Assalamualaikum wbt.
Bismillah..
Hari ni kita sembang2 santai (sambil tunggu turn jumpa pensyarah. Lets chit chat a bit!)..Lama dah tak upload new entry jadi jari rasa kaku nak menulis, otak pulak rasa jammed nak memuntahkan idea untuk ditulis. Tapi insyaAllah, kita biarkan sahaja jari jemari ini terus menari diatas papan kekunci, dan lihat hasilnya nanti. ^_^
Masa adalah makhluk Allah yang sentiasa bergerak maju tanpa menunggu sesiapa. Terus jalan tanpa kasihan. Masa yang banyak kadang-kala buat kita terleka dalam menguruskan priority kehidupan. Roda harian mula bergerak secara automatic.Tanpa timbangan dari neraca akal. Maka, setiap apa yang dilakukan mula menjauh dari perancangan. Malam mula seperi siang, siang seperti malam. Gangguan kepada sistem insan. Hidup ibarat si hamster dalam bola mainan. Bergolek2 tapi masih di tempat yang sama. Tidak maju, mahupun mundur. Lantas apa yang dimahukan oleh insan? Bila dalam keadaan sibuk, diminta masa tambahan. Dalam keadaan tenang, leka dalam mengurus kehidupan.
We need to ESCAPE.
Keluar dari roda mainan. Mula melangkah memandang kehadapan. Cabaran demi cabaran menanti kita untuk mengukur jauh atau dekatnya kita kepada Khaliq. Selangkah mendekat, lebih banyak ujian menanti. Tidakkah dunia ini diciptakan sebagai pentas ujian? untuk menguji siapa yang lebih bertaqwa. Terasa kehausan untuk menagih ilmu dari ulama' atau para asatizah. Tapi kadang-kadang terasa berat kaki untuk melangkah. Ke majlis ilmu mula sudah tidak serutin dahulu. Lebih masa terhenyak di kerusi dunia. Aduhai insan..bala apakah yang kau cuba cipta ini. Kenapa tegar mempegunkan diri disaat jiwa memerlukan nasihat dan teguran.
ESCAPE
Bebaskan diri dari cangkuk dunia yang terlalu mencengkam. Perlu bijak dalam menguruskan dunia. Dan ini memerlukan mujahadah yang tinggi. Andai setiap langkah diambil tanpa timbangan neraca agama maka lalailah diri. Andai terluka dalam perjuangan ini, ingatlahh bahawa Nabi kita pernah menangis kerana kita. Walaupun baginda tidak pernah lihat atau kenal kita. Persoalannya, siapakah kita tanpa Islam?..tanpa kefahaman agama? tanpa bimbingan murabbi?
Aku menulis sebagai peringatan diri. Biar menjadi bukti diri yang sentiasa lalai. Jatuh bangun kehidupan tanpa jelak diharungi juga. Mencari ruang untuk bernafas dibumi Allah. Mencari pemberat untuk menundukkan amarah.
Aku yang biasa.
M.