Entry Bahasa Melayu
Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim...apa khabar semuanya? Fi Hifzillah, Semoga dalam pemeliharaan Allah..=)..entry kali ni merupakan entry yang dah agak lama saya peram sebelum ada kesempatan untuk 'up' kan ke blog..huhu..jadi meh kita pendekkan mukadimah and straight to the point!..
Ni sebenarnya saya nak cerita tentang satu seminar perubatan islam yang saya sempat pergi pada 20 Mac 2013 yang lalu..(haa..kan dah cakap yang dah lama peram story ni...huhu)..
Mengambil universiti yg bertempat di selatan tanah air sebagai lokasi..secara kebetulan ustaz yang mengendalikan seminar pada malam itu merupakan ustaz saya sewaktu disekolah menengah dahulu...(lagi la semangat nak datang~~)..beliau memang terkenal dengan sikap bersahaja dalam menyampaikan ceramah..banyak yang jadi follower ustaz ni..^^,..nama beliau Ustaz Rifqi..Syukran ustaz atas ilmunya..semoga Allah memberkati..
![]() |
| Ustaz rifqi sedang tekun menyampaikan ceramah |
Kenapa perubatan Islam tu penting??
Penting ke?persoalan yang bermain diminda sewaktu saya berkira-kira sama ada nak menghadiri seminar tu atau tak...hmm..kotak pemikiran yang masih hijau mula memutar2 cerita-cerita seram kat wayang/Tv...selalu orang baca ayat2..pastu keluar api2..badan si pesakit terapung-apung..pastu jin/syaitan yang rasuk dia pun keluar!..erk...macam tu ke sebenarnya perubatan islam?yeke?hmm...kalau kat WHI setiap hari khamis pulak tv3 akan jemput pengamal darul syifa' untuk bagi komentar tentang perubatan islam..konsepnya mudah; pesakit datang, perawat akan scan dengan bacaan2 tertentu dan kemudian siri pemulihan akan dirangka bertetapan dengan sakit yang dialami pesakit...
Jadi apa sebenarnya Perubatan Islam ni?
Menurut ust Rifqi, perubatan islam terangkum pada perubatan moden dan perubatan alternatif yakni yang menggunakan ayat2 tertentu dalam kitab suci Al-quran sebagai penguat kepada perubatan moden yang dah diambil oleh pesakit...bukankah "dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali"? jadi sewajarnya setiap usaha yang kita buat itu wajib disandarkan dengan rasa takwa dan tawakal kepada Allah SWT.
Beberapa amalan penting sebagai pendinding diri ^^,
>> Ayat kursi dengan bacaan 9 wakaf
>> Makan kurma ajwah (7biji) / mana2 kurma madinah
>> Sentiasa dalam wuduk
>> Qiyamula'il
>> Baca doa sebelum/selepas ke tandas
>> Sebelum tidur (Wuduk + ayat kursi + zikir + 3qul)
>> Zikir selepas maghrib (Surah al-Baqarah (1-5) , ayat kursi, al- Baqarah (256-257), (284-285), (286); ayat2 al-Baqarah dalam al-mathurat)
>> Sentiasa baca bismillah semasa nak pakai baju
Sebenar perubatan islam ni boleh untuk semua jenis penyakit dan bukan hanya tertumpu pada kes2 sihir dan gangguan syaitan sahaja..Jadi mari buka minda dan tambah ilmu!Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati..
Sekian sekadar coretan dari sisi hijau yang masih mencari cahaya illahi...
#ChillaxAllahKanAda
Sincerely,
M.


No comments:
Post a Comment