Sunday, 3 March 2013

Bingkisan dari kota London Bhg.1

Entry Bahasa Melayu

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...kali ini entry saya diisi dengan ole-ole dari kota London...Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk melebarkan sayap ke bumi British...salah satu saksi ketamadunan manusia dalam revolusi kehidupan..Sungguh, Allah memberi rezeki kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki dan Dia juga lah yang mendatangkan ujian kepada hamba-hambaNya.

Bingkisan dari Kota London ini hanyalah sebagai perkongsian pengalaman si pengembara yang masih mentah..jiwa yang masih hijau dalam melayari perjalanan diatas bumi Allah..mata yang masih bingung dalam menilai yang haq dan yang batil.

Rombongan kami berjumlah 24 orang...kami memulakan perjalanan dari Changi Airport, Singapura untuk ke Heatrow, London...Sewaktu berangkat, hati memikirkan pelbagai kemungkinan, mula membetulkan niat untuk mengembara mencari hikmah dalam setiap ciptaan Allah...segala urusan dibumi Malaysia, saya serahkan kepada Sang Pencipta dengan doa agar segala-galanya selamat dan baik-baik sahaja sepanjang pemergian saya...dengan ucapan bismillah, kaki melangkah masuk kedalam kapal terbang yang akan mengambil masa 12-13 jam perjalanan sebelum tiba di London.

Allah, hati kecil mula berbicara.. "ceteknya ilmu bila nak mengembara ni..Islam itu mudah tapi bila tanpa ilmu yang kukuh, segala tindak tanduk menjadi was-was..bagaimana waktu solatnya? mana kiblatnya? bagaimana rukun dan tertibnya?"...hati tertunduk malu...bagaimana mungkin menyalahkan perintah wajib Allah bila diri sendiri yang culas dalam mencari ilmu...Alhamdulillah, cabin crew ada yang membantu menunjukkan arah kiblat dan memberitahu tibanya waktu solat..Allahuakbar, nikmatnya menjadi rakyat Malaysia yang mudah untuk menunaikan perintah wajib ini..kalau negara2 lain, mungkin nikmatnya tidak sama..ada negara yang hak agamanya dinafikan, hijab diharamkan, solat juga payah, perlu sorok2...sekali lagi syukurlah dengan nikmat keamanan dan kebebasan beragama di Malaysia. Azam mula menapak kukuh dalam hati untuk terus menggali telaga ilmu Allah agar tidak terus berada dalam kegelapan jahiliah..InsyaAllah.

Selepas hampir 13 jam perjalanan, akhirnya hati mengucapkan syukur yang berpanjangan kerana selamat tiba di Lapangan Terbang Heatrow, London dan kami dijemput oleh Pengarah Education Malaysia di London, Dr. Mohad Anizu..kami berehat dan menginap di Malaysian Hall yang terletak di Bayswater sepanjang lawatan kami di Kota London.

.................................................................................................................................................

Hari Pertama dan kedua..(23 - 24 Feb 2013)

Kami memulakan aktiviti pertama kami di Kota London pada hari sabtu, 23 Februari 2013...untuk perjalanan kali ini, ketua perjalanan kami merencana untuk melawat kawasan sekitar London...kami memulakan perjalanan menuju ke mercu-mercu tanda di London seperti Big Ben, Eyes of London, Burkingham Palace, Westminster Abbey dan banyak lagi...

Perjalanan yang jauh dengan hanya berjalan kaki dan menaiki tube (ala-ala LRT di Malaysia) dalam cuaca yang sejuk diantara 1-2 darjah celcius menyebabkan kaki mulai sakit dan membengkak..tapi semangat untuk    melawat negara orang menguatkan langkah...dalam hati penuh dengan tasbih memuji keindahan ciptaan Allah...segala yang terbina adalah atas nikmat akal yang Allah kurniakan kepada manusia..tanpa akal, mana mungkin manusia mampu membina binaan yang sehebat itu...Subhanallah...betapa diri ini sangat kurang mensyukuri nikmat yang ada...tiba-tiba hati terlintas pesanan pensyarah sebelum saya berangkat - "Go there and be inspired by them"...pesanan yang ringkas tapi nyata mendalam maknanya...hati meronta-ronta untuk segera ke Oxford university!..moga-moga ada pencerahan yang dapat dikutip dari universiti terkemuka dunia ni..

Pada hari kedua perjalanan, saya terpaksa pulang ke Malaysian Hall lebih awal untuk berehat...tanpa disangka-sangka hidung mula selsema..ingatkan biasa2 sahaja...rupa2nya bendalir merah yang keluar..Terkejut!tapi segera memujuk hati..mungkin kerana perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan hidung berdarah...jadi, kepada sesiapa yang ingin melawat bumi British pada musim sejuk, pastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik dan bawa ubatan dengan lengkap...tawakal itu wajib, tapi selepas segala persiapan sudah cukup...^_^


p/s : setakat ini dahulu perkongsian hari pertama dan kedua....insyaAllah saya sambung lagi ole-ole nya esok...selamat malam, Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment