Showing posts with label #entrybahasamelayu #note2self. Show all posts
Showing posts with label #entrybahasamelayu #note2self. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Mendekat atau menjauh??

Entry Bahasa Melayu

Assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim...

Pagi2 buta macam ni perut tiba2 minta diisi...(aduhai...lapar je memanjang...huhu..nak membesar agaknya..@_@)...Jadi saya ringankan tangan buat roti bakar sebagai peneman perut supaya tak berbunyi..huhu...dan..here I am...dari xde niat nak menulis, jadi terjebak menulis entry baru..InsyaAllah moga ada manfaatnya nanti..

Mendekat atau menjauh?

Haa..ape pulak main teka teki pepagi ni kan..huhu..apa yang mendekat?dan apa yang menjauh?jodoh?kejayaan?iman?haaa...bukan..so..apa yang saya cuba nak sampaikan ialah jarak kita dengan masa lampau kita..semakin mendekat atau menjauh?..masa lampau tu boleh merangkum pada history hidup kita, jalan yang pernah kita tempuh, persahabatan yang kita pernah ada, dsb..korang boleh tambah sendiri definisi masa lampau tu..rasa2 semua mesti dah pandai2 belaka kan..^^,

Soalnya..kenapa kena nilai jarak kita dengan masa lampau?bukankan pernah diriwayatkan bahawa masa lampau itu adalah yang paling jauh dari kita dan kematian itu adalah perkara yang paling dekat dengan kita??Dari satu aspek..yup!memang betul masa lampau tu sangat jauh dari kita sebab adalah mustahil bagi kita nak undur masa atau nak putar masa balik ke masa lampau..."Andai dapat ku undurkan putaran dunia...ingin ku ulang semula"..antara lirik lagu yang berkaitan dengan penyesalan waktu lampau..tapi dari satu aspek kecil dari saya..masa lampau itu akan berulang jika langkah kita semakin mendekatinya...atau dengan kata lain...kita ni nampak je maju ke hadapan tapi sebenarnya mundur ke belakang!

Jadi bagaimanakah jarak kita dengan masa lampau kita disaat ini?kerana mahu atau tidak yang lampau itu pernah mencorak kehidupan kita..pernah menjadi teras kepada pemikiran kita..pernah menjadi mentol dalam minda kita...so..masing2 dah ada jawapan?semakin mendekat atau menjauh?..wahai sahabat, saya juga dalam keadaan terkira-kira..menghitung-hitung dengan neraca sendiri..^^,

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian!

"Manusia yang beruntung itu adalah manusia yang hari ini nya lebih baik dari hari semalam..dan manusia yang amat rugi itu bila hari ini nya lebih buruk dari semalam"...hmm,biasa dengar kan ayat2 ni...tapi berapa ramai yang menjiwai?..sampai soul habis dengan ayat2 kat atas tu?ke ramai yang ibarat angin lalu je?..^_^...saya?jujur saya cakap saya belum soul ayat2 ni...sebab mendisiplinkan diri tu bukan mudah...tapi tak mustahil..banyak kali juga saya tergolong dalam golongan rugi ini...pastu menyesal..moga2 dengan penyesalan itu membuahkan kesedaran...tapi nanti lupa lagi!Allah..lemahnya saya sebagai manusia..

Terkadang kita menjaga setiap langkah kita..mulut kita..mata kita...tapi semuanya akan gagal bila kita gagal dalam mengawal hati kita..sebab tu saya cakap, kita mungkin saja menghampiri masa lampau dalam keadaan kita bergerak kehadapan..bunyi macam payah kan?payah atau tidak tu mungkin berbeza pada setiap individu..kekuatan masing2..tapi pada saya memang payah!

Saat kamu dikumpulkan, amalan2 kamu terbang seperti debu!

Rugi..memang rugi...bila amalan bertukar menjadi debu..Nauzubillah...kita rasa kita dah terbaik..nyata dalam pandangan Allah kita masih lagi lekeh...tapi jangan risau..ibarat si ayah mengajar anak berjalan, dia lepaskan dan biarkan anaknya jatuh..sebab dia yakin anaknya dapat bangkit semula..namun apabila bahaya mendatang, dengan pantas si ayah memberi pertolongan..begitu juga Allah dengan kita..Allah biarkan kita berjalan, bila kita jatuh Allah biarkan sebab Allah tak pernah menzalimi hambaNya..tapi bila mana hambaNya hampir berputus asa, nahh..bantuan Allah datang dari sudut yang tak tersangka-sangka..hebatkan Allah?

Ketika saya menulis entry ini, saya ber'bbm' dengan seorang teman baik saya..dia juga sebagai pencetus idea untuk menulis..hasil perbualan kami dapat saya simpulkan bahawa masa lampau itu bukan alasan untuk kita berputus asa..bukan juga sebab untuk kita berbangga..tapi sekadar satu perjalanan yang harus ditempuhi oleh semua manusia..cuma mungkin jalannya berbeza..

Allah akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan!

Mungkin sebagai penutup..yup!Allah akan menguji dan terus menguji..keputusannya hanya dihari pembalasan nanti..sebagai jiwa yang kononnya mengaku cinta pada Allah dan Nabi SAW...apakah kita takut diuji?huhu...tapi jangan pula mencabar2 agar diri diuji...tu nanti jadi lain pulak...jadi masa lampau itu adalah sebahagian ujian dari Allah..dan Dia tambah lagi ujian itu dengan sedikit ketakutan..kita jadi takut dengan semua yang pernah kita lalui..tapi bukankah itu menjadikan kita lebih berhati2 dan menjaga?..

Jadi mari sama2 kita nilai..timbang dengan neraca akal kita..bagaimana jarak kita dengan masa lampau kita?adakah kita benar2 telah menjauh atau rupa2nya kita semakin mendekat..wallahu'alam..


#chillaxAllahKanAda

Sincerely,
M.

Sunday, 10 March 2013

Jiwa Gaza...Maafkan aku..

Entry Bahasa Melayu

Assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Malam Expresi Gaza yang dianjurkan oleh para pendukung teater di universiti tempat saya menagih ilmu...temanya Teater Monolog...tiada rakaman atau gambar yang dapat saya ambil kerana menghormati permintaan penganjur majlis..(alaaa......sedih betul..kan..kan..huhu..-,-)

Isu Palestine bukan isu negara arab..Palestine ialah isu Ummah!

Saya melangkah kaki dengan niat untuk mendapat kesedaran saat diri mula terleka dengan indahnya dunia sendiri..diri ini perlu diingatkan dengan nasib ummat sejagat..

Palestine..ada apa dengan Palestine?(err...ni merujuk kepada diri saya yang jahil...)...suatu ketika pernah diri menyoal akan peri pentingnya Palestine...(ahh...hidup kat Malaysia kan aman..mana mungkin terpalit dengan konflik diorang!*nada sombong*).."Palestine kan jauh"..."alahhh..takde kaitan pun".."negara arab memang selalu gaduh!"..antara bait-bait dialog yang pernah saya utarakan dahulu...saat jahil dengan makna dunia dan segala isinya..

Jiwa Gaza..maafkan aku...

Kini saya sedar...betapa selama ini saya bersalah pada jiwa Gaza yang sedang merintih..kenapa saya bersalah?ni nak habaq mai...

Maafkan saya kerana saya jahil akan sejarah Palestine dan penindasan Israel
Maafkan saya kerana secara tidak langsung menyumbang kepada dana Israel dengan membeli produk mereka
Maafkan saya kerana sedikit sekali menginfakkan harta demi Palestine
Maafkan saya kerana tidak peduli akan hal Jiwa Gaza..sihatkah kalian?cukupkah makanan kalian?
Maafkan saya kerana kurangnya menyumbang tenaga bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan kesakitan Jiwa Gaza
Maafkan saya kerana hanya mampu menangis melihat video dan gambar Jiwa Gaza tanpa mampu berbuat apa-apa!
Maafkan saya kerana hanya mampu menitipkan doa kepada Jiwa Gaza..namun itupun kadang kala tertinggal!
dan..Maafkan saya kerana saat ini hanya mampu duduk dihadapan komputer riba dan mencoret rasa hati akan Jiwa Gaza..sedangkan mungkin saat ini kalian sedang bertarung demi satu sirna harapan..

Allahuakbar...maafkan aku duhai Jiwa Gaza!...maafkan aku...

Konflik negara-negara Islam sebenarnya bukan simbol kelemahan..tapi mereka adalah guru kepada akal-akal yang sihat dan memerhati..Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya..setiap musibah itu adalah dari kezaliman hamba-hamba itu sendiri..

Yahudi sebenarnya takut!

Iya..mereka sebenarnya takut..kerana mereka percaya dan yakin dengan apa yang ada dalam Al-Quran..malah mungkin boleh saya katakan..keyakinan mereka terhadap Al-Quran mungkin lebih tinggi dari sebahagian kita..(Whoa!..jangan melenting dengan ayat ni.huhu...)..kenapa saya cakap begitu?kenapa yahudi takut?

Orang yahudi tahu kekuatan Islam itu tidak tergantung pada senjata..tapi pada jiwa yang berjihad!..mereka takut ini..jadi mereka lalaikan kita..mereka membawa pelbagai bentuk kealpaan bagi membius jiwa kita agar lupa apa itu jihad yang sebenarnya!..Yahudi juga tahu perihal mereka yang disebut dalam Al-Quran..lalu mereka sediakan strategi ampuh bagi memvirus minda muda muslim..mereka takut, andai umat Islam bersatu..disaat solat subuh didirikan seperti solat jumaat..ketika itu mereka tahu untung nasib mereka..sebab mereka takut,mereka lalaikan kita!

Yahudi mungkin gah dengan senjata berjuta-juta mereka...tapi hati kecil mereka tetap takut..takut dengan balasan yang dijanjikan kepada mereka..mereka ingin mengubah takdir!..mereka bersungguh-sungguh dalam hal ini..bahasa hebrew dihidupkan kembali!bermula kebangkitan mereka yang dalam ketakutan..

Maafkan aku wahai jiwa Gaza..

Semoga Allah meringankan kita untuk condong kepada melakukan kebajikan dengan sehabis baik kita...Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya..bersabarlah wahai jiwa ahli syurga..sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat...perkiraan waktu didunia sangat jauh berbeza dari waktu akhirat..mungkin derita yang kau tanggung didunia ini hanya sekejap pada Allah..kerana janjiNya surga yang abadi buat kalian!..Wallahu'alam

ole-ole!..^_^
#ChillaxAllahKanAda

Sincerely,
M.

Thursday, 7 March 2013

Manisnya Dosa!

Entry Bahasa Melayu..

Assalamualaikum...Bismilahirahmanirahim...setinggi-tinggi pujian keatas Allah Azza wajjalla..

Manisnya dosa!..ahh..kenapa begitu?..bukan kah 'mereka' mengatakan dosa itu suatu bentuk keburukan yang sangat tercela...buruk dan hina tingkatannya...nah..kenapa boleh jadi manis?kalau manis..bagaimana diri nak berusaha menjauhi dosa?...

Sebenarnya dosa itu manis kerana belaian2 dan janji2 palsu syaitan yng direjam..sebelum tiba saat syaitan berlepas diri dari orang-orang yang telah disesatkannya..

Manisnya dosa!..iya...dari satu sudut yang hijau, akal ini mengiyakan...dosa itu ibarat magnet yang sentiasa menarik2 kita untuk mengulang-ulang perbuatannya..setiap kali akal terlintas dosa lama...ada bisikan kecil yang mengatakan "kalau lah boleh buat lagi"..nauzubillah...ketika kita dalam keadaan sedih, lemah dan ragu2..pancing2 syaitan kembali menindik jiwa...lalu kita hanyut dalam kedustaan yang pasti..

Pernah kena sakit gatal2?tak kisah kerana ulat bulu atau allergic kulit..waima kena gigit nyamuk sekalipun..apa yang kita rasa?gatal?betul...apa pula yang kita rasa saat menggaru?sedap?..iya..itulah ibarat dosa dengan kita...bila kita buat dosa, kita rasa sedap..best..seronok..sama macam saat kita menggaru gatalnya badan!..namun, saat kita leka menggaru, nyata kulit mula memerah dan luka..dan akhirnya badan kita menjadi pedih...lalu kita perlukan ubat..antibiotik dan sebagainya untuk menyembuhkan luka yang dah melarat..khidmat doktor diperlukan...sama seperti dosa..mulanya sedap...pengakhiranya duka dan kesedihan yang melampau..kita perlukan antibiotik untuk jiwa kita...lalu kita perlu guru bagi memberikan description ubat yang tepat pada jiwa kita..

Manisnya dosa!..lemahnya diri bila menilai sejauh mana persiapan diri untuk ke satu prasa kehidupan yang lebih kukuh...orang lain merencana dengan teliti, diri masih teraba-raba mencari sirna jalan...

Bangkit!...kepada jiwa si penulis yang masih lena dalam dakapan dunia...apakah bekal mu?apakah cukup tabunganmu?sudahkah cukup ilmu didada untuk membentuk ummah dari rahimmu sendiri..mungkin masanya ditangguhkan buatmu agar kamu dapat persiapkan diri sepenuhnya..agar dapat meminimaliskan kepincangan jalan dihadapan..wallahu'alam...