Monday, 3 February 2014

Bagaimana Hati ini?

Assalamualaikum wbt...

Segala puji-pujian kepada Allah yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, serta yang berada di antara keduanya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda.

"[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving"
(Al-Mulk : 2)

Allah menciptakan mati dan hidup semata-mata untuk menguji siapa diantara hambaNya yang lebih bertaqwa...nah..jelas sekali kehidupan ni semata untuk diuji...lantas kenapa mengeluh bila saat diuji...bukankah pakaian terbaik adalah pakaian takwa?? (hati yang lemah mula tertanya-tanya. Mempersoalkan priority hati)..Saya dambakan jalan yang terpimpin..

You choose what you want to see, you choose what you want to hear.

Hidup ini punya banyak pilihan..kadang kita benar, kadang kita khilaf dalam mengeluarkan fatwa diri. Jalan yang disangka lurus rupanya penuh duri. Itulah bahaya jika keputusan dibuat tanpa musyawarah dan istikarah. Kerana manusia itu serba kekurangan..

I choose what i want to see, i choose what i want to hear.

Memilih itu hak. Pengalaman lampau menjadi teras memberi pengajaran seribu. Diukur pada agama dan akhlak. Santun dan budaya menjadi landasan utama, manakala keserasian pemikiran menjadi dahan teguh sebagai tapak bunga-bunga kehidupan. Setiap orang punya kelemahan, tapi perlu dinilai dengan kewarasan.

"Aku redha agamanya tapi belum redha akhlaknya"
-Cinta High Class : Fatimah Syarha-

People around me, they are essentially IMPORTANT.

Orang disekitar saya amat penting buat saya. Penilaian mereka memberi kesan kepada penilaian saya. Jika mereka disakiti, dalam apa jua cara, saya juga turut disakiti. Namun, mereka bukan untuk dibodek, dicuri hatinya semata ingin rapat dengan saya, tapi mereka perlu dilayan dengan bermaruah, sesuai dengan martabat mereka disisi saya. Sayang sekali mereka telah DILUKAI.

Lelaki diciptakan dari tanah, Wanita dari tulang yang bengkok.

Mana mungkin yang bengkok mampu meluruskan. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Wahai kaum adam, kamu dugaan terbesar hawa. Namun kamu juga harapan si hawa untuk meniti kehidupan penuh barakah. Jika khilaf dirimu, bagaimana kapalmu kelak? Perintah Illahi menuntut si hawa mentaati adam, namun jika bersamanya menjejaskan agama, mana datang barakah dan pahala?..Langkah perlu lebih tersusun, jangan terburu-buru dalam berkata-kata. Mana pesonamu yang indah disulam agama?

Benar peringatan itu boleh disampaikan melalui sesiapa dan apa sahaja. Kerana yang menggerakkan itu hanya Allah swt. Tapi, seboleh-bolehnya bukan dari mulut ini yang berbicara. Hai kaum adam, kalian dikurnia 9 akal berbanding wanita. Mohon pertimbangan kalian lebih waras berbanding si hawa yang serba kekurangan ini. Bahkan diri ini bukan daie, belum juga muslimah sejati...pasti banyak khilaf dalam membuat pertimbangan. Justeru akal dan hatimu perlu teguh.

Wanita ini hatinya mudah terkesan.

Wahai kaum adam, tahukah kamu hati wanita mudah terkesan? Mudah memaafkan tapi mudah juga terluka. Andai terluka, lambat pula pulihnya. Maafkan kami wahai adam, bukan kami meminta selemah ini. Tapi takdir telah mendepani. Hati hawa yang terluka, pasti sukar pulih. Hanya plaster zikir menjadi sandaran. Puas sudah memujuk, tapi masa yang lama diperlukan. Sekali lagi maafkan kami wahai adam...kami cuba sehabis baik kami untuk merawat hati..InsyaAllah, moga Allah kasihani kami.

Indahnya mencegah daripada merawat.

Kerana hati kami lemah, kami perlu tinggikan antivirusnya!..Maafkan kami wahai adam, andai tingkahmu ada yang tidak kami senangi. Bukan menolak tapi kami memilih untuk memelihara hati kami. Kerana kami sedar, kami insan yang lemah. Allah menciptakan kami penuh dengan emosi, jadi kami perlu bijak menguruskannya. Kami mohon wahai adam, agar kamu membantu kami memelihara hati kami. 

Wahai adam, kamu juga lemah bila berhadapan dengan hawa. justeru biarlah kami membantu kamu istiqamah dalam jalan mujahadah. Jauhi kami jika tiada urusan. Lenyapkan anganmu dengan memikirkan kematian. Hidupkan jiwamu mencari redha dan menjauhi mungkar. Wahai adam, kami kasihan padamu. Kami yang lemah ini mampu mengheret kamu ke neraka andai kamu tewas kepada kami. Maafkan kami wahai adam.. Biarkan kami menguruskan hati kami sebaiknya.

Jauhi hawa, dekati walinya.

Benar kami punya hak memilih, tapi kami punya penjaga. Jangan sesekali kamu, wahai adam, menyakiti orang sekeliling kami. Itu merendahkan martabatmu di hati kami. Kami terluka andai mereka terluka. Sahabat2 kami juga penting pada kami. Maafkan kami wahai adam, hawa ini hidupnya penuh berpagar. Sosialnya juga sebagai pagar..andai sahabatnya terluka, kami juga turut terluka. Kerana sahabat itu tempat kami bertongkat selain bertawakal kepada Allah.

"O mankind, fear your Lord, who created you from one soul and created from it its mate and dispersed from both of them many men and women. And fear Allah, through whom you ask one another, and the wombs. Indeed Allah is ever, over you, an Observer"
(An.Nisa' : 1)


No comments:

Post a Comment