Tuesday, 5 March 2013

Bingkisan dari Kota London Bhg.2

Entry Bahasa Melayu

Assalamualaikum...Bismilahirahmanirahim...permulaan kata dalam setiap perbuatan..semoga dengan secebis bingkisan ini dapat memberi manfaat kepada makhluk yang lain..

"Allah tidak menilai pada rupa, tetapi Dia Maha Teliti dengan setiap amalan-amalan mu"...

Mungkin kata2 diatas yang paling dekat untuk menggambarkan perjalanan saya di bumi London pada hari ketiga dan keempat...

Perjalanan hari ke-3 dan ke-4 (25-26 Feb 2013)

Hari ke-3 adalah hari yang paling mengujakan jiwa muda penuntut TESL seperti saya...^_^...amat mustahil untuk tidak teruja untuk ke OXFORD UNIVERSITY!!!!....Allahuallah...salah satu universiti terkemuka dunia kini semakin hampir depan mata...insyaAllah ada rezeki boleh datang lain kali..sambung PHD mungkin?....impian biar tinggi menggunung agar termotivasi untuk berusaha...

Sampai disana, kami disambut mesra oleh pelajar2 Malaysia yang menyambung pengajian PHD disana...Maha suci Allah...kagum bila mendengar celoteh mereka mengenai pengajian mereka di Oxford Uni...cabaran, keseronokan, kepuasan...segala-galanya terangkum dalam sisi kisah mereka2 yang hebat ini...saya menjadi terpanggil untuk turut menanam azam untuk melangkah lebih jauh...bumi Allah itu sesungguhnya amat luas!...

Budaya orang barat amat berbeza dengan kita di Malaysia..mereka sangat mementingkan ilmu..hingga dimana-mana sahaja bicara ilmu sering menjadi pembasah bibir...

"orang bukan islam buat benda betul,walau mereka dijalan yang salah, orang islam di jalan benar, tapi buat benda salah"

...dass!...terlintas dibenak saya tentang betapa orang bukan islam sebenarnya lebih banyak menghidupkan norma Islam berbanding kita yang muslim ini....*muhasabah diri*...buktinya, selepas kejatuhan tamadun islam, orang bukan islam semakin terkedepan dengan ilmu mereka..kerana mereka tahu nilai ILMU..sedang dalam islam sendiri sering kali kita disuruh menuntut ilmu..namun, sedih bila nilai diri sendiri..ada kepayahan sikit dalam study, mula rasa give up..apakah selemah itu jiwa aku?...hmm

Saya menjadi semakin kagum dengan cerita abg nazri, penuntut PHD jurusan biomedical...beliau menerima dua tawaran hebat..dari Cambridge Uni dan Oxford Uni!...MasyaAllah..hebat sungguh...dan yang buat saya nak salute abg nazri bila beliau menceritakan sebab mengapa beliau menolak untuk ke Cambridge...sedangkan kalau pada timbangan saya Cambridge sangat hebat!...jawapannya mudah...sangat mudah..."Islamic community in Cambridge is not as huge as Oxford"...MasyaAllah..patutlah abg nazri ni hebat..bila kita pentingkan Allah dalam setiap urusan, Allah tak akan pernah melupakan kita!..though I just met you for awhile, but you have gained my highest respect abg nazri!..my prayers to you...moga pulang nanti dapat berkongsi ilmu dengan belia Malaysia..

Hari ke-4 disambung dengan lawatan ke satu lagi universiti hebat - Imperial College of London...dimana semua genius2 engineering mula menapak...hebat...sangat hebat...saya menumpang rasa bangga dengan anak melayu warga malaysia..dan yang lebih utama, ia adalah muslim..kerana mereka telah berusaha menunaikan hak akal untuk mendapatkan ilmu bermanfaat...

"Selangkah kita mencari ilmu, Allah telah persiapkan laluan kita ke syurga"

Semoga usaha mereka mencari ilmu sehingga ke perantauan sentiasa diberkahi...kembali menjadi pembimbing kepada belia seagama yang kurang bernasib baik...bukankah ilmu bermanfaat itu tabungan akhirat?...kisah mereka2 di bumi London saya sematkan didada sebagai inspirasi...tiada limitasi kepada kemampuan akal..Allah itu Maha Bijaksana...

p/s: Ole-ole London tamat sehingga disini....kerana perjalanan seterusnya banyak berbentuk personal...^^,...jumpa di entry yang lain...InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment