Saturday, 19 July 2014

Ada apa dengan malam-malam terakhir??

Assalamualaikum wbt

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Kini kita telah memasuki ke fasa 10 malam terakhir ramadan. Bagaimana iman kita? semakin sihat kah atau semakin lalai dikejar dunia. Allahurabbi, kepada Allah jugalah tempat kita memohon keredhaan.

Ada apa dengan 10 malam terakhir ni ek?

Rasanya kat internet, blog-blog dan kitab-kitab kita dah banyak merungkai fadhilat atau kelebihan malam-malam terakhir ramadhan ni kan. Jadi tak perlulah saya jelaskan kat sini sebab saya bukanlah orang yang ahli dalam bidang ni. So boleh check-it-out kat link ni : http://bukitbesi.blogspot.com/2013/07/kelebihan-malam-10-terakhir-ramadhan.html

Apa yang saya nak share ni berkaitan dengan keadaan kita, manusia yang jiwanya sangat rapuh dalam menghadapi ujian dari Illahi. Walaupun dibibir sering kita cakap bahawa kita redha dengan ketentuan Allah, kita cakap kita tahu bahawa segalanya adalah qada' dan qadar Allah, kita cakap kita sedar bahawa dunia ini adalah pentas ujian - tiada lain hanya untuk diuji. TAPI betul ke? hati pulak macam mana? seiringkah hati kita dengan bibir kita. Biasanya kedua itu bercanggah. Bibir kata yakin, hati masih ragu. Jadi bagaimana jiwa kita nak tenang?

Saya nak bawa korang menjelajah dunia jiwa manusia yang sering berbolak-balik. Banyaknya kes yang diadu ditempat kerja saya sepanjang bulan puasa ini mengundang tanda SOAL yang sangat banyak. Kenapa dibulan yang barakah ini masih banyak pasangan yang bertelagah, bercakaran, dan inginkan perpisahan? Kenapa manusia menjadi sebegitu lalai dalam menjalankan amanah Allah yakni membina keluarga yang bahagia. Benar perkahwinan itu satu ujian kerana perkahwinan adalah satu ibadah - sedangkan solat pun syaitan kacau, inikan pula perkahwinan. Tapi soalnya sekarang - bulan ramadan syaitan dikurung lalu apa yang menjadi punca banyaknya kes dibulan yang mulia ni??

Sedih, itulah apa yang saya rasa sekarang (ambil tisu lap air mata..) Kenapa saya sedih? Sebab saya melihat sendiri bagaimana lafaz taklik a.k.a perjanjian suami ke atas isteri semasa pernikahan telah diambil mudah, dibiarkan berlarutan sehingga bertahun-tahun tempoh perkahwinan. Hati terdera kerana masing-masing culas dalam melaksanakan tanggungjawab. Semua sibuk memperkatakan hak sendiri tapi sering lupa tanggungjawab diri sendiri. Lebih mengharapkan orang lain menunaikan hak kita, tapi kita gagal menunaikan hak orang lain.

Sepatutnya bila dah masuk fasa 10 malam terakhir, kita berlumba-lumba bermunajat kepada Allah..hati kita sepatutnya bertambah yakin dan tenang. Tapi sayang...jumlah kes masih juga tidak surut. Ada sahaja kes yang mendatang..sampai kaunselor jatuh migrain! X_X. Marilah kita fikirkan bersama. Sekiranya pasangan-pasangan yang ada mengalami masalah seperti ini terlalu ramai, bagaimana anak-anaknya? bagaimana perkembangan emosi anak-anak? bagaimana anak-anak ini nanti mampu menjadi modal insan yang berguna kepada negara? dan bagaimana anak-anak ini dapat melahirkan generasi umat muhammad yang cemerlang? Ayuh sedarlah..jika pangkalnya rosak, entah bagaimana hujungnya

Sering kali seusai kes-kes yang saya handle, saya akan cadangkan kepada kedua pasangan untuk buat solat taubat. Kita tak tahu mana silap kita. Kadang kita buntu bagaimana untuk keluar dari konflik yang mencengkam jiwa. Kembalikan hati kalian kepada yang menciptakannya. Allah telah memberi jodoh pada anda, maka Dia jugalah yang mampu menjawab segala masalah

Jadi ada apa dengan malam-malam terakhir?

Walaupun kita sibuk dengan ibadah kita, jangan lupa memikirkan tentang nasib umat Muhammad juga. Sedang anda bahagia dengan keluarga, ada keluarga diluar sana yang sudah diambang perpecahan..marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan seluruh umat Islam kerana kita bersaudara.

Semoga malam-malam terakhir ini membawa lebih rahmat kepada kita dan semoga Allah redha dengan usaha kita yang sangat kecil ini.


M.

No comments:

Post a Comment