Friday, 4 July 2014

Ramadhan Qareem



Ahlan wa sahlan ya ramadhan!!

Syukur Alhamdulillah, setinggi ucapan syukur diatas rezeki yang Allah limpahkan ke atas kita sehingga kita dapat bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah dan rahmah dari Allah. Sudah tentunya kita merindui bulan ramadhan Al-mubarak.

Dah baca niat puasa??jika belum, eloklah kita sama-sama membaca niat puasa, agar puasa kita mendapat redha Illahi. InsyaAlllah.. Bagaimana persediaan kita menyambut tetamu Allah yang hebat ini? Yang dimana amalan puasa itu hanya milik Allah – Allah berhak memberi ganjaran tanpa had kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki mengikut nilai kehebatan puasanya. Allahuakbar..
Alhamdulillah, selesai sudah solat terawih berjemaah di masjid kampus saya. Alhamdulillah, bilangan jemaahnya cukup ramai. Semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah memeriahkan masjid sepanjang Ramadan kali ini.

Tiba-tiba hati dihimpit rasa sebak. Kenapa? Entahlah.. perasaan macam rasa gastrik hati. Ibarat enzim-enzim dirembes laju ke sudut hati. Sakit macam luka dicurah air limau.. (eh..banyak pulak perumpamaan..huhu..sorry..) Cuma nak kata betapa hati ini tiba-tiba dilanda satu perasaan yang pilu. Mengenangkan susah payah, jerit perih, dan ibrah sebuah kehidupan. Alhamdulillah ala’ kullihal..Allah maha kaya dengan sifat rahmah dan kasih sayang. Mendidik hati manusia untuk patuh dan taat kepada perintahnya. Kadang kita terlupa bahawasanya kita hanya boleh mengatakan “kami dengar dan kami patuh” bilamana kita diarahkan oleh Allah. Ahh..tapi manusia sering saja bersoal-soal. Kenapa, mengapa, bila dan panjang lagi bentuk soalan yang gemar diajukan. Buatnya tidak juga..Allahurabbi..saya lah tu yang sering lemah.
Ramadan tahun lepas dijalani dengan penuh rasa syukur diatas peluang kedua yang Allah beri untuk sebuah kehidupan yang lebih dekat denganNya. Semoga tahun ini saya akan lebih cekal dalam menjaga ibadah puasa. Sungguh indah saat berdekatan dengan Allah. Segalanya menjadi lebih tenang. Kita tahu Allah ada untuk menjaga kita. Alhamdulillah.
…………………………………….

Selingan update ceritera praktikum!

Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah..
Minggu pertama yang menduga jiwa, banyak pengajaran dan pedoman yang boleh diambil. Mungkin ini cara Allah memberi ilmu pada saya. Bertugas dibahagian nikah, cerai & rujuk memungkinkan saya untuk melihat banyak sekali pernikahan berlansung. Setiap hari pasti ada yang bernikah!..mabruk!!.. Cuma..bila banyak yang menikah, ramai juga yang datang membawa surat cerai. Allahurabbi. Bagaimana boleh terjadi hal seperti ini? Persoalan demi persoalan menerjah hati kecil saya. Apakah kalian tidak sedar akan khutbah nikah yang diberikan pada awal pernikahan kalian, adakah kalian lupa akan akad yang kalian terima, atau adakah kalian alpa akan takliq yang kalian lafazkan. Aduhai hati, kehadiran kamu bukan untuk menghukum tapi memahami. Ya Allah, aku pohon ihlam dariMu. Bantulah hambaMu ini dalam memahami ketetapanMu.

Pilu.

Pilu hati si wali bila menikahkan anaknya yang telah terlanjur. Hanya mata yang sayu dapat dilihat pada si wali. Bila melihat situasi tu, saya yang bertambah-tambah sebak. Allah maha pengampun dan penyayang. Kembalilah..kembalilah..kembalilah.. pintu taubat terbuka luas. Pohonlah ampun dari orang tuamu. Alhamdulillah ya Allah, kau masih melindungi aku. Kesilapan itu pasti, kerana kita bukan malaikat tetapi langkah kembali harus segera agar kita sentiasa dalam redha Allah. Itulah hikmah yang mesti kita cari. Saya doakan kalian bahagia, segeralah kembali kepada penciptamu, akuilah kesalahanmu. Jadikan Ramadan pertama kalian sebagai suami isteri sebagai sebuah lembaran kehidupan yang baru. Allah sayang kita..Allah sayang anda..Allah sayang kita semua.

#throwback

M.

Thursday, 5 June 2014

Apabila Lamaran Diterima (>..<)

Assalamualaikum wbt,

Ahlan wa sahlan ya sya'ban..Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu kembali dengan bulan ramadhan yang mulia. 

Bagaimana persiapan kita?..huhu...masih banyak yang pincang dan ronggak (<--- merujuk si penulis blog T.T)..Bulan mei telah melabuhkan tirai, dengan tanpa menunggu lama bulan jun pula menjengah diari kehidupan..banyak peristiwa penting yang berlaku diantara dua bulan ini..jika entry lepas saya cerita bab keliru nak praktikal di mana, kini segalanya telah terjawab...( >.<)...aduh....meter anxiety mendadak naik..boleh pecah termometer kalau diuji..kilang-kilang peluh mula rancak menghasilkan titis-titis peluh dingin tanpa perlu diarah...

Alhamdulillah, lamaran saya telah diterima oleh Pejabat Agama....(nada hati bercampur-baur)..akan memulakan khidmat pada 22 Jun 2014..MasyaAllah...seram sejuk dibuatnya...

Segala urusan permohonan dan resume berjalan lancar..Alhamdulillah, Allah permudahkan laluan untuk berpraktikal....tapi.....tapi...tapi....(ahhhh...banyak sangat tapi dalam kepala ni....pusing @_@).. Dari lamaran, wujudlah amanah dan tanggungjawab. Medan praktikal sebagai permulaan dalam bidang kaunseling saya. Saat dimana segala teori kemanusiaan akan diuji...timbang-tara diagnosis klien perlu dilakukan sendiri..kali ini bukan dengan rakan-rakan..kali ini bukan suka-suka...amanah dalam membantu masyarakat tergalas kemas dibahu....(rasa nak khatam buku-buku yang banyak ni ASAP dan nak aplikasikan....huwaaa!)...tetapi realiti tetap harus ditempuh...walau sehebat mana peluh dingin mengalir, walau hebat mana keraguan melanda, inilah takdir yang perlu dilalui!...duhai hati, usahlah kau berbolak-balik dalam urusan ini...duhai hati, silalah bertenang..Allah bersamamu..

Tenang...fuhhh...fuhhh....langkah mencegah panik perlu dirangka secepat mungkin...tak mahu nanti diri terpinga-pinga dan melatah bila mula lapor diri..(careless is a part of me)....bimbang juga bila berhadapan dengan 1st klien..macam mana agaknya ye...(garu-garu kepala yang tak gatal)...Okay..soooo..here's my plan

1 : Mula membayangkan suasana tempat bekerja nanti, layanan rakan-rakan sejawat, orang atasan dan yang paling penting...jenis klien yang akan diterima..(imagine kena yang positive dan baik-baik sahaja...yang negative auto-delete!)

2 : Baca buku-buku berkaitan pengurusan sesi kaunseling..ilmu mesti power!...pembuka dan penggulungan sesi sangat penting

3 : Rajin-rajin tengok video sesi kaunseling...(banyak kat youtube!)....boleh lah bayangkan sesi sendiri nanti..huhu

4 : Berbincang dengan penyelia tentang kaedah laporan sesi...lain penyelia, lain pula methodnya...

5 : Solat malam kena pertingkatkan!!...project 4am

6 : Doa & restu ibu ayah...sebagai bekal

Jadi...kesimpulannya, persediaan yang mencukupi perlu dilakukan dalam tempoh yang tersisa ini...selebihnya kita berbaik sangka dengan Allah..mungkin ilmu didada masih hijau..belum cukup ranum untuk diperdagangkan tapi kepada Allah jualah turun segala rahmah dan hidayah..hanya Allah yang mampu mengubah manusia...apa-apa pun, kembalikan semuanya kepada Pencipta..Dia lebih mengetahui....(nak pujuk hati sendiri...huhu)

Doakan saya dan rakan-rakan yang lain mendapat kekuatan untuk melaksanakan amanah yang diberi...

Kerjayaku adalah dakwahku,
Pengajianku adalah jihadku.


M.






Friday, 9 May 2014

Kaunselor: Antara Kerjaya dan Dakwah

Assalamualaikum wbt.

Salam hening pagi bagi si penunggu malam yang setia, bersengkang mata berjihad diatas jalan ilmu, menjual jiwa demi kebahagiaan akhirat, berjual beli sementara masih sempat sebelum tiba masa tiada lagi jual beli yang diterima Allah.

Duhai dunia yang penuh pesona,
Kau hebat dalam menarik perhatian kami. Jiwa kami yang ronggak cepat sahaja kau isi dengan janji nan indah. Menjadikan kami sentiasa ingin mendampingimu. Walau kami pernah terjatuh sakit, tapi kerana keindahan pesona fatamorgana yang kau hiaskan kepada kami, kami tega untuk jatuh lagi. Allahurabbi..

Duhai dunia yang penuh pesona,
Pada luaran kau tampak menawan. Tapi bila kami menghampirimu dengan hati yang ingin kembali suci, kau tampakkan kekotoranmu. Manusia kini terlalu mengejar yang sementara sehingga hilang nilai diri. Ketandusan jiwa-jiwa yang perlukan pengisian. Jiwa-jiwa yang sakit. Jiwa-jiwa yang keliru. Jiwa-jiwa yang menghilang. Ya! semakin ramai anak muda gah dipersada dunia. Hebat dimata manusia, semoga hebat juga dimata Pencipta. Tapi....apakah kita sedar, semakin ramai juga jiwa yang sedang meronta meminta diselamatkan..Jiwa-jiwa yang terperangkap di hospital-hospital bahagia. Jiwa-jiwa yang menderita kerana terlalu terhimpit dengan desakan dunia. Jiwa-jiwa yang kosong disebalik lorong-lorong gelap. Jiwa-jiwa yang rakus disebalik tirai besi. Jiwa-jiwa yang keliru dengan fitrah jantina. 

Ada masanya aku meratapi..

Kerana jiwa-jiwa ini merupakan umat Rasulullah..jiwa-jiwa ini yang ditangisi oleh baginda. Jiwa-jiwa ini yang sangat disayangi oleh baginda. Jiwa-jiwa ini yang dahulunya ditebus dengan darah dan jihad fisabillah. Jiwa-jiwa ini...jiwa yang bakal membentuk dan menjana umat Muhammad yang seterusnya. 

Allahurabbi..lemahnya aku bila aku leka. Leka dalam doaku, leka dalam solatku, leka dalam pengajianku. Sering sahaja aku tewas sebelum berjuang...sedangkan lapanganku hanyalah jihad pengajian. Kekentalan sebagai Tolibul'ilm semakin aku rasa pudar. Lalai...

Waktu praktikal semakin mendekat..dilemma melanda..kenapa? Kerana aku rasa ilmuku masih belum ranum untuk diperdagangkan. Jabatan Agama Islam ataupun LPPKN..dua tempat yang menjadi pertimbangan. Jika pilihan pertama yang dipilih, aku risau akan khidmatku nanti. Apakah layak aku di Jabatan Agama? Sedangkan diri sendiri masih kekurangan ilmu agama...Jika di LPPKN, bentuk perkhidmatan yang bagaimana harus aku berikan..kerana skopnya terlalu luas. Ya Allah berikanlah kemudahan kepada hambaMu ini...mungkin ini adalah padang dakwahku.

Kerjayaku adalah dakwahku.
Pengajianku adalah jihadku.
Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku mencari redhaMu dan cintaMu. Bukan hanya dibibir, bahkan tertanam teguh dalam hatiku. Amin

M.


Tuesday, 29 April 2014

Nota Cinta

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, setinggi puji-pujian dan lafaz cinta dipanjatkan kepada Allah swt, pemilik cinta yang paling Agong. Salam kasih dan sayang buat manusia yang paling hebat dan kekasih yang paling dicintai, Rasulullah saw. Semoga setiap detik nadi kita sentiasa membawa kita menghampiri koridor cinta Illahi.

Tik tok..tik tok...jam 2.10am.

Suasana sunyi membaluti hostel kediaman. Apakah yang sedang dilakukan oleh penghuni-penghuni hostel ni agaknya. Study?tido?chatting? atau bermunajat dan menyatakan kata-kata cinta pada Pencipta. Macam-macam yang mungkin saja dilakukan. InsyaAllah, semuanya mengejar redhaNya. Sungguh aku mencemburui mereka yang istiqamah dalam tahajudnya. Aku masih lemah.

Hebatnya sistem ciptaan Allah. Wujudnya siang dan malam saling berganti. Macam ada renewal period supaya kita sentiasa ada peluang memperbaiki diri. Jika berdosa di siang hari, kita punya malam untuk kembali bertaubat. Dan begitu juga sebaliknya. Tapi kebanyakkan dari kita termasuk diri saya sendiri sering lupa dan lalai dalam mencari cinta Illahi. Sentiasa tertangguh-tangguh dalam meneroka koridor cintaNya. Aduhai, alangkah ruginya detik saat hidup kita.

Manusia memang punya banyak ragamnya. Setiap satu insan diciptakan Allah dengan keadaan fizikal dan emosi yang berbeza-beza. Namun setiap satu jiwa anak Adam pasti akan digoncang dengan ujian dunia. Bahkan mungkin sahaja menyebabkannya semakin jauh dari cinta yang Satu dek kerana kurangnya ilmu. Mungkin juga ujian itu datang dalam bentuk sejarah lampau. Saat dimana kita masih jahil dalam mengenal hakikat diri. Adakah patut kita berduka dan menyalahkan keadaan? Allah menjelaskan:

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar" 
(Al-Baqarah:155)

Allah beri jaminan kepada kita bahawa bersabarlah, dan kalian akan bergembira. Ujian itu pasti, tapi kerana cinta, Allah pujuk kita supaya sabar buat seketika. Bukankah dunia ini hanya sekejap sahaja? Allah ingin menaikkan martabat kita, jika kita mampu bersabar. Bila orang singkap sejarah buruk kita, ungkit kisah lama kita...Percayalah pintu taubat Allah sentiasa terbuka dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Allah terima kita walau tiada manusia menerima kita. Allah sayang kita, walau semua manusia mengeji kita. Duhai hati, sedarlah akan hakikat bahawa kita sememangnya ciptaan yang kerdil dan hina. Jadi apalah yang dikisahkan dengan umpatan manusia? kerana yang selayaknya menilai kita adalah Allah swt. Sekiranya kita rasa kita tidak boleh dikritik, bermakna hati kita bermasalah, kita ada wrong believe system (WBS). Hal ini akan menyebabkan kita bongkak, sombong, dll. 

Kenapa tidak melihat dari sudut hikmah? Mungkin dengan tersingkapnya cerita lampau, Allah ingin memberi peringatan kepada kita supaya lebih bijak mencegah. Mungkin juga tanpa kita sedar, kita mulai lupa untuk beristigfar..Subhanallah, hebat cara Allah tegur kita. Bukankah manusia ini cepat lupa? Kadang-kadang ujian itu datang sebagai nota cinta dari Illahi.

Duhai hati, semakin kau sedih dengan ujian dunia bermakna kau semakin cinta dunia. Kau menghitung dengan perkiraan dunia. Akhirat kau lupakan. La tahzan, Innallaha ma'ana. Jangan bersedih, Allah ada. Siapakah pendengar paling setia kalau bukan Allah?, Siapakah yang paling tinggi kasih sayang jika bukan Allah?...Oleh itu, kembalikanlah hatimu kepada pemiliknya.

Jika sesuatu nikmat diberikan kepadamu, jangan lupa ucap Alhamdulillah. Tetapi jika satu nikmat ditarik darimu, pintalah kepada Allah agar tempat kosong itu diganti dengan bertambahnya cintamu kepada Allah. Seperti doa Rasulullah saw:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu untuk mampu mencintai-Mu, mencintai orang yang mencintai-Mu, mencintai perbuatan yang dapat mendekatkanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, janganlah Engkau memberikan rezeki kepadaku dengan apa yang aku cintai, kecuali Engkau jadikan dia sebagai kekuatan bagiku untuk melakukan apa yang Engkau cintai, dan janganlah Engkau singkirkan dariku apa yang aku cintai, kecuali Engkau jadikan dia ruang kosong bagiku untuk mengisinya dengan cinta-Mu. Ya Allah, Jadikanlah cintaku kepada-Mu melebihi daripada keluargaku dan hartaku, dan daripada air yang menyegarkan orang yang dahaga. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang dapat mencintai-Mu, para malaikat-Mu, para nabi-Mu, para utusan-Mu, dan hamba-hamba-Mu yang soleh, dan jadikanlah aku termasuk orang yang selalu mencintai-Mu, para malaikat-Mu, para nabi-Mu, para utusan-Mu, dan hamba-hamba-Mu yang soleh. Ya Allah, hidupkanlah jiwaku hanya untuk mencintai-Mu, dan usahaku semuanya untuk mendapatkan keredaan-Mu"
(HR.At-Tirmidzi)

Analoginya mudah, kita tidak boleh mengisi air ke dalam cawan yang sedia penuh. Kita kena buang sedikit airnya, supaya ada ruang untuk ditambah dengan air yang baru. Seperti juga hati kita. Mana mungkin cinta Illahi dapat menapak dalam hati kita andai hati kita sudah penuh dengan cinta-cinta murahan dunia. Ingatlah duhai hati, cinta Allah itu sangat tinggi martabatnya dan tidak rela dikongsi dengan cinta-cinta picisan. Jadi Allah tarik sedikit cinta dunia dari kita demi ingin mencampakkan cinta kepadaNya ke dalam hati kita. Agar bila hati kita sudah kurang cinta pada dunia, cinta Allah dapat menapak dengan kukuh. MasyaAllah..hebat bukan? Jadi kenapa yang nak disedihkan sangat?...Kembalikan hatimu pada pemiliknya.

Duhai hati-hati yang berduka...nota cinta dari Allah sangat merdu dan indah. Al-Quran merupakan surat cinta dari Allah. Setiap baris katanya merupakan ayat-ayat cinta Illahi. Ada pujukan disitu. Jadikanlah Al-Quran sebagai penyembuh jiwamu. Fahamilah ayat-ayat cinta Allah agar kau semakin terpujuk dan mencintaiNya lebih dari segala-galanya. Ada pesanan tersisip rapi dalam setiap bait ayat cintaNya. Ada tegahan manja dalam kalamNya kerana setiap tegahan bukan bertujuan untuk menzalimi tetapi sebagai tanda Allah melindungi kita - kerana cinta.

InsyaAllah, hati kita akan merasa tenang denganNya.



M.












Friday, 14 March 2014

Special For Coffee Lovers

Assalamualaikum wbt..

Praises upon Allah swt, the creator of Heaven and Earth, for His bless to mankind.

Special for Coffee Lovers,

Coffee, a type of drinks that has different tastes (black coffee, latte, mocha, andddd many more...) to suit individual preferences. What is so amazing about coffee is that its original taste is bitter!(urgh..)...but through additional flavor (so called 'invention' in beverages), the taste differ. And it attracts thousand and thousand of people to fall in love with it..(myself included!). Even before we take the first sip, we aroused by the aroma of the coffee. Just imagine what do we feel after the first sip....(fascinated by the taste)..

Why coffee is so close to humanity?

Similar to coffee, life offers different kind of tastes (you can call it challenges if you want to)..At the beginning, one would feel the bitterness in life. Challenges after challenges, back to back, neck to neck...all of it, until we knelled down and accept that we are not superior. However, life welcomes inventions...through adaptation and assimilation. The golden rule for invention in life is,

KNOWLEDGE

True!..and it is no secret about it. You have to have the right knowledge to create the right invention. You have to plan for your knowledge. Balancing and mastering the fundamental are the two crucial elements in seeking knowledge and create a life invention. And to make you more interesting, your life invention only suit YOU!..nothing fits in one size. So does your life invention - its your personal touch to your own life..not others. The fatality in life invention is 

DON'T IMPOSE YOUR VALUES ON OTHERS

Each coffee lovers has their own preference in tasting the coffee, so does human. We have our own preferences in valuing and defining our life. That is why we cannot force people to see from our point..


till next time (running out of ides...huhu..X_X)

M.

Tuesday, 18 February 2014

Contengan pagi

Assalamualaikum wbt,

Dugaan hati datang dalam pelbagai bentuk. Tapi indahnya susunan takdir Allah sampai terasa nak terduduk, sujud pada yang Esa..Susunan ibarat rantai yang tidak terputus (change reaction)...satu per satu dugaan melanda sem ini..tanpa letih untuk mendidik hati menjaga niat...Istighfar banyak kali waktu nak post ni...nak mengawal perasaan yang mungkin terlebih-lebih dalam memberatkan sesuatu perkara. Allah tak akan menguji andai bukan kerana ingin mengajar hambaNya sesuatu yang indah.

Seminar Ibu Tunggal Pencetus Minda

Bermula dengan kisah Seminar Ibu tunggal yang saya jalankan pada minggu sebelum semester bermula. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Takdir Allah telah mendepani segalanya. Saya mendapat ahli kumpulan yang sama-sama ingin belajar dan menambah ilmu. Sejujurnya saya yang lebih belajar dari mereka!..

Berteraskan konsep islami, jiwa sentiasa ditarbiah. Tapi ternyata yang berucap itu pasti diuji dengan apa yang dikatakannya. Terdiam seketika. Tapi dengan niat ingin menyampaikan ilmu dan bukan menunjuk2..insyaAllah disemai benih2 cinta Illahi.

Semester Bermula!

Hari ke-2 kelas, satu subjek yang tough!...kami diuji Allah dengan ujian perasaan yang maha hebat. Ketiga-tiga kami yang menjadi fasilitator Seminar Ibu Tunggal benar2 diuji Allah untuk membuktikan apa yang telah kami ajarkan kepada ibu tunggal-ibu tunggal tempoh hari. Antaranya:

1) Konsep redha
2) Bergantung hanya pada Allah dan bukan manusia
3) Niat
4) dll

Aduhai dugaan khas..

Pada kelas yang sama, saya dilontarkan soalan poligami. Saya diminta memberi justifikasi atas jawapan saya, manakala jawapan dari pihak yang satu lagi bahkan tidak memenuhi tahap argumentation yang saya harapkan. Tapi kerana tidak mahu memanjangkan topik, saya menarik diri perlahan-lahan..(lagipun saya tak arif dalam isu poligami).

Cerita minggu ini..

Saya diprovoke dengan argumentation yang berat sebelah. Allahurabbi..bukan niat nak menunjuk pandai tapi salahkan seorang penuntut ilmu bertanya dan membuat argument secara ilmiah?bukankah itu lebih mencapahkan ilmu yang sedia ada. Berilah ruang untuk si jahil ini meneguk ilmu dimana sahaja ia berada. Dan sekali lagi, argumentation dari pihak satu lagi, pada hemat saya sangat tidak solid. Secara ilmiahnya, sebagai penuntut sarjana, saya mendambakan satu perbincangan yang disertai justifikasi yang solid. Jika tiada, katakan tiada. Usah menjemput arguement, andai tidak punya landasan kukuh. Sekali lagi, saya memilih untuk mengundur diri..(takut dicop tunjuk pandai)..naluri akal memberontak inginkan jawapan kepada pelbagai persoalan. Kenapa, mengapa, dll...banyak sangat yang bermain diminda. Kes2 sosial dan akhlak sangat banyak dan perlukan solusi. Janganlah mematikan curiosity si penuntut ilmu.

Kadang2 menangis bila terfikir "adakah aku riak?" "apakah aku salah dalam menjaga niat?" "Sombongkah aku?"..tapi yang paling utama bila terfikir "ya Allah, banyaknya ilmu yang masih aku tak tahu"...cukupkah masa nak ambil mutiara2 ilmu? yang lebih penting, cukupkah masa nak menyebarkan ilmu2 ini?...Saya hamba yang kerdil.

Pasti ada hikmahnya..

Ya..saya yakin pasti ada hikmah kenapa saya dipilih merasai situasi ini. Pelbagai kemungkinan bermain diminda. Tapi hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Saya cuba menapis dan ambil yang positif. Bak kata pensyarah saya, "we must travel light"..Jangan bawa masalah orang dalam hidup kita. Focus on our well-being, the rest will follow. InsyaAllah.

Sapaan Si Adam..

Dalam masa yang sama, kakak angkat melobi saya pada si adam. Disapa dengan hormat dan tertib. Perbualan terarah tanpa meleret2. Perbincangan ada menunjukkan persamaan fikrah. Istikarah dibuat..saya berat rasa saya belum bersedia untuk sesiapa pun buat masa sekarang. Bukan menidakkan fitrah, bahkan saya meraikan sahabat2 yang ingin settle down awal. Kalian punya misi dan visi yang berbeza dengan saya. Anggaplah ini sebagai usaha saya. Mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan ilmu. Andai bukan didunia, biarlah jodoh saya diakhirat. Yang pasti saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Belajar dari kesilapan..Ibrah sebuah kesakitan.


Selamat malam.

M.

Monday, 3 February 2014

Bagaimana Hati ini?

Assalamualaikum wbt...

Segala puji-pujian kepada Allah yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, serta yang berada di antara keduanya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda.

"[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving"
(Al-Mulk : 2)

Allah menciptakan mati dan hidup semata-mata untuk menguji siapa diantara hambaNya yang lebih bertaqwa...nah..jelas sekali kehidupan ni semata untuk diuji...lantas kenapa mengeluh bila saat diuji...bukankah pakaian terbaik adalah pakaian takwa?? (hati yang lemah mula tertanya-tanya. Mempersoalkan priority hati)..Saya dambakan jalan yang terpimpin..

You choose what you want to see, you choose what you want to hear.

Hidup ini punya banyak pilihan..kadang kita benar, kadang kita khilaf dalam mengeluarkan fatwa diri. Jalan yang disangka lurus rupanya penuh duri. Itulah bahaya jika keputusan dibuat tanpa musyawarah dan istikarah. Kerana manusia itu serba kekurangan..

I choose what i want to see, i choose what i want to hear.

Memilih itu hak. Pengalaman lampau menjadi teras memberi pengajaran seribu. Diukur pada agama dan akhlak. Santun dan budaya menjadi landasan utama, manakala keserasian pemikiran menjadi dahan teguh sebagai tapak bunga-bunga kehidupan. Setiap orang punya kelemahan, tapi perlu dinilai dengan kewarasan.

"Aku redha agamanya tapi belum redha akhlaknya"
-Cinta High Class : Fatimah Syarha-

People around me, they are essentially IMPORTANT.

Orang disekitar saya amat penting buat saya. Penilaian mereka memberi kesan kepada penilaian saya. Jika mereka disakiti, dalam apa jua cara, saya juga turut disakiti. Namun, mereka bukan untuk dibodek, dicuri hatinya semata ingin rapat dengan saya, tapi mereka perlu dilayan dengan bermaruah, sesuai dengan martabat mereka disisi saya. Sayang sekali mereka telah DILUKAI.

Lelaki diciptakan dari tanah, Wanita dari tulang yang bengkok.

Mana mungkin yang bengkok mampu meluruskan. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Wahai kaum adam, kamu dugaan terbesar hawa. Namun kamu juga harapan si hawa untuk meniti kehidupan penuh barakah. Jika khilaf dirimu, bagaimana kapalmu kelak? Perintah Illahi menuntut si hawa mentaati adam, namun jika bersamanya menjejaskan agama, mana datang barakah dan pahala?..Langkah perlu lebih tersusun, jangan terburu-buru dalam berkata-kata. Mana pesonamu yang indah disulam agama?

Benar peringatan itu boleh disampaikan melalui sesiapa dan apa sahaja. Kerana yang menggerakkan itu hanya Allah swt. Tapi, seboleh-bolehnya bukan dari mulut ini yang berbicara. Hai kaum adam, kalian dikurnia 9 akal berbanding wanita. Mohon pertimbangan kalian lebih waras berbanding si hawa yang serba kekurangan ini. Bahkan diri ini bukan daie, belum juga muslimah sejati...pasti banyak khilaf dalam membuat pertimbangan. Justeru akal dan hatimu perlu teguh.

Wanita ini hatinya mudah terkesan.

Wahai kaum adam, tahukah kamu hati wanita mudah terkesan? Mudah memaafkan tapi mudah juga terluka. Andai terluka, lambat pula pulihnya. Maafkan kami wahai adam, bukan kami meminta selemah ini. Tapi takdir telah mendepani. Hati hawa yang terluka, pasti sukar pulih. Hanya plaster zikir menjadi sandaran. Puas sudah memujuk, tapi masa yang lama diperlukan. Sekali lagi maafkan kami wahai adam...kami cuba sehabis baik kami untuk merawat hati..InsyaAllah, moga Allah kasihani kami.

Indahnya mencegah daripada merawat.

Kerana hati kami lemah, kami perlu tinggikan antivirusnya!..Maafkan kami wahai adam, andai tingkahmu ada yang tidak kami senangi. Bukan menolak tapi kami memilih untuk memelihara hati kami. Kerana kami sedar, kami insan yang lemah. Allah menciptakan kami penuh dengan emosi, jadi kami perlu bijak menguruskannya. Kami mohon wahai adam, agar kamu membantu kami memelihara hati kami. 

Wahai adam, kamu juga lemah bila berhadapan dengan hawa. justeru biarlah kami membantu kamu istiqamah dalam jalan mujahadah. Jauhi kami jika tiada urusan. Lenyapkan anganmu dengan memikirkan kematian. Hidupkan jiwamu mencari redha dan menjauhi mungkar. Wahai adam, kami kasihan padamu. Kami yang lemah ini mampu mengheret kamu ke neraka andai kamu tewas kepada kami. Maafkan kami wahai adam.. Biarkan kami menguruskan hati kami sebaiknya.

Jauhi hawa, dekati walinya.

Benar kami punya hak memilih, tapi kami punya penjaga. Jangan sesekali kamu, wahai adam, menyakiti orang sekeliling kami. Itu merendahkan martabatmu di hati kami. Kami terluka andai mereka terluka. Sahabat2 kami juga penting pada kami. Maafkan kami wahai adam, hawa ini hidupnya penuh berpagar. Sosialnya juga sebagai pagar..andai sahabatnya terluka, kami juga turut terluka. Kerana sahabat itu tempat kami bertongkat selain bertawakal kepada Allah.

"O mankind, fear your Lord, who created you from one soul and created from it its mate and dispersed from both of them many men and women. And fear Allah, through whom you ask one another, and the wombs. Indeed Allah is ever, over you, an Observer"
(An.Nisa' : 1)