Salamun'alaikum...
Entry kali ni dedicated for the upcoming Syawal or Eid Mubarak!!..walaupun ramadan masih berbaki sehari tapi rata2 dah boleh dengar bunyi mercun...domm3...^_^...meriahnya orang nak sambut syawal..tak lupa pada yang istiqamah dalam mengejar malam lailatulqadar..semoga dikurniakan oleh Allah ganjaran setimpal..
It has been 10 years since my late brother passed away...10 tahun dah!...MasyaAllah, time flies extremely fast..and as far as i remembered, i haven't really 'into' raya mood since then..one after another, each year raya brings a different story..and i can't wait for this year's story...(well, yg pass 10 years semua sedih!)...i even declared that there is NO raya for me!..huhu...melampau kan?i try to find what has gone missing?kenapa tak rasa meriah raya?i always come to this conclusion = "aku anak second, orang tak faham camne perasaan aku bila hilang abang. Semua just focus pada akak and adik. Biasalah anak tengah~ konon2 poyo tough..padahal hati cengeng"..tapi sekarang saya rasa somehow alasan tu dah tak valid. Kenapa nak put the blame on a person yang dah takde. even worst blaming the qada' and qadar from Allah. *Headshot!*
Mental processor mula start cari alasan demi alasan baru demi nak puaskan logik fikiran. And the process do deep into a place dimana saya sendiri takut nak jelajah..yup!..it is the deepest place in my heart - A place where the sober planted safely and untouched.
Ramadan kali ini membuka sejuta pintu rahmat pada sejagat manusia termasuk saya. Days and nights berpuasa, ditarbiah dalam universiti ramadan, tapi saya masih tak tahu score saya..Allah..lemahnya semangat juang. But one thing for sure...ramadan kali ini berbeza auranya...sangat berbeza..dan ini mempengaruhi mental processor saya..
Dan saya akhirnya sedar, selama ini bukan salah arwah dah takde, tapi segalanya terletak pada hati kecil ini..hati yang lupa dan alpa..mencari makna dalam pentas mainan...bukan pentas akhir..kata2 kawan menyedarkan saya "Kau pegang tali manusia, kau akan lemah. Tapi kalau kau pegang tali Allah, Kau gagah"..itulah ukhti saya..semangat juang kental..semoga sama istiqamah ^_^.
"Kalau puasa main2, macam mana nak raikan syawal dengan meriah?".. *double headshot*..
Di bulan ramadan ni banyak tazkirah2 ganjaran puasa, dll...setiap kali dengar, rasa macam kena lempang banyak kali..mata berpinor2 (dialek johor)...tapi masih mamai...syukurlah pada siapa yang Allah beri hidayah..hargai lah...sebab sangat sakit bila hilang petunjuk arah.
Kita mungkin melalui perkara yang sama, tapi pengalaman kita pasti berbeza. Contohnya, saya dan awak bela kucing. Saya mungkin kena cakar dekat tangan, tapi awak mungkin kena cakar kat kaki. Dua2 pernah kena cakar, tapi tempat dan kesakitan yang dialami tak sama...sama juga dengan hidup ini, jalan kita menuju pengakhiran mati, tapi jalan awak dan saya lalui tak sama walaupun penamatnya sama2 akan menemui illahi.
Hati jadi sayu pulak bila nak tiba Syawal ni. (mind you, i am very sentimental one...T.T)
Happiness is when you rely on the ultimate power, (Stephen Covey)..kehidupan ada pasang surutnya tapi tidak Allah...kuasa yang teguh dan kekal..termasuklah kasih sayangNya..adakah saya masih menanti?InsyaAllah masih...tapi adakah saya memaksa?tidak sama sekali. Perhati dan terus diperhatikan sambil dalam usaha menampung lompang2 kosong kehidupan.
Ramadan kian melabuhkan tirai,
Meninggalkan manusia yang lena dan lalai,
Hati merintih dalam kabut malam,
Tamatkah sudah kisah semalam?
Ramadan mengajar aku yang jahil dan bebal,
Mengenal erti sabar dan tawakal,
Menggali lubang taqwa dan iman,
Walau keseorangan tanpa teman.
Syawal yang menjengah membawa seribu makna,
Entah akan suka ataupun duka,
Membelek nota kisah lama,
Cuba untuk sematkan ikhlas didada.
Syawal bakal dirai dengan meriah,
Penuh ucapan dan zikir indah,
Moga mulut tidak hanya bermadah,
Langkah dan akal harus selangkah.
Salam Aidilfitri
M.