Thursday, 21 February 2013

Sang Pencipta dan cinta

Entry bahasa melayu..

Bismillahirahmanirahim...maaf dipohon kerana lama menyepi...idea yang banyak masih belum dapat dicakna kerana dangkalnya pemikiran si penulis blog...

Seperti entry2 sebelum ni memang kita dah maklum 'the road to Jannah' bukan mudah...nampak simple je kan..kann...tapi bila kita mula serius, masa tu lah syaitan2 hantar kapten2 dia untuk turun padang dan goda kita..setiap tingkat kita nak naik, semakin tinggi pangkat pak cik syaitan hantar..@_@..kalau dulu, zaman penuh jahil, dia hantar prebet2 capok je..kini bila kaki mula mendaki untuk sampai kepada puncak dimana terletaknya iman, dia hantar yang berderet2 paku kat baju tuh..huuhuu...(sesungguhnya syaitan itu musuh kaum muslimin sehingga mereka berjaya mengheret kaum muslimin ke lembah kekufuran..nauzubillah)..

Jadi mana letaknya Allah dihati kita?tingkat yang tertinggi?anda pasti?nak talian hayat?...kalau pasti, Alhamdulillah..tapi kalau masih was2, haa...tu tanda nak kena audit amalan kita..pernah ada satu artikel yang saya baca tentang anak muda akhir zaman iaitu mereka membaca al-quran hanya sampai ke kerongkong sahaja...(ouh?apa maksudnya pulak tu...mesti lah kita baca suara keluar melalui kerongkong kan?huhu..) jadi makna sebenar ialah, anak muda akhir zaman ramai yang membaca al-quran tapi pemahaman terhadap ayat2 Allah itu amat cetek!..hingga ayat2 itu hanya bermain dibibir2 pemuda-pemudi tapi tidak mengamalkan akhlak al-quran itu sendiri...(ohhhh....jadi tu la maksudnya...*anguk2 kepala*)..

Allah suruh kita bangun solat tengah malam dalam surah al-muzzamil, tapi berapa banyak kita yang betul2 menjaga solat malam kita?huhu...yang menulis ni pun masih gagal istiqamah...(angkat tangan doa Allah beri kekuatan untuk solat malam!..)..Allah kata "Jangan kamu menghampiri zina!"...berapa ramai dari kalangan kita yang cuba sedaya upaya menutup laluan2 kearah zina dengan sehabis baik?..sekali lagi si penulis blog pun masih gagal dalam memastikan semua pintu2 itu tertutup...cabaran dan dugaan akhir zaman menggasak dari pelbagai sudut...apa yang paling saya takut adalah fitnah dunia yang datang ibarat semut2 hitam dimalam hari!...kita tak nampak, tahu2 je amalam kiri kita semakin bertambah..Allahurabbi...sedihnya.. :-(

Saya baru nak melangkah, kaki masih longlai..bimbingan yang banyak masih diperlukan..ilmu yang sikit ni perlu diamalkan dan dijaga rapi...sebab ilmu itu cahaya Allah...manakala maksiat dan dosa itu menghalang kepada cahaya untuk masuk..(hati meronta2 untuk melangkah bebas dalam makna Islam dan Iman...)...yang hitam tetap hitam, yang putih tetap putih..kalau ada kelabu, kita hindarkan..jangan kerana taksub nak kejar 'Islam', semua benda di-Islamkan...niat tak menghalalkan cara...(ni saya belajar dari peritnya jatuh dan sakitnya bila berjauhan dengan Sang Pencipta..)

Bila nak kejar cinta Illahi ni, ilmu kena tambah..ini wajib!..huhu..kalau tak, takut amalan sia2..niat kena selalu betul kan..berubah sebab cinta Allah bukan cinta manusia..nak perhatian Allah, bukan perhatian manusia..bila langkah mula menjauhi paksi asal fitrah sebagai hamba, bila semua benda konon2 nya di-Islamkan, natijahnya kita boleh tengok sendiri..bila diri makin sukar bangun tahajjud, bila solat mula dah tak kusyuk, bila doa dah makin pendek, bila air mata tidak lagi mengalir diatas tikar sejadah dan bila puasa sunat dah jadi sukar...itu tanda kita jauh dari rahmat Allah..teguran Allah pada akal yang sihat untuk mentafsir..kalau dulu semua mudah, kenapa tiba2 jadi sukar??tanya diri, muhasabah balik..



Mana Dia dihati aku?aku takut dengan balasan Allah...aku takut tertarik kembali ke jalan dulu yang pernah aku lewati..soal jodoh itu ditangan Illahi...kita sedap berbicara, hardware pun dah tukar..tiba2 software tak update...system akan rosak balik...untuk reboot, kesakitan yang tak nak aku tempah semula...aku pernah jauh dan sakit...bantu aku sebab aku tak kuat!..jangan dilayan ampuhnya diri ini kerana boleh jadi dengan layanan itu amalan kiri kita bertambah..aku takut..sesungguhnya aku takut..benda yang amanah, kena jaga...

*Atau mungkin makin dekat kamu dengan si dia, kamu menjauh dengan Dia*

Sebagai pengakhiran..diri ini penuh dosa lampau yang masih menggunung...usaha menarah bukit dosa adalah kerja kuat yang mungkin tak akan pernah habis..doa,usaha dan tawakal...InsyaAllah, jika kita sayang seseorang, jaga hubungan kita dengan Allah...nanti Allah jaga dia untuk kita...



p/s: Bingkisan sebelum bertolak ke United Kingdom...semoga perjalanan disana menyemarakkan cinta Illahi dalam hati kerana sesungguhnya Allah berfirman "Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan." - surah al-Mulk: 15

No comments:

Post a Comment