Assalamualaikum wbt
Its me again...trying to do some so-called-reflection of the day..Phew!
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana memberi kita kesempatan untuk menghidupkan lagi bulan ramadhan Al-mubarak yang mulia ini.
Alhamdulillah, hari ini dapat handle 2 kes yang real!!..apa perasaan??huhu...of kos lah teruja, neves, takut, all in one lah bak kata omputih..diri ini masih mentah, ilmu masih hijau, pengalaman masih belum ranum. Namun kerana ini adalah amanah dan pilihan telah dibuat sejak awal, maka perlulah untuk diusahakan sebaik mungkin. Hati rasa sangat neves macam nak terkeluar jantung!. Tapi hanya kepada Allah juga tempat untuk meminta petunjuk. Hidayah itu milik Allah. Doa supaya dilancarkan lisan.
Overall, Alhamdulillah, both cases went well [ehem....ikut tafsiran first timer, tapi kalau kena supervise mesti kantoi]..sebagai orang yang pertama kali handle klien secara real, pegawai di tempat saya memberikan dorongan positif. Kata dia, saya ok.cuma silap sana-sini itu normal. And in fact, I personally did not expect to be perfect. Flaws are perfectly normal for beginners like me. Always a first time for everything. But always try at best to improve gradually, InsyaAllah.
Lepas tamat dua-dua kes, terus rasa nak TUMBANG!...serious...huhu...rupa-rupa penat juga bila kita kerah otak untuk memproses maklumat secara pantas. Segala keywords perlu diproses. Saya kena improve kemahiran mendengar dengan lebih banyak lagi. Supaya maklumat boleh ditafsir dengan lebih pantas dan keywords dapat dikesan. Patutlah di oversea, orang sanggup bayar mahal hanya untuk orang lain dengar cerita dia...huhu
All that i can conclude is that - seorang kaunselor adalah jurutera jiwa -..haaa...kelas kan jawatan tu. Setakat jurutera benda tak hidup belum cukup mencabar (sorry...no offence) cuba la jadi jurutera kepada benda hidup yang punya akal sendiri, nilai sendiri dan hati yang berubah-ubah. Welcome aboard!
Saya teringat akan pesanan pensyarah saya pada sem lepas:
"Setiap yang keluar dari kita adalah penyumbang kepada akaun amalan kita. Elok bicara kita, eloklah akaun kita"...
Amacam? Sentap kan...huhu...namun ia buat saya lebih berhati-hati dalam melaksanakan amanah ini. Benar, lisan yang tidak dipimpin oleh hidayah Allah akan mudah tergelincir. Moga Allah merahmati dan memberi hidayah kepada saya.
Apapun, Alhamdulillah untuk hari ini. InsyaAllah waktu akan datang akan lebih bersedia.
M.
No comments:
Post a Comment