Thursday, 16 May 2013

Ar-Rahman, Ar-Rahim

Ar-rahman..Ar-rahim…

Hayunan langkah dalam jalan mujahaddah tidak selalunya senang…ada kala meter iman melonjak tinggi..pada masa lain pula meter iman seakan meminta top-up!...tapi sungguh Allah itu Ar-rahman, Ar-rahim..maha pengasih dan maha penyayang..

Sedar tak sedar hampir setengah tahun sudah berlalu…satu tempoh yang terasa sangat singkat.dalam tempoh itu saya mengenal kehidupan dari sisi yang berbeza…mula cuba membuka mata hati.tapi kudrat diri masih belum mampu mengenal cinta hakiki…

Bagaimana nak kusyuk kalau tak kenal Allah!..nah…panahan tepat ‘headshot’ kena pada diri..hati menangis..betapa saya tak kenal pencipta saya…bagaimana nak undang tangis dalam doa kalau diri masih angkuh dengan dosa lama!..sekali lagi diri ditarbiah…terduduk!

Biar dalam tawa ustaz memberi ilmu…tapi hati si penerima cukup terkesan…sampai bila?sampai bila masih mahu menyalahkan takdir..kenapa dan mengapa yang masih bermain difikiran…jauh di sudut hati masih mengharap takdir yang berbeza..seketika diri lupa akan janji untuk redha dan bertawakal..

Itulah sifat manusia..yang sentiasa bersoal-soal…sehingga buntu mencari jawapan..Dalam surah al-mulk, Allah mencabar kita untuk mencari kekurangan dalam setiap penciptaanNya termasuk takdirNya, dan pasti kita akan gagal menemukan kecatatan.

Every bad things are the pleasure in disguise…yup!..setiap yang buruk pasti ada hikmah..tapi kita lah (merujuk pada diri sendiri) yang malas nak berfikir dan mencari hikmah..lebih mudah menyalahkan. Hidup selalu tergesa2…mengejar apa yang diluar lingkungan tangan..tapi lupa untuk mengaudit amalan dan fikiran..apakah hari ini saya berkelakuan seperti ahli surga?masih jauh….kena usaha.

Saya berharap, mereka yang diluar sana…yang sama seperti saya..mengharapkan sinar Illahi…yang masih tercari-cari tujuan hidup…kenallah Ar-rahman, Ar-rahim…biar sedikit mana pun usaha kita..Allah tak pernah lengah…Allah pasti akan beri perhitungan..semua manusia itu baik dari fitrahnya…yang tersasar itu ujian…langkah kembali itulah hikmah!

Ayuh kita ingat kisah seorang lelaki dalam surah yassin..Dia kembali kepada kaumnya sambil berkata “ikutilah orang yang tidak meminta imbalan darimu”…orang ini sungguh telah menemukan Penciptanya..dia kenal dengan seluruh jiwanya…dan dia ingin semua orang tahu akan tingginya kasih dan sayang Allah agar kita dapat bersama-sama menghuni surganya.Sungguh surga itu adalah sebaik-baik tempat kembali…kouta sebagai ahli surga masih terbuka buat kita selagi masih bernyawa…

Kembali..kembali…dan kembali mengenali Ar-rahman, Ar-rahim…

Wallahu’alam,


M.

No comments:

Post a Comment