Bila langkah mula perlahan,
Bila kudrat makin tertahan-tahan,
Ayuh!..bangkit mensucikan diri.
Bila kepala mula terasa panas memikirkan logik dan fakta,
Bila tangan mula kebas menari-nari diatas papan kekunci,
Bila kaki mula lenguh, duduk tanpa henti...
Ayuh! berwuduklah..
Sejukkan kepala, hilangkan lenguh dan kebas.
Bila bosan menanti pada yang belum pasti,
Bila sakit menunggu jawapan tak kunjung tiba,
Ayuh! sujudlah kepada yang SATU,
Dia yang memiliki segala-galanya.
Pendekkan madahmu dengan manusia,
Panjangkanlah doamu dengan Pencipta,
kerana..
"Hanya kepadaMu aku sembah, dan hanya kepadaMu aku meminta pertolongan"
La Tahzan!..Innallahama'na
No comments:
Post a Comment