Sunday, 23 June 2013

I am on the EDGE

Bismillahirahmanirahim...

"Dan Kami pasti timpakan kepada mereka sebahagian seksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"
As-Sajdah : 21


Pernah terdetik dihati saya "Ya Allah, jangan Engkau timpakan apa yang Kau berikan kepadaku ini kepada teman-temanku"..kenapa?sebab saya sayang teman-teman dan mereka yang disekeliling saya. Tapi janji Allah itu pasti..Dia pasti akan sentiasa menguji..sama ada dalam senang mahu susah...segalanya ujian...tanpa henti..bila diuji..hanya rahmat Allah yang mampu dorong kita..sama ada ke jalan hidayah atau jalan kesesatan.

Kadang-kadang bila kita diuji dengan kesusahan, kita buntu...jiwa jadi sempit...mahu dilaung sekuat hati akan seksa yang ditanggung..tapi Allah tegur dalam surah As-sajdah:21...Allah bagi seksa yang sedikit agar kita kembali..supaya kita berjaya di akhirat..

Sakit yang lalu...bila kita hisab, timbul rasa marah dan benci..Tapi syukurlah...kerana kebencian itu tanda Allah sayang kita..Allah titipkan kebencian itu agar kita tidak lalu jalan yang sama..ulang kesilapan yang sama..dan Allah mahu kita transform siapa kita..setiap kali kita terjumpa jalan yang hampir sama, kita akan rasa benci...itulah rahmat Allah...pagar2 yang halus untuk membentengi diri kita..Allah tahu, jika kita benci sesuatu, mudah untuk kita menjauhkan diri berbanding menjauhkan diri dari sesuatu yang kita suka..bukankah Allah itu Al-Latif dan Al-Khabir..Maha Halus dan Maha Teliti...Subhanallah...Astargfirullah...

Kad Jemputan

Dengan dosa yang menggunung, bila hati keluh kesah, bila jiwa bersoal-soal..Allah hantarkan kad jemputanNya..jemputan istimewa ke rumahNya..Subhanallah...sungguh memang jiwa ini menginginkan untuk menatap sendiri rumah Allah...Alhamdulillah, Allah makbulkan...Allah beri jemputan bagi menghiburkan hati yang sudah terlalu lelah dengan karenah dunia..

Tanggal 25Jun2013, insyaAllah kami sekeluarga akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah..Subhanallah!..rezeki yang diaturkan Allah..ketentuan Allah itu sangat hebat, menambahkan lagi taqwa dalam diri..perjalanan awal dijadualkan pada 20Jun, tapi terpaksa ditunda ke 25Jun..dengan penundaan tarikh itu, saya dapat menyelesaikan PSM saya..Allahuakbar...bukan mahu menunjuk2 cuma saya ingin bercerita tentang hebatnya aturan Allah...Dia lah yang Maha Mengetahui kerunsingan dalam hati hambaNya ini. Justeru, apakah masih lagi sombong?masih mahu mendahului dunia...*setepek atas dahi*

MasyaAllah Tabarakallah...diri ini berasa kerdil, jahil, dan hina bila diberi pelbagai nikmat, tapi masih gagal memberikan hasil yang terbaik..solat malam saja belum istiqamah, al-quran masih belum benar2 sampai ke jiwa..solat masih belum sepenuhnya diawal waktu...Justeru, layakkah saya memikirkan dunia melebihi urusan disana?

Semoga kesempatan yang diberi, kad jemputan yang dihulurkan dapat memberi hati yang baru buat saya...hati yang sentiasa ingin dekat kepada pencipta,hati yang sentiasa rindu pada Rasulnya, hati yang benci pada perkara sia-sia..moga juga dapat saya menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menyakiti sesiapa, menimbulkan benci, hasad kepada sesiapa..dan semoga dibukakan jalan buat saya untuk berbakti pada agama dalam kadar saya..lain orang, lain liganya...saya?masih lagi mencari pentas yang layak buat saya berbakti..insyaAllah, Allah permudahkan...



M.


Thursday, 13 June 2013

La Tahzan!

Bismillahirahmanirahim...


"...Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakallah orang-orang yang beriman."

Surah At-Taubah: 51


M.

Tuesday, 4 June 2013

Projek Sarjana Muda..suatu hikmah

Salamun a'laikum...

Bismillahirahmanirrahim...

Hari ini, 4 jun 2013, jam 9pagi...saya dipanggil bagi sesi pembentangan projek sarjana muda(PSM)...wah..hati mula bercampur baur...risau dan pasrah..risau kerana takut persiapan belum mantap..manakala pasrah sebab saya hanya nak grad!ye...tak sabar setelah pelbagai dugaan diharungi..hanya graduasi tarikh yang ditunggu...hati mula terdetik.."ini baru berdepan dengan soalan2 manusia...dipadang masyhar nanti macam mana lah nak jawap dengan Allah..saat bila mulut dikunci, hanya anggota badan yang akan berkata-kata..MasyaAllah"...

Jujur, PSM saya bukan hasil yang terbaik..saya mengaku...nak alasan?tak cukup ruang nanti...huu..tapi satu yang pasti...bila kita tidak bertalaqi, kita mula hanyut dengan teori dan prasangka sendiri...saya extend setahun..dan disebabkan itu, saya tiada kelas..kerana semata2 nak menghabiskan PSM...sem pertama, extend kerana kejahilan sendiri, sem kedua extend kerana Allah uji dengan kemalangan...maka jadilah setahun saya tanpa guru...rindu bertalaqi dengan yang ahli...

Proses menyiapkan PSM bukan mudah, ditambah dengan faktor2 tiada bimbingan mantap...kerap kali menyerah kalah...air mata bukan lagi asing..sampai masa hati terdetik "ah...tak kisah dah macam mana keputusannya..yang penting siap!"...Allah..betapa rendahnya pemahaman ilmu bagi saya...walau apapun...saya bersyukur kerana ia sudah berakhir..tinggal nak hantar jilid thesis nyer..Alhamdulillah...

Manusia sentiasa menunggu-nunggu

Ye..manusia sentiasa menunggu satu perkara ke perkara yang lain...bila dah siap draft PSM, tanya bila nak viva, bila dah viva, bila nak submit jilid, bila dah submit, tanya pulak nak buat apa sekarang?kan..manusia itu sentiasa menunggu-nunggu...Golongan kafir juga sentiasa bertanya-tanya "bila akan datang hari kiamat?"...sehingga mereka melihat dengan mata sendiri baru mereka yakin..tapi semua dah terlambat.

InsyaAllah, pengajian sarjana muda saya akan tamat tak lama lagi...apa yang akan saya buat selepas ini?Banyak yang ada dalam minda....tapi harus disusun mengikut keutamaan...dunia dan akhirat harus dijaga...ada misi dan visi yang harus dicapai dalam jalan makrifatullah...bila tamat PSM, kepala terus rasa ringan, mula rasa mudah...insyaAllah..moga Allah permudahkan...ruang dan jalan ada tersedia...tinggal masa yang sesuai, segala perancangan diatur rapi...

Dunia sudah semakin tua.

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)"
Al-Anbiya':1

Takut....itu yang mampu dilafazkan...bersediakah aku?diterimakah taubat aku?ahli surga kah aku atau ahli neraka kah aku?...mengigil badan bila berbicara soal kiamat...kematian..hari kebangkitan...sampai2 mahu segera berlepas diri dari dunia...penat!...itu perasaan saya...penat dengan fitnah dunia..penat dengan dosa..penat dengan maksiat..penat bila sedar semua tiada yang kekal...tapi diri masih lagi khilaf..masih lagi buat dosa..masih lagi belum menangis bila mengaji..belum...semua belum...justeru, bila?..sedang dunia makin tua...makin lelah menanggung zalimnya manusia...bila lagi mata ini baru mahu menangis...kerasnya hati...Astargfirullah

"...Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang didalam dada"
Al-Hajj : 46

Ayuh bangkit memperbaiki diri..jangan pernah mengharapkan kesempurnaan..tapi usahalah sebaik mungkin...ibarat proses menyiapkan PSM...draft dihantar berkali-kali..tapi masih punya ruang untuk diperbaiki..begitu juga amalan kita pada Allah..jangan pernah berasa cukup...kerana kita sendiri belum pasti pengakhiran kita....moga2 kita tergolong dalam hamba2 yang beriman...InsyaAllah...


M.