2 kat atas tu?ke ramai yang ibarat angin lalu je?..^_^...saya?jujur saya cakap saya belum soul ayat2 ni...sebab mendisiplinkan diri tu bukan mudah...tapi tak mustahil..banyak kali juga saya tergolong dalam golongan rugi ini...pastu menyesal..moga2 dengan penyesalan itu membuahkan kesedaran...tapi nanti lupa lagi!Allah..lemahnya saya sebagai manusia..

Terkadang kita menjaga setiap langkah kita..mulut kita..mata kita...tapi semuanya akan gagal bila kita gagal dalam mengawal hati kita..sebab tu saya cakap, kita mungkin saja menghampiri masa lampau dalam keadaan kita bergerak kehadapan..bunyi macam payah kan?payah atau tidak tu mungkin berbeza pada setiap individu..kekuatan masing2..tapi pada saya memang payah!

Saat kamu dikumpulkan, amalan2 kamu terbang seperti debu!

Rugi..memang rugi...bila amalan bertukar menjadi debu..Nauzubillah...kita rasa kita dah terbaik..nyata dalam pandangan Allah kita masih lagi lekeh...tapi jangan risau..ibarat si ayah mengajar anak berjalan, dia lepaskan dan biarkan anaknya jatuh..sebab dia yakin anaknya dapat bangkit semula..namun apabila bahaya mendatang, dengan pantas si ayah memberi pertolongan..begitu juga Allah dengan kita..Allah biarkan kita berjalan, bila kita jatuh Allah biarkan sebab Allah tak pernah menzalimi hambaNya..tapi bila mana hambaNya hampir berputus asa, nahh..bantuan Allah datang dari sudut yang tak tersangka-sangka..hebatkan Allah?

Ketika saya menulis entry ini, saya ber'bbm' dengan seorang teman baik saya..dia juga sebagai pencetus idea untuk menulis..hasil perbualan kami dapat saya simpulkan bahawa masa lampau itu bukan alasan untuk kita berputus asa..bukan juga sebab untuk kita berbangga..tapi sekadar satu perjalanan yang harus ditempuhi oleh semua manusia..cuma mungkin jalannya berbeza..

Allah akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan!

Mungkin sebagai penutup..yup!Allah akan menguji dan terus menguji..keputusannya hanya dihari pembalasan nanti..sebagai jiwa yang kononnya mengaku cinta pada Allah dan Nabi SAW...apakah kita takut diuji?huhu...tapi jangan pula mencabar2 agar diri diuji...tu nanti jadi lain pulak...jadi masa lampau itu adalah sebahagian ujian dari Allah..dan Dia tambah lagi ujian itu dengan sedikit ketakutan..kita jadi takut dengan semua yang pernah kita lalui..tapi bukankah itu menjadikan kita lebih berhati2 dan menjaga?..

Jadi mari sama2 kita nilai..timbang dengan neraca akal kita..bagaimana jarak kita dengan masa lampau kita?adakah kita benar2 telah menjauh atau rupa2nya kita semakin mendekat..wallahu'alam..


#chillaxAllahKanAda

Sincerely,
M.

No comments:

Post a Comment