Bismillahirahmanirrahim...
Hati ingin menulis tapi tidak pasti apakah isi yang akan disampaikan...moga2 Allah mengizinkan jari ini terus menari-nari diatas papan kekunci atas dasar kesedaran ketuhanan dan bukan keduniaan.
Ya..saya manusia biasa..melangkah penuh payah...meniti jalan dengan segala kudrat yang ada..mentadbir takdir Illahi sebaik mungkin. Tapi ada kala langkah menjadi laju, kononnya segala gambaran amat pasti..sehingga terlupa seketika tujuan asal. Nahh...itulah sebab kita perlukan teman..teman yang sentiasa membimbing kita kearah kebaikan.Mendoakan yang terbaik buat kita.
Allah beri kita satu mulut, tapi nikmat ini yang paling susah untuk kita jaga..paling payah nak kawal..laju kata2 melurut keluar dari bibir..tanpa ada rasa untuk berfikir..kadang terlupa setiap patah yang kita cakap akan tertulis dalam kitab amalan kita...apakah kiri atau kanan?
"Wahai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
~As-Saff : 2~
Saban hari diri ini berdoa untuk diberi kekuatan mengalas tanggungjawab dan amanah semasa di dunia..dan syukur dipanjatkan kerana jurusan sarjana kali ini banyak membuka mata saya melihat dunia dari sudut berbeza..menambah keyakinan dalam menghayun langkah. Hak ditunaikan tanpa meminta dibalas...seperti kata seorang pensyarah: "Dunia ini tempat kita menunaikan hak orang. Di akhirat baru tempat meminta balasan". Sering kali saya merasa terpukul sewaktu berada dalam kelas..mungkin jurusannya kaunseling dan bimbingan, pensyarah pula muslim profesional..maka jiwa mudah tersentuh..betapa berat peranan nikmat mulut pada seorang kaunselor agar dapat merubah clientnya..sungguh, kita harus bijak menggunakan nikmat yang Allah beri pada kita.
Mulut juga mampu membawa bencana.."kerana mulut, badan binasa"..kerana setiap nasihat kaunselor kepada client adalah tabungan akhirat. Baik nasihatnya, beratlah timbangan amal..buruk nasihatnya, beratlah timbangan dosanya..Allah..semoga saya sentiasa menjaga nikmat yang satu ini..Dengan perantaraan mulut, manusia bertukar2 pandangan, berkongsi cerita, menyatakan hasrat, dll..segalanya mudah bila kita mampu menjaga hak mulut kita.
kebaikan atau keburukan adalah ditangan kita...pilihan kita...
Siapa kita pilih untuk bersama pada hari ini, menentukan siapa kita pada masa hadapan..
M.
No comments:
Post a Comment