Salamun a'laikum...
Bismillahirahmanirrahim...
Hari ini, 4 jun 2013, jam 9pagi...saya dipanggil bagi sesi pembentangan projek sarjana muda(PSM)...wah..hati mula bercampur baur...risau dan pasrah..risau kerana takut persiapan belum mantap..manakala pasrah sebab saya hanya nak grad!ye...tak sabar setelah pelbagai dugaan diharungi..hanya graduasi tarikh yang ditunggu...hati mula terdetik.."ini baru berdepan dengan soalan2 manusia...dipadang masyhar nanti macam mana lah nak jawap dengan Allah..saat bila mulut dikunci, hanya anggota badan yang akan berkata-kata..MasyaAllah"...
Jujur, PSM saya bukan hasil yang terbaik..saya mengaku...nak alasan?tak cukup ruang nanti...huu..tapi satu yang pasti...bila kita tidak bertalaqi, kita mula hanyut dengan teori dan prasangka sendiri...saya extend setahun..dan disebabkan itu, saya tiada kelas..kerana semata2 nak menghabiskan PSM...sem pertama, extend kerana kejahilan sendiri, sem kedua extend kerana Allah uji dengan kemalangan...maka jadilah setahun saya tanpa guru...rindu bertalaqi dengan yang ahli...
Proses menyiapkan PSM bukan mudah, ditambah dengan faktor2 tiada bimbingan mantap...kerap kali menyerah kalah...air mata bukan lagi asing..sampai masa hati terdetik "ah...tak kisah dah macam mana keputusannya..yang penting siap!"...Allah..betapa rendahnya pemahaman ilmu bagi saya...walau apapun...saya bersyukur kerana ia sudah berakhir..tinggal nak hantar jilid thesis nyer..Alhamdulillah...
Manusia sentiasa menunggu-nunggu
Ye..manusia sentiasa menunggu satu perkara ke perkara yang lain...bila dah siap draft PSM, tanya bila nak viva, bila dah viva, bila nak submit jilid, bila dah submit, tanya pulak nak buat apa sekarang?kan..manusia itu sentiasa menunggu-nunggu...Golongan kafir juga sentiasa bertanya-tanya "bila akan datang hari kiamat?"...sehingga mereka melihat dengan mata sendiri baru mereka yakin..tapi semua dah terlambat.
InsyaAllah, pengajian sarjana muda saya akan tamat tak lama lagi...apa yang akan saya buat selepas ini?Banyak yang ada dalam minda....tapi harus disusun mengikut keutamaan...dunia dan akhirat harus dijaga...ada misi dan visi yang harus dicapai dalam jalan makrifatullah...bila tamat PSM, kepala terus rasa ringan, mula rasa mudah...insyaAllah..moga Allah permudahkan...ruang dan jalan ada tersedia...tinggal masa yang sesuai, segala perancangan diatur rapi...
Dunia sudah semakin tua.
"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)"
Al-Anbiya':1
Takut....itu yang mampu dilafazkan...bersediakah aku?diterimakah taubat aku?ahli surga kah aku atau ahli neraka kah aku?...mengigil badan bila berbicara soal kiamat...kematian..hari kebangkitan...sampai2 mahu segera berlepas diri dari dunia...penat!...itu perasaan saya...penat dengan fitnah dunia..penat dengan dosa..penat dengan maksiat..penat bila sedar semua tiada yang kekal...tapi diri masih lagi khilaf..masih lagi buat dosa..masih lagi belum menangis bila mengaji..belum...semua belum...justeru, bila?..sedang dunia makin tua...makin lelah menanggung zalimnya manusia...bila lagi mata ini baru mahu menangis...kerasnya hati...Astargfirullah
"...Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang didalam dada"
Al-Hajj : 46
Ayuh bangkit memperbaiki diri..jangan pernah mengharapkan kesempurnaan..tapi usahalah sebaik mungkin...ibarat proses menyiapkan PSM...draft dihantar berkali-kali..tapi masih punya ruang untuk diperbaiki..begitu juga amalan kita pada Allah..jangan pernah berasa cukup...kerana kita sendiri belum pasti pengakhiran kita....moga2 kita tergolong dalam hamba2 yang beriman...InsyaAllah...
M.
No comments:
Post a Comment