Friday, 18 October 2013

Sembang Petang

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirrahim...petang ni saya nak kongsikan cerita yang agak lucu pada pandangan saya...mengundang tawa kalau saya teringat kisah ni...ceritanya berlaku malam semalam, saya dan berberapa teman kelas pergi makan malam bersama..dan mereka masing2 mula bercerita tentang tugasan dan sebagainya..diantara kami ada seorang yang lebih tua dan sudah berkahwin...(agak2 dah boleh tahu tak cerita apa yang nak disampaikan?)...^^,....

Yups....maka  si penglipur lara mula cerita ciri2 suami yang baik...(dia lelaki)...mula cerita sahaja saya dah tersenyum tanpa niat nak tambah cerita...and the sharing session went along until at one point abang ni kongsi cara2 mengira keserasian jodoh kita (ikut imam al-ghazali katanya...@_@)...makin galak saya ketawa...(pada saya jodoh tu urusan Allah, yg lain tu hanya kebetulan)..yang tak best tu, saya dijadikan bahan uji, kira nama dengan semua classmates yang lain..andddd....it turned up to be negative for all names!...hehehe...lucu sangat...tapi layankan jela...sebab nak tahu kesimpulan cerita...

Our conversation does not stop there..mulalah si penglipur lara bertanya itu dan ini, mengenai ciri2 lelaki pilihan saya, kegemaran wanita dan banyak lagi...and i was like..(blur..blur...blur..)...=p...because as i said...jodoh tu urusan Allah, bila, dimana, bagaimana saat kita bertemu jodoh kita tu wallahu'alam..saya tidak mencari..hanya cuba sehabis baik menjaga diri dan pergaulan..nevertheless i was laughing all the time..

Secara jujur saya sering diasak dengan soalan2 yang berkaitan jodoh dan perkahwinan...macam dah kena prepare template jawapan pula..hiks...nonetheless saya suka layan karenah mereka2 yang terlalu ingin mengetahui status saya sampai soalan2 yang ditanya sangat kreatif...(-__-)...

Pada pandangan saya, setiap manusia mahukan kebahagian...dan kebahagian itu pula subjektif..jika sendirian itu bahagia, mengapa runsing jika tidak berdua? Jika sendirian itu merana, mengapa tidak segera berdua? pilihan terletak pada hati masing2...dalam Islam juga ada hukum nikah..bukan semuanya wajib nikah..(ada sunat, harus, wajib, makruh, haram)..tanya niat dan iman..yang mana satu kategori anda...jangan membuat keputusan kerana persekitaran...orang nak kahwin, kita pun nak kahwin..padahal ilmu masih cetek..kita akan berlaku zalim pada pasangan..nah...itu bukan makruh namanya? pernah satu tahap yang bertanya pada yang lebih alim tentang ilmu Allah, dan dia bersetuju dengan saya.

Baitulmuslimin....siapa tidak mahu membangunkan tentera2 islam yang akan jihad dijalan Allah..namun niat harus dipasak kukuh dengan agama kerana bimbang cita2 ingin melahirkan perwira tetapi nanti kerana kekhilafan kita, mereka punah..wallahu'alam..

Bagi yang belum bertemu jodoh, usah runsing..kerana janji Allah itu pasti...kalau bukan di dunia, jodoh kita mungkin disyurga..doa sahaja...terbayang di kepala saya kata-kata wali Allah Rabiatul Adawaiyah:

"Perkahwinan itu hanya pada mereka yang punya pilihan, sedang aku hanya ada Allah"

Hebat wali Allah...tapi kita yang hanya orang biasa, sering tewas dengan nafsu, harus bijak mengukur dan menimbang diri sendiri...hidup dengan pilihan dan bertanggungjawab atas pilihan yang diambil...

Wallahu'alam

M.

Tuesday, 15 October 2013

Salam Aidil Adha

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Allah masih memanjangkan umur kita sehari lagi untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha ^_^v...Banyak iktibar dan pengajaran yang dapat kita ambil dari peristiwa Haji dan Korban..Moga2 kita semua tergolong dalam golongan orang yang berfikir.

Masih saya ingat detik ketika saya dan keluarga berada di Tanah Suci pada bulan Jun yang lalu...SubhanaAllah satu perasaan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata..masa tu baru kita sedar betapa kerdilnya kita..hinanya kita, lemahnya kita...masa tu dah tak ada rasa malu nak nangis, nak mengadu, nak meminta..kerana kita rasa amat dekat denganNya. Di Tanah Suci kita berserah 100% kepada Allah kerana kita menjadi tetamunya..kita yakin akan bantuan dan pertolongan dari Allah..Kita korbankan wang ringgit dan masa demi ibadah yang satu ini...kita korbankan rehat dan masa terluang demi mengejar barakah di Tanah Haram.

Jadi apakah nilai korban bagi kita?Adakah korban itu hanya dengan menyembelih binatang ternak?atau hanya dilabel pada 'haji' nya?

Saya percaya ramai diluar sana yang mempunyai definisi korban yang tersendiri..selain dari makna yang ada dalam syariat dan perkataan, pasti ada pelbagai definisi yang tersirat disimpan oleh setiap hamba Allah. Mungkin ada yang kata "aku dah korbankan masa untuk study".."Aku korbankan duit nak pergi bercuti"..tak kira apa pun bentuk korban..asal jangan korbankan maruah, agama dan bangsa..

Pada saya, Aidil Adha yang datang menjengah diari hidup pada bulan oktober ini amat memberi kesan..Sedar tak sedar, masa berlalu pantas..dah masuk bulan oktober kembali..kejap sangat kan..dalam kesibukan mencari ilmu dan dalam masa yang sama cuba menggalas amanah yang diberikan..kadangkala culas dalam mentadbir diri..Allah...sedih bila dah terasa semakin jauh...namun, dalam pada yang sama kadangkala kita tak perasan Allah sentiasa memberi kita ujian untuk menarik kita kembali padaNya..untuk kita berisgtighfar..untuk kita bermujahadah..kalam  Allah jangan dilupakan...

Jiwa ni rasa sesak dengan bebanan tanggungjawab yang digalas..bergelar mahasiswa dan berberapa tanggungjawap lain sering mengundang keluh kesah..tapi padaNya jua tempat mengadu..Kerana saya yakin Allah amat dekat..buktinya?banyak juga doa2 yang termakbul..subhanaAllah sehingga saya menjadi lebih memilih dalam apa yang ingin didoakan..mohon perlindungan dari perkara yang mendatangkan keburukan.

Dalam jalan mujahadah ini banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan.."Membeli akhirat dengan menjual dunia"..mungkin masih lagi bertatih-tatih dalam mengatur langkah..mungkin masih lagi leka dalam tipu daya dunia..mungkin masih lagi tertangguh-tangguh dalam mengerjakan kebaikan..tapi syukurlah andai setiap langkah masih dihayun pada jalan mujahadah.

Saya berpesan pada diri saya sendiri untuk sentiasa bersedia untuk berkorban..yakni dalam bentuk masa, kerehatan, wang, tenaga dan sebagainya untuk menyumbang kepada agama..jadikan setiap apa yang dilakukan adalah kerana mengejar redha Allah..gunakan dunia sebagai alat berguna untuk tabungan akhirat..

Saya masih lagi jauh dan masih banyak perlu belajar...wallahu'alam



M.