Salamun Alaik
Salam Jumaat kawan2...^^..kali ini entry saya dalam bahasa melayu..(tukar mood sikit.hehe..)..
Orang bijak pandai pernah mengatakan (maaf saya lupa source nya..T_T)..
"Dengan mengingati mati, hidup kita akan menjadi lebih tenang"
Selama umur yang saya ingat, saya seperti masyarakat kat luar sana yang takut nak fikir pasal mati..(huhu...semua takut kena soal dalam kubur..kan?kan?kan?...)
Jadi macam mana 'mereka' boleh cakap yang bila kita ingat mati, hidup kita jadi tenang..(@..@ sistem akal yang cetek ni mula reject2..huk..) Tapi cuba kita tengok kenapa kita takut bila fikir soal mati.
Mesti ramai yang cakap "takut azab kubur" "takut kena soal" "takut..takut..takut"...huu...saya pun cam tu gak!
Jadi, jom kita tukar cara kita lihat kematian!
Bila kita ingat mati kita tak ada masa nak kecik hati dengan orang, tak ada masa nak gaduh2, tak ada masa nak berlengah2 dalam solat, tak ada masa nak bercinta2 yang tak tentu hala, tak ada masa nak BUANG MASA!!
Semua sebab kita sibuk nak siapkan diri menghadapi mati. Sebab kita sedar yang maut boleh menjemput bila2 masa sahaja..(mungkin jugak lepas saya post entry ni Allah nak ambil nyawa saya untuk menghadap-Nya..huhu..semoga entry ni menjadi bekal ke akhirat nanti..^^,)..
Jadi bila fikir soal mati tu yang sangat dekat, kita akan sibuk dengan sentiasa mencari pahala dalam setiap amal kita..INGAT..dengan berniat baik sahaja dah boleh dapat pahala..(senang kan!...hehe...)
Jadi mari kita audit diri kita dalam setiap perbuatan kita...
Jangan bersedih dan Jangan buang masa!!
#ChillaxAllahKanAda
*jumpa di entry yang lain*
No comments:
Post a Comment