Bismillah..
In the name of Allah, the Almighty.
Hari ni kita bercerita sikit pasal S.A.B.A.R..Apa itu sabar dan kenapa sabar itu INDAH?
Haa...mesti korang tertanya2 kan kenapa tajuk sabar ni yang jadi mukadimah blog entry saya.
Jadi ceritanya begini...
Korang penah rasa sakit?Penah rasa kecewa?Putus asa?Benci dengan semua yang ada kat dunia ni?dan kalau boleh dengan Allah pun korang rasa nak marah??
Haaa...tu tandanya korang tengah diberi dugaan oleh Allah!
Jadi bila dah dapat dugaan tu apa yang kita selalu buat?
"Ahh, aku benci si polan tu" "Kenapalah aku yang kena macam ni" "Ini tak ADIL!!" Camni lah kan yang selalu kita buat. Huhu...komplen2 sampai semua pun nak marah.
Tapi ada satu rahsia ketenangan jiwa yang Islam bagi kat kita iaitu SABAR.
Kenapa kena sabar?
Sebab setiap dugaan itu adalah tanda:
1. Latihan rohaniah kita untuk meningkatkan
keimanan terhadap Allah
2.
Penghapus dosa-dosa kita
3. Sebagai tanda kerinduan Allah pada kita
Nak jadi muslim sejati ni bukan senang dik oii....macam kita belajar addmath, mesti kena buat latihan banyak2 baru boleh jadi expert. Sama lah macam Islam. Dugaan tu ibarat latihan rohaniah.Setiap satu dugaan, kalau kita SABAR, insyaAllah akan meningkat level ketakwaan kita. Best kan?
Yang seterusnya, hangpa ingat hangpa semua ni bebas dosa?Kita tak tahu berapa banyak dosa kita buat mahu sedar atau tidak..Tah2 dah berbakul2 tak terkira. Tu belum masuk terlewat solat. Dah lah nak buat solat Taubat tu malas jadi camne nak padam dosa2 tu?Maka dengan dugaan lah salah satu cara Allah nak ringan kan bebanan dosa kita. Ibarat macam bagi diskaun lah..So tak nak ke?masih mengeluh bila dapat dugaan?ingat BERSABAR lah...
Next, (amboih...speaking sikit)..Dugaan itu tanda Allah rindu kat kita. Macam mana boleh jadi camtu?yelah adat manusia alpa bila senang.Sejadah tu kadang2 berhabuk. Al-quran lagi jangan cerita. Duk cantik dalam laci je. Sebab rindu dengan suara2 merdu kita ni lah Allah bagi dugaan. Bila kita rasa susah, kita sedih, kita ingat Allah. Kita selongkar balik laci cari Al-Quran. Maka bersabarlah dengan dugaan. Allah sayang kat kita dan rindu kat kita sangat2..bukan boyfren/girlfren aje yang rindu!
Janji Allah tu hakiki bukan macam janji manusia..Allah tidak akan membebankan umatnya dengan sesuatu yang diluar kemampuannya. Dan setiap musibah pasti ada kemudahan bersamanya. Jadi kita kena sabar. Ingat pada janji Allah. dan bersyukur bila kita diberi dugaan sebab orang yang tak pernah diberi dugaan ni mana boleh claim yang dia itu beriman.Sedang dia tak tahu tahap ketahanan dia terhadap ujian Allah.
Sabar itu INDAH kan?dengan bersabar kita jadi tenang..tak payah nak marah sana-sini sebab qadha dan qadar Allah tu tepat.Dengan bersabar kita lagi dekat dengan Allah. Makin dekat dengan jalan keluar.
Tak payah pening2 pikir kan apa akan jadi esok, utama kan amalan kita pada hari ini. Tempuhi dugaan dengan SABAR. Pasti ada ganjaran yang menanti kita.
Best kan jadi orang yang SABAR?
Jadi bila dapat dugaan je ingat #ChillaxAllahKanAda :-)

No comments:
Post a Comment