Assalamualaikum wbt.
Salam hening pagi bagi si penunggu malam yang setia, bersengkang mata berjihad diatas jalan ilmu, menjual jiwa demi kebahagiaan akhirat, berjual beli sementara masih sempat sebelum tiba masa tiada lagi jual beli yang diterima Allah.
Duhai dunia yang penuh pesona,
Kau hebat dalam menarik perhatian kami. Jiwa kami yang ronggak cepat sahaja kau isi dengan janji nan indah. Menjadikan kami sentiasa ingin mendampingimu. Walau kami pernah terjatuh sakit, tapi kerana keindahan pesona fatamorgana yang kau hiaskan kepada kami, kami tega untuk jatuh lagi. Allahurabbi..
Duhai dunia yang penuh pesona,
Pada luaran kau tampak menawan. Tapi bila kami menghampirimu dengan hati yang ingin kembali suci, kau tampakkan kekotoranmu. Manusia kini terlalu mengejar yang sementara sehingga hilang nilai diri. Ketandusan jiwa-jiwa yang perlukan pengisian. Jiwa-jiwa yang sakit. Jiwa-jiwa yang keliru. Jiwa-jiwa yang menghilang. Ya! semakin ramai anak muda gah dipersada dunia. Hebat dimata manusia, semoga hebat juga dimata Pencipta. Tapi....apakah kita sedar, semakin ramai juga jiwa yang sedang meronta meminta diselamatkan..Jiwa-jiwa yang terperangkap di hospital-hospital bahagia. Jiwa-jiwa yang menderita kerana terlalu terhimpit dengan desakan dunia. Jiwa-jiwa yang kosong disebalik lorong-lorong gelap. Jiwa-jiwa yang rakus disebalik tirai besi. Jiwa-jiwa yang keliru dengan fitrah jantina.
Ada masanya aku meratapi..
Kerana jiwa-jiwa ini merupakan umat Rasulullah..jiwa-jiwa ini yang ditangisi oleh baginda. Jiwa-jiwa ini yang sangat disayangi oleh baginda. Jiwa-jiwa ini yang dahulunya ditebus dengan darah dan jihad fisabillah. Jiwa-jiwa ini...jiwa yang bakal membentuk dan menjana umat Muhammad yang seterusnya.
Allahurabbi..lemahnya aku bila aku leka. Leka dalam doaku, leka dalam solatku, leka dalam pengajianku. Sering sahaja aku tewas sebelum berjuang...sedangkan lapanganku hanyalah jihad pengajian. Kekentalan sebagai Tolibul'ilm semakin aku rasa pudar. Lalai...
Waktu praktikal semakin mendekat..dilemma melanda..kenapa? Kerana aku rasa ilmuku masih belum ranum untuk diperdagangkan. Jabatan Agama Islam ataupun LPPKN..dua tempat yang menjadi pertimbangan. Jika pilihan pertama yang dipilih, aku risau akan khidmatku nanti. Apakah layak aku di Jabatan Agama? Sedangkan diri sendiri masih kekurangan ilmu agama...Jika di LPPKN, bentuk perkhidmatan yang bagaimana harus aku berikan..kerana skopnya terlalu luas. Ya Allah berikanlah kemudahan kepada hambaMu ini...mungkin ini adalah padang dakwahku.
Kerjayaku adalah dakwahku.
Pengajianku adalah jihadku.
Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku mencari redhaMu dan cintaMu. Bukan hanya dibibir, bahkan tertanam teguh dalam hatiku. Amin
M.