Wednesday, 10 July 2013

Ibrah sebuah perjalanan..(Madinah & Masjidil Haram)

Assalamualaikum...Bismillahirahmannirahim....

Ahlan wa sahlan ya ramadan...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...Allah izinkan saya dan kita semua bertemu dengan ramadan pada tahun ini bersama kudrat bagi melaksanakan ibadah sebaik mungkin..insyaAllah..

Ramadan, bulan penuh barakah...langsung dengan kepulangan saya dari tanah suci pada hari ahad yang lalu, 3 hari sebelum ramadan menjadikan topik Ibrah Sebuah Perjalanan (Madinah & Masjidil Haram) menjadi topik pembuka bagi bulan yang mulia ini...

Tiada lafaz yang mampu saya ucapkan diatas nikmat Allah yang terlalu melimpah2 kepada saya yang hina ini..dengan persiapan yang seadanya bersama ketakutan dosa yang meninggi...Allah tetap bukakan jalan..untuk melihat sendiri kekuasaanNya..Jujur, saya juga sedikit terkesan dengan kisah si pendosa tak jumpa kaabah bila di Masijidil Haram dek kerana dosa yang terlalu banyak..Allah bayar cash..as they said..Jadi bila pertama kali mata melihat bangunan segi empat berwarna hitam itu benar2 berada dihadapan mata, air mata kesyukuran menitis tanpa dipaksa...*saya yakin semua jemaah mengalami pengalaman yang sama*

Perjalanan kami bermula dari Lapangan terbang Jeddah, terus ke Madinah dan berkampung disana selama 3 hari...Tenang...itu lah Madinah...tanah kecintaan Nabi SAW...tempat makamnya baginda dan para sahabat..selepas tiga hari, kami berangkat ke Mekah. Berniat ihram di Bir Ali (tempat yang sama Rasulullah berniat ihram) dan langsung mengerjakan umrah wajib setibanya kami di Mekah selepas 6jam perjalanan menaiki bas...suasana hiba melaungkan talbiah memenuhi rongga jiwa..

Saya ringkaskan pengalaman saya menjadi beberapa point:

1) Raudah, Malunya kita kepada Nabi Muhammad SAW
2) Panas?Allah mudahkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki
3) Islam hanya pada solat?
4) Tukang cuci yang tidak menerima sedekah
5) Doa mustajab
6) Seperti itu rupanya pohon kurma kosong yang tumbang!
7) Sakit sebagai penghapus dosa

InsyaAllah, akan saya kongsi cerita dari sudut pandangan saya sebagai insan kerdil..bukan bermaksud menjadi yang ideal tetapi sekadar berkongsi pengalaman...setiap undangan Allah pasti membawa cerita yang berbeza..


Raudah, Malunya kita kepada Nabi Muhammad SAW

Umum mengetahui, Raudah ialah antara taman syurga..tempat Rasulullah bersolat dan tempat yang mustajab doanya..Justeru, ramai yang menginginkan bersolat sunat dan berdoa di Raudah, Masjid Nabawi, Madinah. Jadi kenapa saya kata malu kita pada Nabi Muhammad SAW?..masih jelas dimata saya, dua wanita bertumbuk kerana berebut2 untuk mendirikan solat dan ada yang lain meraung2 meratapi makam Rasulullah..MasyaAllah...adakah ini adab berada di makam Rasulullah?saya yang jahil ini mula mempersoalkan bagaimana kita sanggup bergaduh di makam Rasulullah?..mungkin orang yang lebih alim dari saya ada jawapan, tapi saya tetap bertanya dalam hati..

Sayu hati melihat saudara2 seiman seakan lupa hablul minallah, habul minannas..dalam keadaan berhati-hati dan yakin pada rezeki dari Allah, kami bergilir2 menjaga diri masing2 secara kumpulan..Alhamdulliah, kami selamat menunaikan solat sunat di Raudah..hati kecil saya terdetik, adakah harga solat sunat dan doa diraudah adalah pergaduhan dan perebutan?Subhanallah, kita perlu lebih banyak bertafakkur dan muhasabah diri..kalau tidak, malu kita pada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW..kerana baginda bersabda "sesiapa yang menziarahi makamku, seakan-akan dia menziarahi aku semasa hidupku", maka sudah pasti Rasulullah akan mengetahui siapa si polan dan si polan yang menziarahi baginda. Bagaimana adab kita semasa berziarah?Apakah niat kita?..Subhanallah..Allah tarbiah saya dengan contoh real didepan mata.

InsyaAllah saya sambung topik yang lain dientry selanjutnya...Assalamualaikum

Saudara di Palestine tidak dilupakan


M.

No comments:

Post a Comment