Assalamualaikum wbt..
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berkorban nyawa demi nikmat Islam yang kita miliki hari ini.
Syabab.
Pemuda nadi agama. Tiang-tiang negara.
Sungguh besar tanggungjawab seseorang yang digelar syabab a.k.a pemuda pada zaman kini. Membesar dalam suasana yang keliru dimana pangkal dimana hujungnya. Syabab di alam alaf 21 sering diterjah mindanya oleh persoalan-persoalan aqidah yang menyesakkan dada kerana dangkalnya ilmu ukhrawi. Syabab yang kini semakin dijamu dengan budaya-budaya asing tetapi sangat akrab dengan nilai kemasyarakatan sehingga si syabab menjadi keliru dalam membezakan yang hak dan yang batil. Tidak kurang juga hunusan-hunusan kalimah hak kebebasan dan kesamarataan hak. Syabab era millenium amat perih perjuanganmu.
Kekeliruanmu sangat dasyat wahai syabab. Pandangan manusia kau letak dihadapan, manakala pandangan Allah kau ketepikan. Si syabab era 21 berasa segan sekiranya dirinya tidak mengikut trend semasa, hampir hilang rasa malu si syabab kerana tidak mahu dilihat canggung oleh masyarakat. Isu pakaian, akhlak dan ikhtilat sering kali mengundang dukacita dan gundah gulana bagi syabab. Mengapa? kerana jiwa muda yang masih rapuh akan acap kali tertewas dengan ujian dunia. Aduhai syabab, kasihanlah pada dirimu andai engkau memilih kesenangan dunia berbanding akhirat.
Syabab permata agama. Dikurniakan tubuh badan yang gagah bak panglima perang, akalmu setajam pedang, hujahmu seakan tidak mengenal erti kalah. Segalanya berada dipuncak. Begitu juga dengan kerancakan ujian hatimu. Akal dan iman menjadi memandu pada nafsu. Ujian hati memerlukan mujahadah yang tertinggi. Mungkin ada yang seusiamu telah melangkah ke alam perkahwinan, namun kau masih berteleku di satu sudut sepi. Namun berbahagialah wahai syabab, andai kau masih mampu menjaga syawatmu dan menjauhi zina. Kerana diluar sana ramai dalam kalangan kamu yang tertewas.
Kerana syabab acuan islam itu amat hebat pada pandangan Allah. Maka, Allah hidangkan pelbagai kesulitan agar Dia dapat meninggikan darjatmu. Usah terpaku dengan pandangan dunia, kau perlu renungkan pandangan akhirat. Jangan berasa malu sekiranya kau tidak bergaji besar, tapi berbanggalah sekiranya engkau istiqamah menjaga solat dhuhamu. Jangan berasa segan andai kau tidak punya ramai teman, tapi berbanggalah sekiranya kau sentiasa menyebarkan salam. Jangan berasa gusar andai jodoh masih belum mengetuk tabir diri, tapi tetap berbanggalah wahai syabab era 21 seandainya engkau istiqamah dengan solat tahajjudmu kerana sesungguhnya teman malammu ketika tahajjud itu lebih membahagiakan dan Dia lah pemilik cinta teragung.
Berbahagialah wahai syabab!
#notakaki #selfreminder #akuseorangsyabab
M.
No comments:
Post a Comment