Tuesday, 15 October 2013

Salam Aidil Adha

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Allah masih memanjangkan umur kita sehari lagi untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha ^_^v...Banyak iktibar dan pengajaran yang dapat kita ambil dari peristiwa Haji dan Korban..Moga2 kita semua tergolong dalam golongan orang yang berfikir.

Masih saya ingat detik ketika saya dan keluarga berada di Tanah Suci pada bulan Jun yang lalu...SubhanaAllah satu perasaan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata..masa tu baru kita sedar betapa kerdilnya kita..hinanya kita, lemahnya kita...masa tu dah tak ada rasa malu nak nangis, nak mengadu, nak meminta..kerana kita rasa amat dekat denganNya. Di Tanah Suci kita berserah 100% kepada Allah kerana kita menjadi tetamunya..kita yakin akan bantuan dan pertolongan dari Allah..Kita korbankan wang ringgit dan masa demi ibadah yang satu ini...kita korbankan rehat dan masa terluang demi mengejar barakah di Tanah Haram.

Jadi apakah nilai korban bagi kita?Adakah korban itu hanya dengan menyembelih binatang ternak?atau hanya dilabel pada 'haji' nya?

Saya percaya ramai diluar sana yang mempunyai definisi korban yang tersendiri..selain dari makna yang ada dalam syariat dan perkataan, pasti ada pelbagai definisi yang tersirat disimpan oleh setiap hamba Allah. Mungkin ada yang kata "aku dah korbankan masa untuk study".."Aku korbankan duit nak pergi bercuti"..tak kira apa pun bentuk korban..asal jangan korbankan maruah, agama dan bangsa..

Pada saya, Aidil Adha yang datang menjengah diari hidup pada bulan oktober ini amat memberi kesan..Sedar tak sedar, masa berlalu pantas..dah masuk bulan oktober kembali..kejap sangat kan..dalam kesibukan mencari ilmu dan dalam masa yang sama cuba menggalas amanah yang diberikan..kadangkala culas dalam mentadbir diri..Allah...sedih bila dah terasa semakin jauh...namun, dalam pada yang sama kadangkala kita tak perasan Allah sentiasa memberi kita ujian untuk menarik kita kembali padaNya..untuk kita berisgtighfar..untuk kita bermujahadah..kalam  Allah jangan dilupakan...

Jiwa ni rasa sesak dengan bebanan tanggungjawab yang digalas..bergelar mahasiswa dan berberapa tanggungjawap lain sering mengundang keluh kesah..tapi padaNya jua tempat mengadu..Kerana saya yakin Allah amat dekat..buktinya?banyak juga doa2 yang termakbul..subhanaAllah sehingga saya menjadi lebih memilih dalam apa yang ingin didoakan..mohon perlindungan dari perkara yang mendatangkan keburukan.

Dalam jalan mujahadah ini banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan.."Membeli akhirat dengan menjual dunia"..mungkin masih lagi bertatih-tatih dalam mengatur langkah..mungkin masih lagi leka dalam tipu daya dunia..mungkin masih lagi tertangguh-tangguh dalam mengerjakan kebaikan..tapi syukurlah andai setiap langkah masih dihayun pada jalan mujahadah.

Saya berpesan pada diri saya sendiri untuk sentiasa bersedia untuk berkorban..yakni dalam bentuk masa, kerehatan, wang, tenaga dan sebagainya untuk menyumbang kepada agama..jadikan setiap apa yang dilakukan adalah kerana mengejar redha Allah..gunakan dunia sebagai alat berguna untuk tabungan akhirat..

Saya masih lagi jauh dan masih banyak perlu belajar...wallahu'alam



M.

No comments:

Post a Comment