Thursday, 3 January 2013

Kita Punya Pilihan

Entry Bahasa Melayu

Bismillah..

Entry kali kita story2 pasal pilihan..(macam tagline celcom "The power is in your hand"..eceh!..)..Persoalan yang selalu bermain dalam fikiran saya ialah "Susah ke nak jadi baik?"..Sejujurnya memang kapasiti minda yang masih hijau ini mengiya kan persoalan yang timbul. Dalam hati mula cakap "Haah susah jugak" "Banyak nak kena jaga" "Nanti orang cakap poyo je lebih".. (yada..yada..yada...panjang sangat contoh dialog!..hehe..korang tambah2 sendiri lah dialog tu ye..^_^v)..Jadi persoalannya betul ke SUSAH nak jadi baik?
Bila hati mula menggasak pemikiran, mula timbul rasa ingin tahu dan nak cari jawapan..(mungkin dah fitrah manusia yang suka akan kebaikan...wallahualam..)..Macam mana sebenarnya nak jadi baik ni..saya masih belajar~..Ini hanya pendapat hamba Allah yang sangat dangkal ilmunya..
Kita sebenarnya diberikan pilihan - nak jadi baik ke kurang baik...(err...apa pilihan tu yek?kepala mula pusing2..@_@)..Okay jom kita mula dari kita bangun dari tidur..
1. Masa celik mata kita dah diberi pilihan nak cakap 'Alhamdulillah' atau menguap kuat2..
2. Masa kita masuk bilik air (settle2 aktiviti dalam bilik air tu..huhu..tak payah detail sangat kan..^^,) kita ada pilihan nak baca doa masuk&keluar tandas atau pun tak..
3. Bila kita nak pilih pakaian pulak - nak pilih yang tutup2 atau nak buka2...(kat sini yang ramai kalah..kan2?sebab saya pun camtu..sejam duk pilih baju SAHAJA..huhu...alahai perempuan..)..
4. Bila kita dengar radio atau lagu, kita pun ada pilihan - nak dengar lagu yang ala-ala head-banging atau lagu2 yang bersifat ketuhanan..^^,
5. Lagi satu, almaklum lah sekarang ni zaman ramai yang tahu BI dari bahasa arab..(erk..saya pun masuk dalam golongan ni..dush!..)..jadi ramai lah nak dengar lagu BI sebab lagu BI macam in-trend...tapi Alhamdulillah sekarang dah ramai pemuzik islamik yang mula berdakwah dalam lagu BI..jadi kita ada PILIHAN..(Semoga Allah memberkati usaha mereka..^^,)
6. Bila kita online pulak, (facebook,twitter,instagram,foursquare apa-sahaja-media-online..huhu..banyak sangat dah sekarang..) kita ada pilihan nak update status yang baik2 atau yang double meaning dan boleh buat orang sakit hati..terpulang pada kita.

Okay...banyak dah bagi contoh ni..huhu...ada lagi kalau kita renung2 kan balik..sebenarnya kita ada PILIHAN..jadi akal cetek ni mula berhujah dengan macam2 alasan..tapi saya rasa Allah dah bagi kesimpulan yang sebaik-baiknya untuk kita..

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Dan (salat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya"

~Surah Al-Baqarah:45-46~

Allah dah beritahu kita awal2 lagi...kebaikan itu bukan mudah tapi TIDAK MUSTAHIL..Jadi dengan ilmu yang sikit ni mari kita sama2 menentukan pilihan hidup kita..sebelum terlambat..sebelum nyawa sampai ke kerongkong..sebelum pintu taubat tertutup...Entry ini sebagai peringatan kepada saya juga..bila dah tulis, kita baca, kita ingat..InsyaAllah..


*The power is in your hand* *Just Do It* #ChillaxAllahKanAda
^_^

~Pictures are credited to Mr.Google~

No comments:

Post a Comment