Assalamualaikum WBT.
Bismillahirahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang
mencipta langit dan bumi serta yang melimpahkan nikmat serta rahmat yang tidak
terhingga kepada hamba-hambaNya yang sering kali lalai dan leka.
Entry kali ini kita menyelam ke dasar dilemma hati seorang
da’ie. Ya..pada saya seorang guru itu walaupun bukan lahiran ijazah dari
Al-Azhar atau mana-mana institusi agama yang agung, tetapi tetap juga merupakan
seorang da’ie. Pembentuk jiwa serta akhlak anak muridnya. Ya Allah berat sungguh
tugasan seorang guru jika kita perhalusi dari kaca mata agama. Sebab tu juga
saya sering kali tewas dalam membulatkan tekad untuk apply posting. Takut pada
amanah yang sangat tinggi. Sikap diri sendiri yang masih kurang tekad dalam
urusan kerja membuatkan jiwa ini sering kali berperang antara mendidik dan
ingin dididik. Ya Salam…kerdilnya saya.
“Kau ingat bila dah decide nak berpurdah tu dah cukup holy?”
“Bila start join geng agama tu kau dah alim?”..Soalan2 yang saya lontarkan pada
diri sendiri. Memang betul, diri ni kadang kala perlu disentapkan dengan
soalan-soalan padu yang menusuk hati. Biar akal tu berfungsi balik. Ligat
mencari jawapan pada setiap persoalan yang menyesakkan benak pemikiran. Sebab
itu saat bila mana saya ingin mengeluarkan nasihat atau pendapat, saya jadi
runsing. Adakah nasihat ini asbab dari rasa kepentingan peribadi atau
kepentingan Allah dan agamaNya. Saya teringat kisah Saidina Ali r.a dalam salah
satu perperangan yang dia ikut (maaf lupa perang yang mana).
Ketika itu Saidina Ali berjaya menumbangkan satu musuh
kafir. Pedang Saidina Ali sudah bersiap sedia untuk menamatkan riwayat hidup
musuh kafir itu. Tetapi, tiba-tiba si musuh kafir ini tadi meludah ke muka
Saidina Ali. Lantas Saidina Ali berlalu meninggalkan musuhnya tu. Apabila
ditanya oleh sahabat yang lain tentang kelakuan aneh Saidina Ali tersebut,
Saidina Ali menjawab “Mulanya aku ingin membunuhnya kerana Allah, tetapi
apabila dia meludah kepada aku, aku khuatir aku membunuhnya kerana perasaan
marah disebabkan kelakuannya kepada aku dan bukan lagi kerana Allah”. Ya
Allah…dalam keadaan genting seperti itu pun Saidina Ali masih jernih
pemikirannya untuk berhati-hati sama ada kerana kepentingan diri atau hak
Allah. Sedangkan saya masih jauh dari itu. Jauh sekali. Mungkin bukan dengan
pedang, tetapi dengan lisan dan pena. Terkadang masih blur antara amarah diri
atau menegakkan hak Allah. Ya Salam..Maafkan saya ya Allah. Hal ini juga menyebabkan saya teringat kepada
pesanan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid “Man Thomatan Najjah!” –Orang yang
banyak berdiam itu dia selamat!- Selamat dari apa? Selamat dari disoal siasat
oleh Allah tentang perkataan yang dikeluarkannya. Nah..sebagai da’ie @
pendakwah, lisan kita banyak sekali yang digunakan. Susun atur lisan kita
seperti mana Saidina Ali tadi menguruskan mata pedangnya.
Allahu Allah…Jadi saya mahu atau tidak mahu harus belajar
menyusun lisan dan pena sesuai kepada hak Allah. Maha suci Allah…berat sekali.
Terkadang perempuan itu mendahulukan emosinya daripada rasional. Saat bilamana
masyarakat melihat dia sebagai orang yang utuh, sedangkan jiwanya lompong.
Masih perlu diingatkan dan dituntun. Dianya yang tidak punya lingkungan usrah,
tidak juga akrab dalam organisasi dakwah..baru menginjak dalam dunia
dakwah..keluarganya yang biasa-biasa. Saat itu perperangan hebat berlaku antara
iman dan nafsu. Iman dituntun oleh ilmu, tapi nafsu sering menggunakan
kelemahan sebagai senjata utama.
Wahai diri, kamu itu si penuntut ilmu. Murabbimu tidak
calang orangnya. Kitab yang engkau pegang bersanad langsung sehingga Rasulullah
s.a.w. Guru yang mengajarmu akhlak itu yang seiras sepenuhnya mengikut Sunnah
Akhlak Rasulullah. Guru hadith mu itu bersanad terus kepada imam as-syafie.
TAPI, engkau ini bagaimana? Masih tidak bertanggungjawab pada ilmu. Tidak
berusaha mengamalkan ilmu. Masih pilih keseronokan dunia..Dunia begitu besar
dalam hati kamu. Keluarkanlah ia dari jiwamu. Allah bersumpah dengan 11 kali
sumpahan dalam surah As-syams!..iya..11 kali!
1.
Demi matahari
2.
Dan sinarnya dipagi hari
3.
Demi bulan apabila mengiringinya
4.
Demi siang apabila menampakkannya
5.
Demi malam apabila menutupinya
6.
Demi langit
7.
Serta pembinaannya
8.
Demi bumi
9.
Serta penghamparannya
10.
Demi jiwa
11.
Dan penyempurnaannya.
11 kali Allah bersumpah!..kalau Allah tidak bersumpah saja
sesuatu itu memang perlu dipandang berat. Sedangkan ini Allah bersumpah dengan
11 kali sumpah. Tentulah perlu mendapat perhatian yang sangat khusus daripada
kita. Kenapa Allah bersumpah sampai 11 kali? Apa yang Allah nak kita ambil
berat sungguh?
-
Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya,
dan sungguh rugi orang yang mengotori jiwanya (As-Syams: 9-10)
Menangis!
Dulu sangat sukar untuk diri ini menagih ilmu..Kaki sentiasa
berat nak melangkah di medan ilmu..bab fardu ain lupa langsung. Kini Allah buka
ruang dan peluang. Datang offer mencurah-curah. Sana-sini panggilan majlis
ilmu. Sudah mula ada lingkungan pendukung yang akan cepat memberi sedar. Saya
jadi terlalu cinta pada tanah ini. Tanah yang menjadi saksi suka duka kehidupan
saya. Tanah yang melihat kejahilan dan kebangkitan saya. Allah beri rasa nikmat
manisnya hidup berguru yang tak pernah saya rasa. Sungguh saya cinta tanah ini.
Saya cinta tanah ini. Tak sanggup rasanya bertukar tanah jika bukan ada
maslahat yang lebih utama. Saya tidak kejar kerja..saya takut jika saya hilang
dari tanah ini, semangat saya jadi luntur. Ya Allah, kau berilah saya ini
tempat yang mendekatkan saya kepadaMu. Rezekikan saya untuk sentiasa hauskan
ilmuMu. Tuntun hati saya Wahai Allah.
Yours,
M.

No comments:
Post a Comment