Monday, 7 March 2016

Randomness

Like lullabies you are
Forever in my mind
I see you in all
The pieces in my life
Though you weren't mine
You were my first love

I wanted to go away with you
And I will leave all my troubles here
I wanted to run away with you
And I will bring all my dreams and fears

Like lullabies you are
Forever in my mind
I see you in all
The pieces in my life
Though you weren't mine

Like lullabies you are
Forever in my mind
I see you in all
The pieces in my life
Though you weren't mine
You were my first love

I wanted to start again with you
And I will leave all my worries here
I wanted only you
And I that I felt for you

Like lullabies you are
Forever in my mine
I see you in all
The pieces of my life
Though you weren't mine

Like lullabies you are
Forever in my mind
I see you in all
The pieces in my life
Though you weren't mine

You were my first love


credit: Yuna

Tuesday, 30 June 2015

Ada apa dengan Pelangi??

Assalamualaikum wbt..

Jam menunjukkan jam 1.20 pagi tanggal 30 jun 2015. Mata masih enggan melabuhkan tirainya. Mungkin kerana telah tidur di siang hari, atau mungkin kerana pemikiran yang kusut dan perlu diluahkan juga. Sebagai seorang yang kadang kala suka mempunyai gaya pemikiran sendiri, ada perkara yang tidak dapat aku luah menerusi kata-kata lisan. Sukarnya menyusun ayat untuk menzahirkan kecamukkan dalam hati. Perasaan sebal ini harus aku tuliskan, moga-moga aku boleh tidur selepas ini. Apa yang pasti, pemikiran ini sering menganggu malamku sejak dua-tiga hari yang lalu.

Ada apa dengan PELANGI?

Ya, sejujurnya pelangi yang menjadi trend di media sosial semenjak USA menghalalkan pernikahan sama jenis telah menembak tepat ke dalam hati aku. Aku bingung. Aku menjadi kelu. Aku reserve komentar aku. Tapi jauh di satu sudut hati aku menangis. Ya Allah, aku tak mampu..aku tak mampu memilih untuk bersuara kerana aku punya rakan-rakan yang tergolong dalam kumpulan itu. Diam aku bukannya menyokong, tapi aku buntu bagaimana lagi mahu aku zahirkan tentanganku.

Sakit. Itu yang aku rasakan. Selfish? Mungkin juga iya..Duhai diri yang jahil..Allah beri nikmat kepada aku untuk menuntut ilmu agama yang tidak aku sangka akan pernah dapat. Tapi untuk menegur rakan dengan hikmah dan agamamu aku masih belum mampu..wahai Allah..aku benar-benar mohon ampun. Satu persatu kenalanku Kau uji dengan pencerobohan pemikiran liberal dan isu LGBT. Dan aku? Aku berteleku di satu sudut menggumam kata-kata. Aku pernah berdialog dengan mereka. Wahai Allah..ampunkan aku..mungkin belum sempurna dakwah aku pada mereka sehingga mereka masih memilih untuk menentang syariatMu. Atau mungkin dosa aku yang menggunung tinggi menjadi asbab dakwahku tidak berkesan. Allahu Allah…aku hanya mampu menangis dan berdoa.

Kau hadirkan mereka dalam hidup aku sebagai ujian juga buat aku. Apakah aku sudah gagal dihadapanMu? Apakah aku sudah fail? Ampunkan aku wahai sahabat..aku berniat untuk kamu berubah tapi andai sahaja lisan aku lancar menyentuh hatimu..sahabat, aku tak sanggup tengok kamu menjauh dari agama. Aku kenal kamu-kamu semua dengan sangat terperinci. Kita sama susah dan senang dulu. Lantas bila aku berhijrah, aku ingin sekali kalian ikut bersama aku. Tapi aku sendiri masih rapuh, lantas bantuan yang aku hulurkan pada kalian juga rapuh. Maafkan aku sahabat. Aku gagal beri peringatan yang kekal dalam hati kalian. Mungkin kerana aku mengungkapkan dengan nada bersahaja, kau memilih untuk lupa. Tapi nama kalian tetap sahaja aku sebut dalam doaku..doaku ketika tawaf..doaku ketika di jabal rahmah, doaku di raudhah..dan doa-doaku di akhir solatku. Maafkan aku andai lisanku tidak tersampai pada kalian..aku titip doa kepada Allah kerana sesungguhnya Allah yang memegang hati kalian. Tapi setiap kali kalian menunjukkan kejahilan, aku menjadi sedih…sedih kerana aku tak mampu berdepan dan berdebat.

Wahai Allah, ampunkan kekurangan diriku. Dosa aku terlalu banyak lantas nasihat agamaMu seperti tidak terkesan oleh kerana dosaku. Maafkan aku wahai Allah…maafkan aku wahai sahabat. Jangan kau dakwa aku di masyhar nanti..jangan kalian menyalahkan aku di masyhar nanti kerana tidak berdebat dengan kalian sewaktu didunia. Ampunkan aku sahabat..



M.

Friday, 12 June 2015

Tolibun Ilm

Assalamualaikum WBT.
Bismillahirahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang mencipta langit dan bumi serta yang melimpahkan nikmat serta rahmat yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya yang sering kali lalai dan leka.

Entry kali ini kita menyelam ke dasar dilemma hati seorang da’ie. Ya..pada saya seorang guru itu walaupun bukan lahiran ijazah dari Al-Azhar atau mana-mana institusi agama yang agung, tetapi tetap juga merupakan seorang da’ie. Pembentuk jiwa serta akhlak anak muridnya. Ya Allah berat sungguh tugasan seorang guru jika kita perhalusi dari kaca mata agama. Sebab tu juga saya sering kali tewas dalam membulatkan tekad untuk apply posting. Takut pada amanah yang sangat tinggi. Sikap diri sendiri yang masih kurang tekad dalam urusan kerja membuatkan jiwa ini sering kali berperang antara mendidik dan ingin dididik. Ya Salam…kerdilnya saya.

“Kau ingat bila dah decide nak berpurdah tu dah cukup holy?” “Bila start join geng agama tu kau dah alim?”..Soalan2 yang saya lontarkan pada diri sendiri. Memang betul, diri ni kadang kala perlu disentapkan dengan soalan-soalan padu yang menusuk hati. Biar akal tu berfungsi balik. Ligat mencari jawapan pada setiap persoalan yang menyesakkan benak pemikiran. Sebab itu saat bila mana saya ingin mengeluarkan nasihat atau pendapat, saya jadi runsing. Adakah nasihat ini asbab dari rasa kepentingan peribadi atau kepentingan Allah dan agamaNya. Saya teringat kisah Saidina Ali r.a dalam salah satu perperangan yang dia ikut (maaf lupa perang yang mana).

Ketika itu Saidina Ali berjaya menumbangkan satu musuh kafir. Pedang Saidina Ali sudah bersiap sedia untuk menamatkan riwayat hidup musuh kafir itu. Tetapi, tiba-tiba si musuh kafir ini tadi meludah ke muka Saidina Ali. Lantas Saidina Ali berlalu meninggalkan musuhnya tu. Apabila ditanya oleh sahabat yang lain tentang kelakuan aneh Saidina Ali tersebut, Saidina Ali menjawab “Mulanya aku ingin membunuhnya kerana Allah, tetapi apabila dia meludah kepada aku, aku khuatir aku membunuhnya kerana perasaan marah disebabkan kelakuannya kepada aku dan bukan lagi kerana Allah”. Ya Allah…dalam keadaan genting seperti itu pun Saidina Ali masih jernih pemikirannya untuk berhati-hati sama ada kerana kepentingan diri atau hak Allah. Sedangkan saya masih jauh dari itu. Jauh sekali. Mungkin bukan dengan pedang, tetapi dengan lisan dan pena. Terkadang masih blur antara amarah diri atau menegakkan hak Allah. Ya Salam..Maafkan saya ya Allah. Hal  ini juga menyebabkan saya teringat kepada pesanan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid “Man Thomatan Najjah!” –Orang yang banyak berdiam itu dia selamat!- Selamat dari apa? Selamat dari disoal siasat oleh Allah tentang perkataan yang dikeluarkannya. Nah..sebagai da’ie @ pendakwah, lisan kita banyak sekali yang digunakan. Susun atur lisan kita seperti mana Saidina Ali tadi menguruskan mata pedangnya.

Allahu Allah…Jadi saya mahu atau tidak mahu harus belajar menyusun lisan dan pena sesuai kepada hak Allah. Maha suci Allah…berat sekali. Terkadang perempuan itu mendahulukan emosinya daripada rasional. Saat bilamana masyarakat melihat dia sebagai orang yang utuh, sedangkan jiwanya lompong. Masih perlu diingatkan dan dituntun. Dianya yang tidak punya lingkungan usrah, tidak juga akrab dalam organisasi dakwah..baru menginjak dalam dunia dakwah..keluarganya yang biasa-biasa. Saat itu perperangan hebat berlaku antara iman dan nafsu. Iman dituntun oleh ilmu, tapi nafsu sering menggunakan kelemahan sebagai senjata utama.

Wahai diri, kamu itu si penuntut ilmu. Murabbimu tidak calang orangnya. Kitab yang engkau pegang bersanad langsung sehingga Rasulullah s.a.w. Guru yang mengajarmu akhlak itu yang seiras sepenuhnya mengikut Sunnah Akhlak Rasulullah. Guru hadith mu itu bersanad terus kepada imam as-syafie. TAPI, engkau ini bagaimana? Masih tidak bertanggungjawab pada ilmu. Tidak berusaha mengamalkan ilmu. Masih pilih keseronokan dunia..Dunia begitu besar dalam hati kamu. Keluarkanlah ia dari jiwamu. Allah bersumpah dengan 11 kali sumpahan dalam surah As-syams!..iya..11 kali!
1.       Demi matahari
2.       Dan sinarnya dipagi hari
3.       Demi bulan apabila mengiringinya
4.       Demi siang apabila menampakkannya
5.       Demi malam apabila menutupinya
6.       Demi langit
7.       Serta pembinaannya
8.       Demi bumi
9.       Serta penghamparannya
10.   Demi jiwa
11.   Dan penyempurnaannya.
11 kali Allah bersumpah!..kalau Allah tidak bersumpah saja sesuatu itu memang perlu dipandang berat. Sedangkan ini Allah bersumpah dengan 11 kali sumpah. Tentulah perlu mendapat perhatian yang sangat khusus daripada kita. Kenapa Allah bersumpah sampai 11 kali? Apa yang Allah nak kita ambil berat sungguh?

-          Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh rugi orang yang mengotori jiwanya (As-Syams: 9-10)

Menangis!

Dulu sangat sukar untuk diri ini menagih ilmu..Kaki sentiasa berat nak melangkah di medan ilmu..bab fardu ain lupa langsung. Kini Allah buka ruang dan peluang. Datang offer mencurah-curah. Sana-sini panggilan majlis ilmu. Sudah mula ada lingkungan pendukung yang akan cepat memberi sedar. Saya jadi terlalu cinta pada tanah ini. Tanah yang menjadi saksi suka duka kehidupan saya. Tanah yang melihat kejahilan dan kebangkitan saya. Allah beri rasa nikmat manisnya hidup berguru yang tak pernah saya rasa. Sungguh saya cinta tanah ini. Saya cinta tanah ini. Tak sanggup rasanya bertukar tanah jika bukan ada maslahat yang lebih utama. Saya tidak kejar kerja..saya takut jika saya hilang dari tanah ini, semangat saya jadi luntur. Ya Allah, kau berilah saya ini tempat yang mendekatkan saya kepadaMu. Rezekikan saya untuk sentiasa hauskan ilmuMu. Tuntun hati saya Wahai Allah.







Yours,
M.

Friday, 15 May 2015

Sukarnya Menggapai Taubat Nasuha

Bismillahirahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah yang sentiasa membuka ruang dan peluang untuk hambaNya berlari menuju rahmatNya. Ucapan salam dan pujian kepada kekasih hati, Nabi Muhammad S.A.W dan para keluarga serta sahabat baginda. Kepada mereka-mereka yang telah mendahului kita ke alam barzah- Al-Fatihah kita sedekahkan. Moga-moga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan semoga kita turut sama menjejaki mereka dalam redhaNya. Allahuma amin...

Setiap anak dari zuriat keturunan Adam itu sentiasa diuji dan diasak dengan pelbagai ragam keduniaan. Begitu ramai anak Adam yang tersungkur - tewas dalam medan perperangan jiwa. Yang terzahir kelihatan sempurna. Namun yang tersembunyi hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Begitu banyak ayat-ayat Allah dalam Quran untuk mengingatkan anak Adam supaya tidak mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu membawa kebinasaan. Tapi, masih lagi kita terpesona dengan tipu daya syaitan. Bahkan, semakin kita cuba melawan - makin rancak kita diasak. Sehinggakan setiap detik hati ini sentiasa berperang antara nafsu dan iman. Terkadang berjaya iman..terkadang tewas kepada nafsu. Letihnya menjadi manusia yang hamba kepada nafsu.

Di tingkatan yang lebih tinggi sedikit. Ilmu telah kita perolehi. Yang haq dan yang yang batil telah kita hadam. Tapi jiwa yang sakit masih lemah untuk mengaplikasi ilmu yang diterima. Benarlah pesanan murabbi, anak muda akhir zaman imannya hanya sampai dikerongkongan sahaja. Tidak lebih dari itu. Lajunya anak muda keluar dari agama, ibarat busur panah yang sangat laju. Allahurabbi...hinanya diri ini. Bersungguh menyampaikan..tapi jelas belum sempurna amalan. Digagahi jiwa untuk berperang...disangka persiapan sudah rapi. Rupa-rupanya perjalanan menuju Illahi masih lagi panjang. Sehingga terlupa bahawa keimanan hanya dapat dilihat saat kita diuji oleh Allah. Berjaya atau tumpas? Ataukah kita hanya duduk sahaja dan mengharapkan syurga tanpa pernah diuji? Sungguh dahsyat tipu daya syaitan.

'Aku dah berubah. Nak jadi baik. Tapi kenapa Allah uji aku lagi?' kata-kata yang mungkin pernah terpacul keluar dari bibir kita. Pernah satu masa kita sangka kita sudah baik..mengharapkan yang baik-baik sahaja. Tapi kita lupa bahawa Nabi Muhammad dan para anbiya' yang maksum itu juga diuji. Justeru, siapakah kita untuk tidak diuji oleh Allah s.w.t.? Hanya kerana taubat kita yang kecil itu, apakah kita menganggap kita bebas daripada ujian? Sedangkan Allah meminta kita untuk bertaubat dengan taubatan nasuha! bukan taubat yang main-main. Benci kepada dosa seperti bencinya ia untuk kembali kepada kehinaan. Sukarnya menggapai taubat nasuha.

Terkadang kita fikir kita sudah taubat. Menyesali segala perbuatan buruk kita. Berazam untuk menjauhi dan tidak sekali-kali mengulanginya lagi. Namun, ada masanya - saat kita lalai. Benteng jiwa kita rendahkan. Ketika itu dosa lama menggasak untuk kembali dilakukan semula. Kerana sesungguhnya dosa itu kelihatannya manis tetapi hakikatnya membawa azab yang kekal. Hati yang sakit dan dibiarkan tanpa rawatan akan terus hitam, keras dan lali. Hilang rasa bersalah, sedangkan hidup semakin punah.

Taubat Nasuha - senang dieja, senang disebut, senang difahami maksudnya. Tetapi merupakan satu perkataan yang sangat sukar untuk direalisasikan. Ia menuntut kepada begitu banyak pengorbanan. Hal-hal keduniaan yang dipandang seakan-akan indah perlu dilihat dengan pandangan akhirat. Panjangnya angan-angan perlu segera dimatikan dengan mengingati kematian. Kenikmatan dan kelazatan dunia perlu ditangkis demi memenangi usaha mujahadah dalam bertaubat. Tidak mudah. Tidak senang. Ada masa meter iman kita tinggi. Ada masa meter iman perlukan topupnya.

Namun, yang lebih utama adalah untuk tidak berputus asa dari rahmat pengampunan dari Allah. Kerana sifat putus asa sebelum sampai waktu tamat perjuangan adalah sia-sia. Biar banyak mana kita tersungkur, biar sakit mana kita menanggung didunia. Asalkan jangan putus asa dari perjuangan ini. Hati yang degil perlu dilunakkan. Jiwa yang keras perlu dilembutkan. Fikiran yang kusut perlu ditenangkan. Mencari kedamaian dalam indahnya taubat.

Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk melazimi taubat dan yang utamanya untuk taubat nasuha. Moga Allah mengizinkan kita mati dalam keadaan kita redha pada Allah dan Allah redha pada kita. Agar kita dapat menemui janji Allah itu benar - syurga itu benar dan neraka itu benar. Mizan itu benar, titian sirat itu benar. Kitab amalan itu benar dan telaga kautsar itu benar. Moga-moga Allah menerima ibadah dan taubat kita. Allahuma amin..



Yours,
M

Thursday, 12 March 2015

Andai Kamu Menjadi Imamku

Assalamualaikum WBT.
Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita selepas mematikan kita. Justeru nikmat yang manakah kau dustakan?

Andai kamu menjadi imamku,
Nikahilah aku dengan cara yang paling terhormat.
Seperti mana Rasulullah melamar Aisyah r.a

Andai kamu menjadi imamku,
Lindungilah aku dengan sehabis kudratmu.
Ingatlah kamu kepada ayat Allah:
‘Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya . . .’ [An-Nisa’: 34]

Andai kamu menjadi imamku,
Ibumu akan menjadi yang nombor satu,
Akan tetapi,
Janganlah kamu menghalangi aku dari berlaku ehsan kepada ibu bapaku sendiri,
Sesungguhnya merekalah syurga pertamaku sebelum kehadiranmu.

Andai kamu menjadi imamku,
Usahlah kamu menghalang aku dari menuntut ilmu.
Kerana sesungguhnya aku cinta dan rindu dengan ilmu.
Demi sesungguhnya Rasulullah tidak menghalang para wanita pergi ke masjid untuk menimba ilmu.

Andai kamu menjadi imamku,
Bantulah aku dalam urusan rumahtangga.
Ingatlah kamu pada pesanan Nabi Muhammad:
Berbuat baiklah kamu kepada isteri kamu.

Dan,
Sabarlah kamu dalam mendengar leteranku.
Kerana sesungguhnya Saidina Umar r.a turut bersabar apabila dileteri.

Andai kamu menjadi imamku,
Teguhkan iman kamu seandainya kita lambat punya zuriat,
Demi sesungguhnya Nabi Zakaria a.s hanya mendapat anak di usia senja,
Namun itu tidak pernah menggugat imannya kepada Rabb.

Tetapi,
Andai Allah merezekikan zuriat kepada kita,
Usahlah kamu bermegah-megah dengan jumlahnya,
Kerana Allah berpesan:
‘Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk-tumpuk . . .’ [Ali-‘Imran: 14]
Dan jangan pula ia menghalangi kita dari tanggungjawab penuh terhadap agama.

Andai kamu menjadi imamku,
Usahlah kamu menyimpan kedukaan dan kesedihanmu,
Jangan kamu malu dilihat lemah,
Kerana sesungguhnya Rasulullah juga berbaring diriba Aisyah, disaat baginda sedih.

Andai kamu menjadi imamku,
Sekiranya kamu berjodoh lebih dari satu,
Doakanlah agar aku diberi kekuatan untuk menerima ketentuan itu,
Ingatkan aku bahawa kamu hanyalah pinjaman didunia, bukannya milikku mutlak.
Pujuklah aku dengan mengingatkan aku bahawa cinta Allah dan cinta Rasul perlu mendepani segalanya.
InsyaAllah, akan aku tegar menempuhinya.

Tetapi,
Usah kamu memulakan langkah itu dengan tidak mengawal ketat nafsu serta pancainderamu,
Sehingga terlanjur punya rasa kepada yang lain,
Sesungguhnya takutlah kamu akan azab Allah sekiranya kamu gagal berlaku adil.
‘Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri-isterimu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung . . .’ [An-Nisa’ :129]

Andai kamu menjadi imamku,
Peganglah erat-erat tali talak itu.
Ianya amanah terhebat kepadamu.
Peganglah talak itu ibarat nyawamu,
Kerana sesungguhnya ia amat berat.

Namun,
Andai terlerai juga dipenghujung jalan,
Andai yang diimpikan tidak sepertinya berlaku,
Andai tiada jalan pendamai yang lebih baik,
Maka lepaskanlah aku dengan terhormat –
‘Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (Kurnianya), Maha Bijaksana’ [An-Nisa’: 130]

Andai kamu menjadi imamku,
Pimpinlah aku menuju redha Allah,
Ingatkan aku dengan pesanan Rasulullah,
Didiklah aku dengan hikmah.





M.

Sunday, 22 February 2015

Hello School!

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirahim. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hadirnya baginda untuk menyempurnakan akhlak manusia. Setiap langkah dalam diari kehidupan baginda menjadi contoh praktikal kepada kita - umat Muhammad yang tidak pernah melihat mahupun mendengar terus dari baginda. Namun kita lah yang paling baginda rindu. Ada suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Saidatina Aisyah r.a berkenaan akhlak Rasulullah dan dijawab oleh ummul mukminin Aisyah r.a "Apakah kau tidak membaca Al-quran? Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran" (Ihya' Ullumuddin). Bahkan Allah juga memuji akhlak baginda. Maka alasan apakah yang kita guna untuk tidak  cuba mengamalkan akhlak seperti akhlak baginda.

Kalau bicara tentang akhlak, skopnya meliputi setiap detik kehidupan kita. Sangat mencakupi segala aspek. Oleh kerana itu, cabang ilmu akhlak diantara 3 cabang ilmu yang utama dalam Islam. Lemahnya diri ini kerana masih tidak mampu mencontohi akhlak baginda terutamanya apabila berhadapan dengan perkara yang tidak disukai atau bercanggah dengan diri. Hinanya diri ini bila masih lagi ada sangkaan buruk terhadap orang lain. Masih jahilnya diri ini bila tidak mampu mempamerkan akhlak yang baik walaupun dihadapan musuh. Jeleknya diri ini bila tidak mampu menyembunyikan wajah duka sedangkan nabi berpesan supaya sentiasa senyum. Jauh...masih jauh.

Dari akhlak yang hebat, akan lahir generasi yang cemerlang. Tugas mendidik remaja dan anak-anak tergalas dibahu setiap orang dewasa. Walaupun kita bukan guru ataupun ibubapa. Oleh yang demikian, tugasan internship kali ini adalah untuk bersama-sama membina akhlak nabi dalam diri sendiri serta anak-anak remaja di sekolah. Alhamdulillah, disaat akhir Allah tuntun diri ini ke sebuah sekolah menengah dan permohonan internship dipermudahkan dengan sikap pengetua yang peramah. Tanggal 23 Februari 2015 adalah tarikh mula melapor diri. Semoga segalanya berjalan lancar, Biiznillah. 

Turun ke padang alam remaja tentu sahaja berbeza dengan konteks kaunseling keluarga yang pernah dilakukan sebelum ini. Sudah pasti cabaran yang berbeza akan menanti. Jika sebelumnya, klien2 ibarat buluh yang sudah keras - sukar dilentur tetapi masih boleh diinovasikan. Kali ini, klien2 yang menanti ibarat pucuk buluh - masih muda dah sangat fragile. Perlu dibimbing dengan penuh hati-hati agar hari kemudiannya akan menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat.

Dua konteks yang berbeza. Dua cabaran yang berbeza. Satu impian yang sama. Menimba pengalaman sebanyak mungkin. Bring happiness to others. Semoga Allah permudahkan. Ikhlaskan diri. Be brave. Be Bold!



M.


Sunday, 15 February 2015

IKHTILAT - Kerana ianya sukar

Assalamualaikum wbt.

Baiklah tajuk harini berat sikit. IKHTILAT.. (bajet pandai sangat dah ni..huhu). Sebenarnya tujuan entry ni bukan nak tunjuk pandai atau ulas-fatwa-hukum-hakam kind of things, But more on pada pengalaman penulis sendiri dalam mengendalikan ikhtilat ni. Phew! (Sekali lagi ajet2 bagus..haha). Kalau korang rajin pergi kuliah-kuliah agama yang berkaitan isu-isu hubungan lelaki perempuan, atau baca buku berkaitan andd (follower tarbiah sentap pun boleh masuk kategori ilmiah), bab ikhtilat ni yang paling kompius, sakit, susah, payah buat kita nak jaga dan follow. Kenapa??? sebab kita hidup pada zaman segalanya dihujung jari dan pertembungan dua jantina tidak lagi sesukar dahulu. thanks to technology and advanced transportation, sekarang orang berlainan benua pun boleh keep in touch. Wow! Lebih tipis tembok, lebih berat urusan kita dalam menjaga ikhtilat.

Sekarang ni boleh ke korang cakap ada urusan yang tak melibatkan lelaki dan perempuan? Waima doktor pakar sakit puan pun LELAKI ~ duhh..(okay part ni mungkin masuk kategori lain). Tapi point aku kat sini adalah zaman sekarang sangat SUKAR nak jaga ikhtilat. Kalau mengikut kaedah fekah hukum asal setiap sesuatu adalah harus, tapi bagi kes percampuran urusan lelaki dan perempuan dikatakan hukum asalnya haram sebelum beberapa keadaan yang menjadikannya harus, sunat atau wajib (sumber ustaz kuliah yang dah lupa bila. Nak lagi solid, korang bukak buku fekah..silakan).

Aku akui sangat banyak cabaran nak jaga ikhtilat ni. Kadang kita sibuk duk jaga, orang lain buat sambil lewa, Kena cop sombong tu sudah pasti, Belum tambah lagi orang ngumpat kat belakang kata dah tak join group la, kera sumbang la, duk menyorok kat mana la, bla..bla..bla (panjang lagi..malas nak tambah list). Tapi yang pasti hati dan niat kita, kita yang tahu. Ada keadaan perlu sembang, kita sembang. Setakat bazir masa..mohon bye-bye. (wahhh...macam la baik sangat. hampeh!). Walaubagaimanapun, aku tetap cuba dan cuba. Pada mana-mana yang terasa aku dok senyap lama dari korang [read: lelaki sahaja], ketahuilah aku sedang cuba menjaga.

Baru-baru ni aku baru balik dari travel from upper side of Malaysia, Luar sikit dari kawasan tanah melayu. Aku and 2 lagi kawan pergi buat travel ala-ala backpackers. Huhu..ajet-ajet je. Tapi kami semua perempuan. Yup..korang tak salah baca. semuanya PEREMPUAN. Ramai yang tanya aku masa aku plan nak pegi ni.."kenapa takde lelaki?" "Tak bahaya ke?" "Taknak cari juga lelaki supaya boleh teman?" dan opkos parents aku teramatlah risau. Sebab semua perempuan. Kami pergi selama 6 hari. Lama dan hanya perempuan. Okay, korang boleh judge macam-macam especially mungkin korang akan anggap kami ni perasan berani, dll. Up to you. Tapi pada aku, its safer that way. Bukan sebab aku ni jumud bab2 jaga ikhtilat atau terlebih-lebih dalam memberatkan sesuatu perkara. Tapi aku lebih selesa begini. Fatwa hati lebih yakin bila buat begini. Kalau korang suka travels both genders dengan alasan kukuh ikut syarak (cth: tempat korang pergi sangat bahaya, kadar kes jenayah tinggi, atau terlalu jauh dari negara asal...err..yeke tu pun masuk sekali?huhu..mohon semak buku) then terpulang pada korang untuk bawak ajnabi dalam group korang. As for myself, aku bukan tak percaya nak bawak dorang [read: lelaki] tapi aku tak percaya diri aku sendiri. 

Okay imagine this, korang travel sana-sini. Dengan kengkawan biasa je, geng lepak mamak, geng kelas, geng persatuan. Normal..semua nampak biasa. Tapi di tempat asing, suasana asing, akan muncul perasaan asing. (ahhh...mana ada, kitorang bff. No serious relationship allowed!) Tapi saat jauh dari suasana biasa, maka kadang-kadang kita akan nampak yang luar biasa. Tiba-tiba mamat A terlebih caring (padahal sama je), minah B terlebih ayu (sebab tiap2 pagi buatkan air untuk team korang), lelaki C terlebih gagah macam pelakon Zul Ariffin. Phew! macam-macam lagi ter! Berani ke korang jamin takkan ada tersuka? Walaupun sekejap sebelum korang kembali ke reality -janji bff yang tak akan bercinta tu? Kalau korang yakin, aku tak yakin kat diri aku. Aku kenal siapa aku, dan aku terlebih pasti syaitan tahu kelemahan aku. Cegah lebih baik dari ubat. Dugaan syaitan ni tak kira level. Makin kita nak mujahadah, makin gasak dia goda. Kita mungkin boleh jaga hati kita, tapi bagaimana hati orang lain. Jangan jadi penyebab bagi kerosakkan hati orang lain.

So, diringkaskan cerita, aku explain kat parents aku. Kasi dorang yakin bahawa Allah akan jaga kita selagi kita cuba tegakkan agama dia. Sebab tempat yang aku pergi dah la tak berapa patuh syariah, ni tambah lagi bawak ajnabi. Double strike macam tu! (okay aku hanya monolog je)..dah sampai sana cepat2 beli simcard dan update setiap masa. send gambar live update, call sekiranya perlu. InsyaAllah semua tenang2 sahaja. Doa jangan tinggal!

Last but not least, a piece of note untuk korang yang suka travel. Kepada traveller perempuan, kalau hangpa suka sangat travel jauh tapi tetap nak jaga ikhtilat, carilah suami. Pergi travel sama-sama kalau korang tak berani buat girls-only punya travel. Kepada yang lelaki, tanya hati, tanya iman. Sebab menjaga ikhtilat disaat kita meningkat dewasa sangat sukar dan berat cabarannya. Kalau nak pergi by groups yang campur jantina, kalau boleh pastikan ada pasangan yang dah kahwin follow kita,,dan pasangan tu mesti lagi tua and wiser dari kita yang baru nak up ni. huhu..apa-apa hal dorang boleh jadi reminder pada kita, Kita nak buat jahat pun jadi segan sebab ada dorang.

Finally, no offence intended. Hanya share a piece of parcel dari diari kehidupan aku yang penuh ranjau mencari illahi ni, Kalau ada yang bagus, ambil buat pengajaran. Kalau tak bagus, aku dengan rendah hati mohon maaf, Kau, Aku, Kita, Dia, Mereka - semua sama sahaja, yang beza hanya taqwa kita. Semoga kita semua berjiran di syurga firdaus nanti.


embrace the nature




Love,
M. 

Thursday, 5 February 2015

STOP!

Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berkorban nyawa demi nikmat Islam yang kita miliki hari ini.

Demi Allah, yang ditanganNya terletak segala takdir ketentuan hidupku.

Aku melusuri kehidupan ini sudah hampir 25 tahun lebih (berapa hari). Setiap detik dan langkah yang dilalui ada yang masih segar dan ada yang sudah pudar. Ada kenangan yang ingin disimpan, ada juga yang ingin aku padam buat selamanya. Ada episod yang ceria, ada juga episod yang duka. Segalanya tersimpan rahsia terbesar Allah. Ke mana ingin dituju - masih tidak pasti. Dimana pengakhiran - yang pastinya MATI. 

Aku mula melihat diriku dari kaca mata perbandingan dengan rakan seangkatan. Mereka jauh lebih berjaya. Melihat kehidupan mereka seakan sempurna. Punya kerja, dan ada yang sudah punya keluarga. Yang dulunya sendiri, jadi berdua dan bertiga dan seterusnya..membina taman syurga serta bidadari-bidadarinya. Aku? Masih tegar di kampus. Masih berlengah2 dalam urusan kehidupan. Pengangur terhormat. Jatuh seketika moral. 

STOP!

This has to be stopped. Pemikiran negatif yang mula nak mengakar dalam benak fikiran perlu disingkirkan cepat!. Pasti dah kebaikan dalam setiap usaha yang dilakukan. Walaupun masih samar pada ketika ini. Mungkin masih perlu kerja kuat!.

Yang dahulu biarkan berlalu. Setiap yang ada pasti akan tiada. Yang patah pasti akan tumbuh kembali. Noktah.



Umur 25 tahun, pasti ramai takut dengan angka ini sebab soalan2 maut akan muncul!. "Bila nak kahwin?" hahaha.. satu soalan yang pastinya bukan aku yang ada jawapannya. Semuanya berbalik kepada hati. Apa niatnya? dan aku cukup marah bila orang cakap "umur dah tua, jangan memilih sangat.". Kalau bukan kerana sikap memilih yang tinggi, mana mungkin khadijah menghantar orang untuk meminang Rasulullah! Jadi soal umur bukan batasan kepada kita membuat pilihan yang lebih baik. Dan aku selalu berdoa agar sekiranya ditakdirkan aku bernikah, aku harap Allah tetapkan hatiku bukan niat bernikah kerana ramai teman2 ku sudah bernikah. Tetapi niat kerana ibadah. Kalau semua benda kita nak ikut orang, sampai sudah hidup tak tenang.

Allah itu maha adil. Dia yang menentukan segalanya. dan kerana itu juga Allah sebut dalam Al-Quran bahawa yang membezakan manusia itu ialah TAQWA. Bukan status kewangan, bukan status perkahwinan dan bukan status jumlah anak. Tidak sama sekali. Bahkan contoh-contoh dalam Al-quran juga meliputi semua golongan. 

Mariam - tidak berkahwin (ahli syurga)
Aisyah r.a - Tidak punya anak (ahli syurga)
Asiah - Punya suami yang paling jahat (ahli syurga)

Pada aku contoh-contoh ini sudah cukup untuk kita bersyukur dengan apa sahaja ketetapan yang diberikan oleh Allah. Berhentilah dari bersedih kerana perkara yang remeh. Hidup kita singkat. Terlalu singkat untuk menanti-nanti sesuatu yang telah menjadi ketetapan Allah. Berbahagialah dengan jalan hidup masing-masing. Nasihat aku pada diri aku dan orang lain yang belum kahwin kat luar sana:

"Memang nikah itu sebahagian dari urusan agama kita telah selesai, tapi andai belum punya pasangan untuk kita curahkan bakti - cekalkanlah hati kita untuk berbakti kepada kedua orang tua. Kerana disitu syurga kita"

Kerana mungkin juga kalau kita ada suami, belum tentu kita dapat jadi isteri yang taat. Atau andai kita punya isteri, belum tentu boleh jadi suami yang membimbing isteri ke jalan Allah. 

tanya fatwa hati


La tahzan, Innallaha ma'ana.


Yours,
M.

Sunday, 4 January 2015

Just Another Year

Assamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirrahim, Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dan semoga ibubapa kita diberi keampunan diatas dosa-dosa yang samada kita sedar mahupun tidak. Kepada para murabbiku, terima kasih aku ucapkan diatas limpahan ilmu dan kesabaran kalian mendidik si penagih ilmu yang jahil ini. Duhai sahabat-sahabat, kepada kalian aku sandarkan harapan agar ukhuwah sentiasa terjalin diatas rasa cinta padaNya. Moga-moga kita semua menjadi jiran di syurga..InsyaAllah...Allahuma amin.


Dalam sedar tak sedar kita telah melangkah masuk ke tahun baru masihi. Tahun 2015 yang sudah menjengah di sebalik jendela kehidupan kita. Setiap kali tahun baru, berduyun-duyun orang menyenaraikan azam tahun baru. Cliché sangatttt... ^_^. So far saya belum menyenaraikan apa-apa lagi untuk tahun 2015 ni. Tapi mana tahu, esok lusa dapat ilham nak buat senarai..hiks! 

Keterujaan ambang tahun baru diragut dengan ujian demi ujian daripada Allah kepada penduduk Malaysia. My heart and prayers for the victims. Semoga dengan ujian ini Allah meninggikan darjat kita. Moga dengan ujian ini menjadi asbab kita meraih keredhaan-Nya. Amin.

Ok now lets back to my-so-called-story...Kita mula tahun baru dengan semak balik sejauh mana azam tahun lepas dah tercapai. Haaa...check-mate!..meh timbang2 sama ada berjaya fulfil atau tak

Azam 2014:

1) Be as boring as possible
2) Be the unknown!
3) Think more, Speak less
4) Be nerd!

Hurmmm...how could I summarize all these eh... 

Untuk No.1 --> Almost 60% of the year was quiet boring..its an achievement!..haha.. rutin harian (kelas-study-kuliah agama- kelas- rushing assignment)..bosan kan? dah tak aktif macam dulu-dulu..huhu. But the other 40% sangat penuh dengan drama!...(kena backstabbed-jatuh tergolek-stress research-praktikal!)

Untuk No.2 ---> Almost...almost berjaya...until THAT day yang terpaksa involve jugak dengan benda yang dah resign awal2..then again...semua dah start kenal balik. *Baru nak off from the radar*

Untuk No.3----> Its quiet a success. Tapi bukan speak less because jadi pendiam tapi lebih kepada being selective towards the people whom I want to share my story. 

Untuk No.4 ----> Its a failure!. Sah2 tak boleh jadi nerd. 

So, despite the drawbacks that had happened during the whole year, I am still thankful with lots of other wonderful gifts from Allah. Some of the precious things that i've gained in 2014:

1) Priceless experience handling real life counselling cases. MARITAL cases. Tak pernah terfikir mampu buat. Alhamdulillah. Allah beri nikmat

2) Year 2014 paling banyak dapat attend kuliah agama. Esp dari Habib Ali dan ramai lagi ulama2 yang best. Dapat tiket free ke seminar Hijab atas kemurahan hati penaja (semoga Allah sentiasa merahmati si penaja). Alhamdulillah..Allah beri nikmat.

3) Dua kali dijemput sebagai panel bagi sesi diskusi. Yang pertama untuk survival kampus, dan yang kedua untuk Sains dalam Islam. Bergandingan dengan panel2 lain yang sangat hebat. Alhamdulillah, Allah beri nikmat.

and the list continues... Alhamdulillah. Nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?

2014 had witnessed the thick and thin, the happiness and sadness, the successes and failures, the sunshine and rains, the laughters and tears. With a bigger inspiration and new aims, I leave 2014 with no regret and warmly welcome 2015.



Yours,
M.

Friday, 5 December 2014

REDdot

Assamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirrahim, Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dan semoga ibubapa kita diberi keampunan diatas dosa-dosa yang samada kita sedar mahupun tidak. Kepada para murabbiku, terima kasih aku ucapkan diatas limpahan ilmu dan kesabaran kalian mendidik si penagih ilmu yang jahil ini. Duhai sahabat-sahabat, kepada kalian aku sandarkan harapan agar ukhuwah sentiasa terjalin diatas rasa cinta padaNya. Moga-moga kita semua menjadi jiran di syurga..InsyaAllah...Allahuma amin.


Ilmu adalah amanah yang berat.

Pening..pening..pening...dunia rasa sempit seketika sehingga terasa denyut hingga ke akar umbi otak. Neurotransmitter dikerah untuk menghubungkan data-data dengan pantas. Askar-askar dopamine* mula cuba mengalahkan serotonin* yang semakin rancak mengganggu emosi empunya badan. Tapi nampaknya serotonin masih mendominasi. Allahurabbi..
Baiklah, sekarang kita cuba bantu meningkatkan dopamine supaya akal ini kembali stabil seiring dengan emosi. This is what I call writing therapy. Lets bebel-bebel here and eventually insyaAllah will minimize serotonin in me!...

Kerana yang mempunyai ilmu itu akan sentiasa diuji dengan ilmunya. Sebagai seorang bakal kaunselor (perasan a bit..huhuhu), diri ini perlu sentiasa dalam ruang lingkup emosi yang stabil dan tenang. Supaya akan mengeluarkan aura positif dan therapeutic to others. Ilmu kemanusiaan juga menuntut agar kita lebih utama dalam memahami kekurangan dan kelebihan manusia serta keadaan-keadaan emosi manusia. Tetapi apabila si penuntut ilmu ini masih lagi longgar dalam pengurusan emosi positifnya maka huru hara sekejap dunia (okay...overreacting).

Bila kita dilatih untuk menjadi pendengar yang baik.. Meneliti setiap point yang ingin disampaikan oleh klien, kadang2 dalam hati mencari-cari siapakah yang boleh menjadi pendengar kepada kita pula? Setiap kali berhadapan masyarakat, ibarat satu etika untuk kita selalu mempamerkan ketenangan kerana itu yang didambakan. Segala kecamukkan perlu diselesaikan segera agar tidak terzahir secara fizikal. Itulah retoriknya. Semakin mengorak langkah, semakin konflik datang menjengah. Saat kecamukkan kita bertembung saat orang lain juga punya masalah. Oleh kerana kita yang punya ilmu, kita mengalah. Maka cerita kita disimpan rapi. Tidak terungkai. Semakin ketat simpulan kekusutan. Hati semakin kuat menjerit untuk didengari. Tapi sayangnya ia kekal hanya di dalam hati.

Disangkakan segalanya baik-baik sahaja. Rupanya menjadi tali menjerut kepala. Segala sistem pertimbangan kian melonggar. Emosi tampak ketara. Keruntuhan sisi diri dapat dijangka. Duduk diam berteleku di sudut sendiri. Enggan wujudkan komunikasi. Mula lupa itu dan ini. Cuba menghilang di sebalik sepi. Kerana kita punya ilmu itu, kita sedar mukadimah depressi mula tertonjol. Kerana ilmu itu kita tahu bahayanya depressi.

Kerana ilmu itu kita tahu depression boleh dialami oleh sesiapa sahaja - dalam segenap lapisan. Ilmu itu juga menyedarkan kita bahawa kita dalam zon MERAH. Kita perlu segera bangkit, memecahkan belon hitam kemurungan. Langkah pertama adalah untuk diagnosis punca depression! baru seusai itu kita merangka langkah penambahbaikan.

Sebagai orang yang punya ilmu itu, kita jadi sedar bahawa achievement desire perlu diselaraskan dengan progress goal. Maka ketidakselarasan ini menyumbang kepada murungnya diri. Orang yang punya ilmu itu sedar bahawa tiada yang dapat mengeluarkan kita dari belenggu hitam tanpa niat kita sendiri untuk keluar. Takut-takut belenggu hitam menjadi satu ruang yang terlalu selesa pada kita sehingga kita lupa di mana kita. Allahurabbi. Praktikal tidak seindah teori. Mungkin kita masih hijau dalam menguruskan manusia, maka Allah beri ujian ini agar kita juga merasai apa yan dialami oleh mereka. Lebih ruang untuk kita koreksi diri. Menilai sejauh mana ilmu itu membawa kita ke arah kebaikan. 

Rupa-rupanya kita masih belum menjiwai sepenuhnya ilmu yang selama ini menjadi amanah pada diri. Rupa-rupanya yang meniti dibibir hanya sekadar ilmu yang nipis, belum masak ranum dengan pemahaman yang tinggi. Rupa-rupanya kita masih lagi kurang faham.

Bagaimana ingin menghulurkan bantuan, andai diri masih mengharapkan kepada manusia dan tidak bergantung sepenuhnya kepada Allah? Masih berani mengharapkan manusia menjadi pendengar yang baik kepada kita sedangkan Allah sentiasa menjadi pendengar yang setia!

Bagaimana ingin menjadi pengubat jiwa, andai diri masih keliru yang mana hakikat dan yang mana bayangan? Masih terlalu gusar dengan rezeki yang pasti telah ditentukan Allah sehingga lupa hak-hak muamallah yang wajib dilaksanakan.

Bahkan kita tidak menjiwai sepenuhnya bahawa Allah tidak akan memberatkan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu buatnya, dan juga kita belum hadam baik kalimah hanya kepada Allah, kita berserah dan kepadaNya kita meminta pertolongan. Nah...rupa-rupanya masih kecundang.

Kerana ilmu itu kita mampu cakna perihal diri kita dan orang sekeliling kita. Hakikatnya, bukan ilmu itu yang patut dipandang tetapi pemilik ilmu itu yang lebih utama. Dia adalah Allah, Dialah yang memimpin kita melalui ilmu-ilmu yang diamanahkan kepada kita. Setiap ujian yang ditimpakan kepada kita adalah ujian kefahaman terhadap ilmu yang dipinjamkan kepada kita. Siapa kita dan dimana kita berada disaat ini, adakah kita mempergunakan ilmu yang dipinjamkan ini sebaik mungkin? Ataukah kita sekadar menjadi pengumpul ilmu tetapi bukan penyimpan ilmu.




Wallahu'alam.

#selfnote


M.

*Dopamine = neurotransmitter yang membawa hormon positif dan ceria
*Serotonin = neurotransmitter yang membawa hormon emosi negatif 



Tuesday, 11 November 2014

Escape

Assalamualaikum wbt.

Bismillah..

Hari ni kita sembang2 santai (sambil tunggu turn jumpa pensyarah. Lets chit chat a bit!)..Lama dah tak upload new entry jadi  jari rasa kaku nak menulis, otak pulak rasa jammed nak memuntahkan idea untuk ditulis. Tapi insyaAllah, kita biarkan sahaja jari jemari ini terus menari diatas papan kekunci, dan lihat hasilnya nanti. ^_^

Masa adalah makhluk Allah yang sentiasa bergerak maju tanpa menunggu sesiapa. Terus jalan tanpa kasihan. Masa yang banyak kadang-kala buat kita terleka dalam menguruskan priority kehidupan. Roda harian mula bergerak secara automatic.Tanpa timbangan dari neraca akal. Maka, setiap apa yang dilakukan mula menjauh dari perancangan. Malam mula seperi siang, siang seperti malam. Gangguan kepada sistem insan. Hidup ibarat si hamster dalam bola mainan. Bergolek2 tapi masih di tempat yang sama. Tidak maju, mahupun mundur.  Lantas apa yang dimahukan oleh insan? Bila dalam keadaan sibuk, diminta masa tambahan. Dalam keadaan tenang, leka dalam mengurus kehidupan. 

We need to ESCAPE. 

Keluar dari roda mainan. Mula melangkah memandang kehadapan. Cabaran demi cabaran menanti kita untuk mengukur jauh atau dekatnya kita kepada Khaliq. Selangkah mendekat, lebih banyak ujian menanti. Tidakkah dunia ini diciptakan sebagai pentas ujian? untuk menguji siapa yang lebih bertaqwa. Terasa kehausan untuk menagih ilmu dari ulama' atau para asatizah. Tapi kadang-kadang terasa berat kaki untuk melangkah. Ke majlis ilmu mula sudah tidak serutin dahulu. Lebih masa terhenyak di kerusi dunia. Aduhai insan..bala apakah yang kau cuba cipta ini. Kenapa tegar mempegunkan diri disaat jiwa memerlukan nasihat dan teguran. 

ESCAPE

Bebaskan diri dari cangkuk dunia yang terlalu mencengkam. Perlu bijak dalam menguruskan dunia. Dan ini memerlukan mujahadah yang tinggi. Andai setiap langkah diambil tanpa timbangan neraca agama maka lalailah diri. Andai terluka dalam perjuangan ini, ingatlahh bahawa Nabi kita pernah menangis kerana kita. Walaupun baginda tidak pernah lihat atau kenal kita. Persoalannya, siapakah kita tanpa Islam?..tanpa kefahaman agama? tanpa bimbingan murabbi?

Aku menulis sebagai peringatan diri. Biar menjadi bukti diri yang sentiasa lalai. Jatuh bangun kehidupan tanpa jelak diharungi juga. Mencari ruang untuk bernafas dibumi Allah. Mencari pemberat untuk menundukkan amarah. 


Aku yang biasa.

M.

Monday, 8 September 2014

Jentik-jentik september

Assalamualaikum wbt

selamat datang september!... Sebelum mencoret lebih panjang, saya nak wish mabruk di atas perkahwinan kakak saya pada tanggal 30 Ogos 2014 yang lepas. Barakallah..semoga menjadi isteri yang solehah, cinta kepada suami kerana Allah, tegar melayani kerenah suami kerana Allah, dan bajai benih cinta juga kerana Allah.

Bismillahirahmanirahim...

Kini tamat sudah sesi praktikum yang sangat2 lah menguji jiwa dan akal yang masih hijau ni..Phew!!..alhamdulillah...legaaaaaaaaaaaaa ^^v

Amazingly, sangat ramai teman-teman yang suka bertanyakan tentang perihal praktikum saya. Hmm...maybe they are interested in someone who is doing internship at Jabatan Agama..well, its not something that you can experienced everyday aite??huhu...(Opppsss...terbabas BI pulak)..dan di antaranya tu ada seorang ustaz yang amat saya kagumi..ehem2..kagum dari segi semangat dan ilmu sahaja ok. Agak mengejutkan bila soalan yang beliau tanya adalah berkenaan persoalan urusan poligami...huwaaa....dalam hati sangat excited nak korek2 rahsia..huhu..(nakal kan). Nevertheless, dia bertanya bukan sebab dia nak bukak cawangan baru (berpoligami) tapi sekadar pencerahan ilmu supaya bila dia ditanya oleh orang ramai, dia ada jawapan yang lebih jelas. hmm...bertambah kagum.

To make things short, perbualan kami banyak berkisar tentang gejala kahwin muda atau trend kahwin tanpa matlamat yang kukuh dari segi syarak. haa..nak tau contoh?..contoh matlamat yang tak kukuh:
1. nak kahwin sebab nak buat hubungan seksual secara halal
2. sebab nak ada orang jaga
3. tak nak sunyi....dll

korang tambah lah list tu sendiri. Jadi, dalam perbincangan kami yang sekejap tu ustaz ada kongsikan pengalaman beliau semasa belajar di syria dulu. Syeikh dia pesan pada ustaz, dan kini saya sampaikan pesan tu kepada anda2 yang membaca entry ni juga. Pesanannya ialah: 

Kalau nak kahwin, senaraikan 20 matlamat perkahwinan/ sebab nak kahwin terlebih dahulu. 

huhuhu...20 tuuuuuu...dua puluh!..mampu??so takpe jap lagi kita tengok hasilnya. Kesimpulan dari our small yet fruitful talk is that, marriage is all about knowledge. The 'hows' and 'whys' in marriage cam can only solved when you have the knowledge. Marriage is never about sex or money, it is above both. Marriage is a tie that bond the two hearts together in the name of Allah, two humans that are united in the journey to seek the bless from Allah and the two souls that find peace in each other because of Allah. Don't Allah said in the Quran

"And one of His signs is that He created mates for you from yourselves that you may find rest in them, and He put between you love and compassion; most surely there are signs in this for a people who reflect."
Ar-room: 21

Jeng..jeng..jeng...mari tengok hasil cubaan mendapatkan 20 matlamat perkahwinan saya!
tulisan burukkkk!!!

hehehe..baru ada 12 je. Maksudnya belum benar2 teguh nawaitu nak berkahwin tu. InsyaAllah bila tepat masa dan keadaan, bakal lengkaplah senarai ni. Buat masa ni, mungkin itu belum jadi priority. Beriman pada Allah itu wajib, berkahwin masih lagi satu pilihan. ^__^

Ayuh akhi2 dan ukhti2 sekalian....ambil  pen dan kertas. List out your 20 top list!!..all the best




XoXo,
M.

Saturday, 16 August 2014

Menerjah Minda Syabab

Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berkorban nyawa demi nikmat Islam yang kita miliki hari ini.

Syabab.

Pemuda nadi agama. Tiang-tiang negara. 
Sungguh besar tanggungjawab seseorang yang digelar syabab a.k.a pemuda pada zaman kini. Membesar dalam suasana yang keliru dimana pangkal dimana hujungnya. Syabab di alam alaf 21 sering diterjah mindanya oleh persoalan-persoalan aqidah yang menyesakkan dada kerana dangkalnya ilmu ukhrawi. Syabab yang kini semakin dijamu dengan budaya-budaya asing tetapi sangat akrab dengan nilai kemasyarakatan sehingga si syabab menjadi keliru dalam membezakan yang hak dan yang batil. Tidak kurang juga hunusan-hunusan kalimah hak kebebasan dan kesamarataan hak. Syabab era millenium amat perih perjuanganmu.

Kekeliruanmu sangat dasyat wahai syabab. Pandangan manusia kau letak dihadapan, manakala pandangan Allah kau ketepikan. Si syabab era 21 berasa segan sekiranya dirinya tidak mengikut trend semasa, hampir hilang rasa malu si syabab kerana tidak mahu dilihat canggung oleh masyarakat. Isu pakaian, akhlak dan ikhtilat sering kali mengundang dukacita dan gundah gulana bagi syabab. Mengapa? kerana jiwa muda yang masih rapuh akan acap kali tertewas dengan ujian dunia. Aduhai syabab, kasihanlah pada dirimu andai engkau memilih kesenangan dunia berbanding akhirat.

Syabab permata agama. Dikurniakan tubuh badan yang gagah bak panglima perang, akalmu setajam pedang, hujahmu seakan tidak mengenal erti kalah. Segalanya berada dipuncak. Begitu juga dengan kerancakan ujian hatimu. Akal dan iman menjadi memandu pada nafsu. Ujian hati memerlukan mujahadah yang tertinggi. Mungkin ada yang seusiamu telah melangkah ke alam perkahwinan, namun kau masih berteleku di satu sudut sepi. Namun berbahagialah wahai syabab, andai kau masih mampu menjaga syawatmu dan menjauhi zina. Kerana diluar sana ramai dalam kalangan kamu yang tertewas. 

Kerana syabab acuan islam itu amat hebat pada pandangan Allah. Maka, Allah hidangkan pelbagai kesulitan agar Dia dapat meninggikan darjatmu. Usah terpaku dengan pandangan dunia, kau perlu renungkan pandangan akhirat. Jangan berasa malu sekiranya kau tidak bergaji besar, tapi berbanggalah sekiranya engkau istiqamah menjaga solat dhuhamu. Jangan berasa segan andai kau tidak punya ramai teman, tapi berbanggalah sekiranya kau sentiasa menyebarkan salam. Jangan berasa gusar andai jodoh masih belum mengetuk tabir diri, tapi tetap berbanggalah wahai syabab era 21 seandainya engkau istiqamah dengan solat tahajjudmu kerana sesungguhnya teman malammu ketika tahajjud itu lebih membahagiakan dan Dia lah pemilik cinta teragung.

Berbahagialah wahai syabab!

#notakaki #selfreminder #akuseorangsyabab

M.

Ada apa dengan WANITA?

Assalamualaikum wbt...

Hari ni kita bercerita tentang WANITA.

WANITA jiwa sangat halus ----> most of them YES! tapi jangan terkejut bila wanita moden dah kurang kehalusannya

WANITA sentiasa bersopan ----> kini kesopanan diganti dengan sikap ala-ala 'biniku gangster' dan 'kak yong kawasan'

WANITA fitrahnya suka anak-anak kecil ----> wanita sekarang dah tak kisah jika hak penjagaan anak bagi kat suami

WANITA tempatnya dirumah ----> tapi atas desakan hidup, laungan hak sama rata, ketirisan kaum adam dalam melaksanakan tanggungjawab dengan SEMPURNA, buat wanita bertebaran di dunia luar

WANITA dipelihara dalam Islam ----> cuma ramai WANITA a.k.a isteri LUPA bahawa Allah menaikkan darjat suami satu tingkatan diatas isteri kerana hak membayar mas kahwin. Ini yang memnyebabkan isteri perlu taat kepada suami selagi mana arahannya tidak menentang syarak. Bila isteri lupa hal ini, isteri mula memperlekehkan suami

WANITA segalanya indah ----> sebab tu kita kena cover up our aurah! Tapi sayang, kini wanita dimanipulasikan. Thanks to advertisements yang banyak2 brainwash kita. We are muslim, we act as one and behave as one. Why we must cover up? To distinguish ourselves from non-muslim

WANITA solehah = hiasan terbaik dunia
tapi wanita juga fitnah terbesar.

wahai ukhti2 kesayanganku, bangkitlah membentuk jati diri muslimah ori! bukan ikut acuan trend terkini. percayalah ukhti2 kesayanganku, Allah telah menyediakan hak dan tempat yang terbaik buat kita - wanita muslimah

Friday, 8 August 2014

Belajar Masak Saat Mula Jatuh Cinta

Assalamualaikum wbt..

Amacam tajuk entry kali ni? I believe many girls out there (born in urban place, never learn how to cook from small age, and definitely too busy doing not-so-feminine kinda activities) will feel interested to continue reading. Hiks (^_^)..

Okayyy... first and foremost, title entry kali ni ceduk sikit dari tajuk buku = Rancang Wang Sejak Mula Jatuh Cinta

ni lah bukunya...tak pernah baca pun -,-
Jadi...Cherita nyer bukan la sebab beria sangat jatuh chinta bagai..Cuma buku yang kat atas ni more pada unisex, kedua-dua jantina. Perempuan kan jenis yang suka special2 treatment ni. Makanya saya cuba muntahkan idea-idea hijau supaya menepati citarasa ukhti2 diluar sana..

Rhetorik cinta lelaki = Saya tak kisah isteri saya tak pandai masak, asalkan dia jaga saya & anak2 nanti. Saya terima kekurangan dia seadanya.
Hakikat cinta realiti = Isteri saya tak pernah masak! asik makan kedai je. baik saya tak payah kawin macam ni. Saya kawin sebab nak ada orang jaga makan, pakai saya.... [ehem...baik bayar maid dari kawin dengan anak orang kannn... ---> okay saya emosi sikit bab2 mcm ni]

So ladies...hakikatnya kita memang akan berkahwin (walaupun bukan tugas hakiki isteri nak masak, basuh baju dll) dengan lelaki yang tetap akan demand benda2 macam ni dari isteri walaupun tak selalu ungkit. Ukhti2 kesayangan saya semua jangan cepat pula beremosi. Kita memang tak wajib buat semua tu tapi perkara2 itu menunjukkan ehsan dan keikhlasan kita dalam melayani suami. Tanggungjawab suami 100% cari nafkah, jadi kita tunjukkan ehsan dengan melayani suami. Tapi! kalau suami pun suruh isteri kerja untuk tanggung keluarga, paham2 sendiri lah ye wahai kaum adam...tugasan2 tu pun kena la share sama2. Isteri tu manusia dan bukan robot.

Makanya, kita sebagai wanita muda alaf 21 kena bersikap proaktif dalam usaha untuk mempersiapkan diri kita sebelum bergelar ISTERI. Ingat ye, perkahwinan itu bukan macam masuk pintu doremon, sekali masuk terus boleh berubah semua. Kena sikit2 tapi istiqamah. So..untuk membuktikan saya juga buat seperti apa yang saya bebelkan, meh tengok hasil malam ini.

sup daging

mee huun goreng
Amacam???hehehe...sejujurnya saya tak pandai masak or rather tak selalu asah bakat memasak..jadi saya amat-amat lah memahami perasaan ukhti2 diluar sana yang seangkatan dengan saya. huhu..but nothing is too late to start. Take a small step. Mulakan dengan 1 minggu sekali. Kalau lagi gigih 2 hari sekali. Lepas tu setiap hari. Menu pula pandai2 lah google resepi atau nk mudah lagi, follow je steps dari our moms. They are the best cook ever!

Ingat ye ukhti2 sekalian. Syurga isteri pada redha suami. Taat suami itu wajib, tapi taat pada ALLAH lebih utama. Allah perintahkan kita untuk bersikap ehsan. Jadi, niatkan lah masak2 ni semata2 kerana Allah bukan suami. Nahhhh...bergolek2 datang pahalanyer.

Wahai ukhti2 kesayanganku, kalau saya mampu, anda juga pasti mampu berubah!..

Selamat mencuba