Thursday, 30 January 2014

Novel 1 : Munajat Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda; setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi yang sentiasa ehsan dengan kita.

#Novel1 : Munajat Cinta
Hebat!

Itu perkataan pertama yang saya ungkap seusai membaca novel Munajat Cinta. Sungguh hebat isu yang yang dibawa. Sedikitpun tidak menyentuh cerita cinta manusia. Hanya berkisar pencari cinta Sang Pencipta..Watak utama diberi nama Ayda. Gadis intelektual tapi ketandusan cahaya rabbani. Diuji Allah dengan pelbagai ujian, sebagai asbab mencari langkah kembali mengenal Illahi. SubhanaAllah..isu-isu yang dieperdebatkan sangat menarik hati dan pemikiran. Mungkin juga kerana saya seakan-akan sama dalam situasi watak cerita. Bila diberi segala kenikmatan, diri jadi lupa dan alpa..walau kononnya berilmu, masih lagi cetek akalnya. Bila diuji dengan kesakitan dan musibah, dah terperusuk ke dalam lubang, baru terkial-kial mencari jalan pulang.

Novel ini juga memperdebat isu-isu seorang muslimah yang mencari jati diri..Apakah itu muslimah sejati? Kenapa kita dituntut menjadi muslimah? apa hak-hak sebagai muslimah?..sebagai gadis yang baru tidak berapa lama mengenal Islam, persoalan-persoalan seperti itu biasanya akan mematahkan semangat juang...terasa macam tak cukup masa nak belajar semua. rasa macam tidak adil jika dibandingkan dengan gadis-gadis lain yang sejak lahirnya dalam pengetahuan yang lengkap tentang Islam. Isu lain seperti stigma masyarakat, perjuangan femenisme, hidup anak muda jalanan...hebat!

Bila baca novel ni, saya ibarat kena brainwash!...bertubi-tubi persoalan yang dimainkan dalam novel headshot!...yang pasti, masih banyak yang perlu saya gali tentang apakah itu muslimah sejati.

Tapi yang pasti, ujian tetap akan datang menjengah jendela hidup kita...ujian datang datang dua bentuk (nikmat dan musibah)..selalu kita gagal dalam ujian nikmat... T_T...aduhai..lemahnya iman..banyak persoalan yang bermain di fikiran dan memerlukan jawapan. Moga Allah permudahkan saya mencari ilmu, dan menganugerahkan hikmah buat saya untuk memahami ilmu. Supaya mudah saya terjemahkan dalam bahasa kaunseling dan dapat disebarluas kepada insan-insan diluar sana. Jiwa anak muda semakin parah sekarang ni. Banyak dugaan dan cabaran yang mereka perlu lalui. Dapat A dalam Pengajian Islam tidak menjamin jiwa yang tenang dan bebas ujian. Makin tinggi ilmu, makin hebat ujiannya. 

Semoga Allah merahmati semua penuntut-penuntut ilmu walau dimana sahaja mereka..dan semoga Allah memelihara hati dan akal mereka agar dapat sentiasa tunduk kepada keesaanNya. Amin


M.
 

Wednesday, 29 January 2014

Bukan Kaki Novel

Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda; setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi yang sentiasa ehsan dengan kita.

Kisahku pada kali ini berkisar tentang saya yang bukan kaki novel..^_^v..ye..saya bukan seorang pengemar novel. Pernah membaca berkali-kali tetapi jika dibandingkan dengan genre-genre buku yang ada, novel pasti menjadi pilihan yang terakhir. Kenapa? Entah...mungkin saya merasakan novel itu tidak berpijak dibumi yang nyata, sering membawa perasaan kita yang entah kemana-mana. Tapi suatu hari rakan sekelasku galak memberikan hujah-hujah mengapa perlunya membaca novel. Antara hujahnya, "Kita sebagai kaunselor perlu baca novel sebab nanti kita boleh rasa empati bila berhadapan dengan klien.", "Kadang-kadang apa yang jadi dalam novel tu adalah refleksi kehidupan sebenar. Jadi kita kena cuba selami kisah-kisah masyarakat melalui novel.", dan ada lagi "novel boleh ajar kita lebih kenal emosi"...Nahh....hujah yang jitu dari teman-temanku...

Pening kepala seketika memikirkan ayat untuk mematahkan hujah-hujah mereka. Tapi ternyata sia-sia..lalu saya pasrah menerima saranan mereka...tapi pesan mereka "Pilihlah novel-novel yang berkualiti. Jangan yang biasa-biasa"...pulakkkk....bukan kaki novel disuruh memilih novel?macam mana nak tahu...justeru mereka mencadangkan novel-novel seperti karangan Ustazah Fatimah Syarha dan yang seangkatan dengan beliau.

Hmm..boleh dipertimbangkan...

Semalam saya melapangkan waktu ke perpustakaan. Niat dihati memang ingin mencari novel. Nak cuba-cuba pupuk minat lah katakan...Sebulat tekad mahu mencari karya Fatimah Syarha walaupun saya tahu agak tipis peluang untuk menemukannya kerana karya beliau sangat menjadi perhatian. Tapi entah dari mana datangnya keyakinan, saya tahu Allah akan merezekikan saya kepada buku beliau. Permulaan percarian mengundang hampa, lalu saya cuba mencari melalui pautan laman sesawang..ada sebuah!..tapi tidak menarik minatku..Lalu saya pergi semula ke rak novel, mencari dengan tekun satu per satu..

Jari-jari semakin laju ke kiri dan ke kanan rak..Saya jumpa novel Munajat Cinta.



Walaupun bukan karya Fatimah Syarha, lebih baik dari tak ada langsung..Berkisar tentang wanita muslimah yang mencari jati diri..Alhamdulillah...mungkin ada hikmah saya jumpa novel ni. Tapi hati terus mendesak supaya cari lagi buat kali terakhir sebelum ke kiosk pinjaman...dannnn....nah!..Allah menjawab doa saya.


Disebalik novel-novel islami indonesia, terselit novel Cinta High Class karya Fatimah Syarha dan suami..Alhamdulillah....niat yang baik dipermudahkan Allah..Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar. ^_^...Dengan senyuman meleret, kedua-dua buku saya pinjam..Moga ada manfaatnya kepada diri dan profesion kaunseling saya..Amin..


#notakaki :
Gambar-gambar novel diambil dari Mr.google sebab masa buat post ni tak bawa cable USB untuk transfer gambar..^_~v


M.

Tuesday, 28 January 2014

Plaster Hati

Assalamualaikum w.b.t

Hati itu ada tempat dan darjat yang sangat tinggi. Sedang Imam Al-Ghazali sendiri meletakkan perbahasan soal hati sebagai fokus utama karya beliau. Dimana tempat hati? Secara fizikalnya hati didefinasikan sebagai nyawa, atau jantung...tapi bagi Imam Al-Ghazali, hati itu ada makna yang lebih halus. 

"Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya,. Jika ia rosak,rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati."
(Riwayat al-Bukhari)

Perbicaraan soal hati tidak terhenti kepada perkara-perkara yang biasa-biasa kita dengar. Bukan juga terletak kepada kadar waktu dan tempat. Tetapi soal hati menjadi titik tolak kepada keutuhan jiwa ketuhanan dalam diri manusia. Hati yang tidak mengenal Allah adalah hati yang buta. Seperti dalam firman Allah:

"...Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada."
(Al-Haj - 46)"

Menyingkap makna hati dalam konteks kaunseling menjadikan saya tertanya-tanya, apakah kita punya method untuk menampal luka-luka di hati (a.k.a plaster hati)..Apakah hati yang halus dan abstrak sifatnya ini mampu untuk kita murnikan? Dan jawapannya:-

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Mudah...bunyi macam mudah...tapi perlaksanaannya belum pasti. Kerana hati yang leka, jauh terperusuk dalam maksiat, tenggelam dalam kesibukan dunia, akan menjadi keras dan sukar untuk dilembutkan. Lalu hati-hati ini akan menjadi busuk dan bernanah andai luka kecil tidak diplaster terlebih dahulu..ibarat jalanraya yang berlubang. Lubang di atas jalan akan menjadi semakin besar dan mendalam andai tidak diturap. Begitu juga hati. Luka-luka hati yang tidak segera diplaster akan mengundang pelbagai penyakit hati (sombong, riak, dengki, was-was, dll)...lalu akan berjangkit kepada masyarakat sekeliling.

Jadi hati perlu diplaster dengan zikrullah..dan zikir yang WAJIB 5x sehari kita buat adalah solat..pernah saya terdengar ustaz pahrol kata "biar leka ketika berzikir, jangan leka tanpa zikir.". Saya mentafsir perkataan beliau sebagai satu tanda bahawa zikir ini perlu ada usaha berterusan, walaupun dalam keadaan kita yang paling lemah. Bagaimana method pengukuran keberkesanaan plaster yang kita tampal? Dan apakah KPI dan KAI kita (Key Performance Indicator; Key Amal Indicator).

Saya mudahkan begini: -

>> Rukun Iman adalah software kita
>> Rukun Islam adalah hardware kita

Kita mengukur ramuan plaster kita dengan tahap keimanan kita terhadap Rukun Iman; manakala keputusannya yang boleh diukur dan dilihat adalah kepatuhan kita kepada Rukun Islam. Konsep ini bukanlah suatu yang baru, bahkan Islam itu adalah agama yang lengkap. Segala yang kita temui masa kini sudah terangkum dalam kitab Al-Quran, hanya aqal manusia itu lemah sedangkan ilmu Allah itu Maha Luas..

Hati juga sangat berkait rapat dengan niat. Segala ibadah kita perlu dimulakan dengan lintasan niat (dalam hati)...Ini membuktikan kepada kita betapa hebatnya peranan hati.

"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya."
(Riwayat al-Bukhari)

Jadi sebagai peringatan buat diri saya yang selalu lupa dan leka, sering mengukur dunia berbanding akhirat, sering mengeluh kesah kerana susahnya dunia..ayuh plaster hati-hati kita. Palingkan hati kita supaya hanya menghadap Allah s.w.t. Letakkan tawakal hanya kepada Dia, kerana dunia memang dijadikan sebagai pentas ujian, Terluka itu sudah pasti ada dalam kamus khalifah dunia, tetapi kemanisan proses penyembuhan itulah yang kita patut impikan.

Saya tutup post ini dengan kata-kata ustaz Pahrol.

"Jangan minta hidup yang mudah, tapi mintalah hati yang kuat untuk hidup"

M.

Tuesday, 21 January 2014

Kertas conteng

Assalamualaikum w.b.t

Aku menerima keremajaanmu sebagai satu kekuatan,
menjaga segenap ruangmu,
Sehingga kau mampu berlari,
langkahmu laju meninggalkan aku,
aku hanya melihat dari jauh.

Tapi entah dari mana punca,
setiap detik aku ada kamu,
dalam setiap kisahku ada kisahmu,
tangisku menjadi tawamu; tawaku menjadi tangismu,
aku bingung,
perlahan aku cuba mundur,
mungkin ada satu yang aku pertahan,
tapi akhirnya menjadi nokhtah kelam dalam episod cerita.

Kini terjadi lagi,
andai kau tahu betapa aku sayang denganmu,
aku jadi marah dengan diri aku sendiri,
adakah aku yang menapak dalam kehidupanmu?
aku cuba bercerai dari kisahmu,
tapi makin tersimpul rapi.

Kau dan aku berbeza,
dunia kita berbeza,
tapi entah kenapa yang sedikit persamaan itu menjadi cerita,
benar kata pepatah "dunia ini kecil",
aku menghayun langkah lemah,
cuba menghadam takdir yang terpahat.

Inilah ujian Illahi buatku.

M.

Wednesday, 8 January 2014

Only 5 minutes

Assalamualaikum w.b.t

We only need 5 minutes.

Why 5 minutes?

Take 5 minutes to think before we articulate.
Take 5 minutes to forgive before we sleep.
Take 5 minutes to write our story.
Take 5 minutes to appreciate others everyday.
Take 5 minutes to look at our parents face.
Take 5 minutes to say hello to our friends.
Take 5 minutes to rebuild our confidence.

Only 5 minutes..But most of us fail to do so..including myself.


M.

Monday, 6 January 2014

Cermin itu untuk aku

Assalamualaikum w.b.t

Menginjak ke tahun baru...namun kehidupan masih berjalan seperti biasa...apa yang special pada 2014?...rahsia hanya pada Allah yang Maha Mengetahui..

Mungkin 2014 akan menjadi saksi penamatan kepada satu kisah yang cuba dibina dengan angan2 idealist..yang disulam hanya dengan kata-kata..ahhh...i always know it..(taking a deep breath)...some things are not meant to happen..simply...i get used to it...^^,..

Mengikut teori kemanusiaan..setiap manusia mempunyai unfinished business yang akan mempengaruhi langkah-langkah kehidupan. Justeru, aku?...mungkin banyak sekali yang tidak terungkai..atau mungkin sengaja aku biarkan sepi...takut pada kenyataan atau mungkin sudah terlalu masak dengan kehidupan..(angkuh pulak nada...T.T)...

2013 berlabuh dengan kisah-kisahnya...menjadi pemacu kepada cita dan pengharapan..2014 pula menjengah ibarat cermin untuk aku...cerminan kehidupan yang masih hijau dan cetek.

Orang bersungguh-sungguh meraikan tahun baru. Ada ke konsert, ada pula ke majlis zikir..aku?..aku benci tempat ramai orang...tinggal dibilik lebih menjadi pilihan. Rasa janggal dengan keletah diri sendiri...semakin ingin menjauh dari manusia...rasa nak duduk dalam dunia yang tiada penghuni..dulu aku bukan macam ni..aku suka punya ramai sahabat...kini sahabatku hanya internet dan buku...bosan?yup...itulah tujuan nya..jika ada yang menghulur tangan persahabatan, ku sambut dengan separuh hati...kalau sama wavelength of thinking, kita boleh jadi buddies..kalau nyata wujud percanggahan, aku meletakkan dinding tinggi. Kenapa?Sebab aku penat nak buat argument..you have you way..i have mine..if conflict arises, we dismiss. 

Kerana itulah hakikat...manusia sentiasa akan berbeza, dari setiap inci peribadi dan fizikalnya. Tidak mudah mencari titik persamaan, tapi amat mudah untuk dilupakan...why focus on differences when we have similarities??ayat aku yang aku sendiri masih cuba mengaplikasi...menjalani kehidupan sebagai kaunselor mengajar aku membentuk cermin diri. Mengukur limitasi dan mengasah potensi...tapi semua tampak mudah pada zahir, implimintasinya belum lagi..aku tak suka bergaduh, bertengang urat hanya kerana kita berbeza...itu limitasi aku..jadi aku lebih cenderung menjauh...biar tiada yang disakiti dan tiada yang menyakiti..andai sahaja kau tahu itu.

Dalam menjalani kehidupan sebagai penumpang di alam ini, kerap kali hanyut dibawa ombak kehidupan..untung nasib masih mampu kembali ke pantai, celaka diri kalau langsung karam. Tiada apa yang terkota dari janji manusia tanpa izinNya...tiada pula wujud hakikat kalau tanpa redhaNya..

Selamat tinggal 2013 dan seisinya...
Selamat tinggal 2013 dan kenangannya...

Ahlan wa sahlan 2014 dan apa jua yang dibawanya..
Moga kita terus tabah meneroka sisi-sisi kehidupan yang masih hijau pada kita..
Memeluk erat kalimah Laillahaillallah..
Menyulam bicara dengan selawat..


M.