Assalamualaikum wbt..
Jam menunjukkan jam 1.20 pagi tanggal 30 jun 2015. Mata
masih enggan melabuhkan tirainya. Mungkin kerana telah tidur di siang hari,
atau mungkin kerana pemikiran yang kusut dan perlu diluahkan juga. Sebagai
seorang yang kadang kala suka mempunyai gaya pemikiran sendiri, ada perkara
yang tidak dapat aku luah menerusi kata-kata lisan. Sukarnya menyusun ayat
untuk menzahirkan kecamukkan dalam hati. Perasaan sebal ini harus aku tuliskan,
moga-moga aku boleh tidur selepas ini. Apa yang pasti, pemikiran ini sering
menganggu malamku sejak dua-tiga hari yang lalu.
Ada apa dengan PELANGI?
Ya, sejujurnya pelangi yang menjadi trend di media sosial
semenjak USA menghalalkan pernikahan sama jenis telah menembak tepat ke dalam
hati aku. Aku bingung. Aku menjadi kelu. Aku reserve komentar aku. Tapi jauh di
satu sudut hati aku menangis. Ya Allah, aku tak mampu..aku tak mampu memilih
untuk bersuara kerana aku punya rakan-rakan yang tergolong dalam kumpulan itu.
Diam aku bukannya menyokong, tapi aku buntu bagaimana lagi mahu aku zahirkan
tentanganku.
Sakit. Itu yang aku rasakan. Selfish? Mungkin juga
iya..Duhai diri yang jahil..Allah beri nikmat kepada aku untuk menuntut ilmu
agama yang tidak aku sangka akan pernah dapat. Tapi untuk menegur rakan dengan
hikmah dan agamamu aku masih belum mampu..wahai Allah..aku benar-benar mohon
ampun. Satu persatu kenalanku Kau uji dengan pencerobohan pemikiran liberal dan
isu LGBT. Dan aku? Aku berteleku di satu sudut menggumam kata-kata. Aku pernah
berdialog dengan mereka. Wahai Allah..ampunkan aku..mungkin belum sempurna
dakwah aku pada mereka sehingga mereka masih memilih untuk menentang syariatMu.
Atau mungkin dosa aku yang menggunung tinggi menjadi asbab dakwahku tidak
berkesan. Allahu Allah…aku hanya mampu menangis dan berdoa.
Kau hadirkan mereka dalam hidup aku sebagai ujian juga buat
aku. Apakah aku sudah gagal dihadapanMu? Apakah aku sudah fail? Ampunkan aku
wahai sahabat..aku berniat untuk kamu berubah tapi andai sahaja lisan aku
lancar menyentuh hatimu..sahabat, aku tak sanggup tengok kamu menjauh dari
agama. Aku kenal kamu-kamu semua dengan sangat terperinci. Kita sama susah dan
senang dulu. Lantas bila aku berhijrah, aku ingin sekali kalian ikut bersama
aku. Tapi aku sendiri masih rapuh, lantas bantuan yang aku hulurkan pada kalian
juga rapuh. Maafkan aku sahabat. Aku gagal beri peringatan yang kekal dalam
hati kalian. Mungkin kerana aku mengungkapkan dengan nada bersahaja, kau
memilih untuk lupa. Tapi nama kalian tetap sahaja aku sebut dalam doaku..doaku
ketika tawaf..doaku ketika di jabal rahmah, doaku di raudhah..dan doa-doaku di
akhir solatku. Maafkan aku andai lisanku tidak tersampai pada kalian..aku titip
doa kepada Allah kerana sesungguhnya Allah yang memegang hati kalian. Tapi
setiap kali kalian menunjukkan kejahilan, aku menjadi sedih…sedih kerana aku
tak mampu berdepan dan berdebat.
Wahai Allah, ampunkan kekurangan diriku. Dosa aku terlalu
banyak lantas nasihat agamaMu seperti tidak terkesan oleh kerana dosaku.
Maafkan aku wahai Allah…maafkan aku wahai sahabat. Jangan kau dakwa aku di
masyhar nanti..jangan kalian menyalahkan aku di masyhar nanti kerana tidak
berdebat dengan kalian sewaktu didunia. Ampunkan aku sahabat..
M.




.jpg)