Assalamualaikum wbt..
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda; setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi yang sentiasa ehsan dengan kita.
Kisahku pada kali ini berkisar tentang saya yang bukan kaki novel..^_^v..ye..saya bukan seorang pengemar novel. Pernah membaca berkali-kali tetapi jika dibandingkan dengan genre-genre buku yang ada, novel pasti menjadi pilihan yang terakhir. Kenapa? Entah...mungkin saya merasakan novel itu tidak berpijak dibumi yang nyata, sering membawa perasaan kita yang entah kemana-mana. Tapi suatu hari rakan sekelasku galak memberikan hujah-hujah mengapa perlunya membaca novel. Antara hujahnya, "Kita sebagai kaunselor perlu baca novel sebab nanti kita boleh rasa empati bila berhadapan dengan klien.", "Kadang-kadang apa yang jadi dalam novel tu adalah refleksi kehidupan sebenar. Jadi kita kena cuba selami kisah-kisah masyarakat melalui novel.", dan ada lagi "novel boleh ajar kita lebih kenal emosi"...Nahh....hujah yang jitu dari teman-temanku...
Pening kepala seketika memikirkan ayat untuk mematahkan hujah-hujah mereka. Tapi ternyata sia-sia..lalu saya pasrah menerima saranan mereka...tapi pesan mereka "Pilihlah novel-novel yang berkualiti. Jangan yang biasa-biasa"...pulakkkk....bukan kaki novel disuruh memilih novel?macam mana nak tahu...justeru mereka mencadangkan novel-novel seperti karangan Ustazah Fatimah Syarha dan yang seangkatan dengan beliau.
Hmm..boleh dipertimbangkan...
Semalam saya melapangkan waktu ke perpustakaan. Niat dihati memang ingin mencari novel. Nak cuba-cuba pupuk minat lah katakan...Sebulat tekad mahu mencari karya Fatimah Syarha walaupun saya tahu agak tipis peluang untuk menemukannya kerana karya beliau sangat menjadi perhatian. Tapi entah dari mana datangnya keyakinan, saya tahu Allah akan merezekikan saya kepada buku beliau. Permulaan percarian mengundang hampa, lalu saya cuba mencari melalui pautan laman sesawang..ada sebuah!..tapi tidak menarik minatku..Lalu saya pergi semula ke rak novel, mencari dengan tekun satu per satu..
Jari-jari semakin laju ke kiri dan ke kanan rak..Saya jumpa novel Munajat Cinta.
Walaupun bukan karya Fatimah Syarha, lebih baik dari tak ada langsung..Berkisar tentang wanita muslimah yang mencari jati diri..Alhamdulillah...mungkin ada hikmah saya jumpa novel ni. Tapi hati terus mendesak supaya cari lagi buat kali terakhir sebelum ke kiosk pinjaman...dannnn....nah!..Allah menjawab doa saya.
Disebalik novel-novel islami indonesia, terselit novel Cinta High Class karya Fatimah Syarha dan suami..Alhamdulillah....niat yang baik dipermudahkan Allah..Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar. ^_^...Dengan senyuman meleret, kedua-dua buku saya pinjam..Moga ada manfaatnya kepada diri dan profesion kaunseling saya..Amin..
#notakaki :
Gambar-gambar novel diambil dari Mr.google sebab masa buat post ni tak bawa cable USB untuk transfer gambar..^_~v
M.


No comments:
Post a Comment