Assalamualaikum wbt,
Ahlan wa sahlan ya sya'ban..Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu kembali dengan bulan ramadhan yang mulia.
Bagaimana persiapan kita?..huhu...masih banyak yang pincang dan ronggak (<--- merujuk si penulis blog T.T)..Bulan mei telah melabuhkan tirai, dengan tanpa menunggu lama bulan jun pula menjengah diari kehidupan..banyak peristiwa penting yang berlaku diantara dua bulan ini..jika entry lepas saya cerita bab keliru nak praktikal di mana, kini segalanya telah terjawab...( >.<)...aduh....meter anxiety mendadak naik..boleh pecah termometer kalau diuji..kilang-kilang peluh mula rancak menghasilkan titis-titis peluh dingin tanpa perlu diarah...
Alhamdulillah, lamaran saya telah diterima oleh Pejabat Agama....(nada hati bercampur-baur)..akan memulakan khidmat pada 22 Jun 2014..MasyaAllah...seram sejuk dibuatnya...
Segala urusan permohonan dan resume berjalan lancar..Alhamdulillah, Allah permudahkan laluan untuk berpraktikal....tapi.....tapi...tapi....(ahhhh...banyak sangat tapi dalam kepala ni....pusing @_@).. Dari lamaran, wujudlah amanah dan tanggungjawab. Medan praktikal sebagai permulaan dalam bidang kaunseling saya. Saat dimana segala teori kemanusiaan akan diuji...timbang-tara diagnosis klien perlu dilakukan sendiri..kali ini bukan dengan rakan-rakan..kali ini bukan suka-suka...amanah dalam membantu masyarakat tergalas kemas dibahu....(rasa nak khatam buku-buku yang banyak ni ASAP dan nak aplikasikan....huwaaa!)...tetapi realiti tetap harus ditempuh...walau sehebat mana peluh dingin mengalir, walau hebat mana keraguan melanda, inilah takdir yang perlu dilalui!...duhai hati, usahlah kau berbolak-balik dalam urusan ini...duhai hati, silalah bertenang..Allah bersamamu..
Tenang...fuhhh...fuhhh....langkah mencegah panik perlu dirangka secepat mungkin...tak mahu nanti diri terpinga-pinga dan melatah bila mula lapor diri..(careless is a part of me)....bimbang juga bila berhadapan dengan 1st klien..macam mana agaknya ye...(garu-garu kepala yang tak gatal)...Okay..soooo..here's my plan
1 : Mula membayangkan suasana tempat bekerja nanti, layanan rakan-rakan sejawat, orang atasan dan yang paling penting...jenis klien yang akan diterima..(imagine kena yang positive dan baik-baik sahaja...yang negative auto-delete!)
2 : Baca buku-buku berkaitan pengurusan sesi kaunseling..ilmu mesti power!...pembuka dan penggulungan sesi sangat penting
3 : Rajin-rajin tengok video sesi kaunseling...(banyak kat youtube!)....boleh lah bayangkan sesi sendiri nanti..huhu
4 : Berbincang dengan penyelia tentang kaedah laporan sesi...lain penyelia, lain pula methodnya...
5 : Solat malam kena pertingkatkan!!...project 4am
6 : Doa & restu ibu ayah...sebagai bekal
Jadi...kesimpulannya, persediaan yang mencukupi perlu dilakukan dalam tempoh yang tersisa ini...selebihnya kita berbaik sangka dengan Allah..mungkin ilmu didada masih hijau..belum cukup ranum untuk diperdagangkan tapi kepada Allah jualah turun segala rahmah dan hidayah..hanya Allah yang mampu mengubah manusia...apa-apa pun, kembalikan semuanya kepada Pencipta..Dia lebih mengetahui....(nak pujuk hati sendiri...huhu)
Doakan saya dan rakan-rakan yang lain mendapat kekuatan untuk melaksanakan amanah yang diberi...
Kerjayaku adalah dakwahku,
Pengajianku adalah jihadku.
M.


No comments:
Post a Comment