Assalamualaikum
WBT.
Segala puji
bagi Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita selepas mematikan kita. Justeru
nikmat yang manakah kau dustakan?
Andai kamu
menjadi imamku,
Nikahilah
aku dengan cara yang paling terhormat.
Seperti mana
Rasulullah melamar Aisyah r.a
Andai kamu
menjadi imamku,
Lindungilah
aku dengan sehabis kudratmu.
Ingatlah
kamu kepada ayat Allah:
‘Laki-laki
(suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana
mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya . . .’ [An-Nisa’: 34]
Andai kamu menjadi imamku,
Ibumu akan menjadi yang nombor satu,
Akan tetapi,
Janganlah kamu menghalangi aku dari berlaku ehsan kepada ibu bapaku sendiri,
Sesungguhnya merekalah syurga pertamaku sebelum kehadiranmu.
Andai kamu
menjadi imamku,
Usahlah kamu
menghalang aku dari menuntut ilmu.
Kerana
sesungguhnya aku cinta dan rindu dengan ilmu.
Demi
sesungguhnya Rasulullah tidak menghalang para wanita pergi ke masjid untuk
menimba ilmu.
Andai kamu
menjadi imamku,
Bantulah aku
dalam urusan rumahtangga.
Ingatlah
kamu pada pesanan Nabi Muhammad:
Berbuat
baiklah kamu kepada isteri kamu.
Dan,
Sabarlah
kamu dalam mendengar leteranku.
Kerana
sesungguhnya Saidina Umar r.a turut bersabar apabila dileteri.
Andai kamu
menjadi imamku,
Teguhkan
iman kamu seandainya kita lambat punya zuriat,
Demi
sesungguhnya Nabi Zakaria a.s hanya mendapat anak di usia senja,
Namun itu
tidak pernah menggugat imannya kepada Rabb.
Tetapi,
Andai Allah
merezekikan zuriat kepada kita,
Usahlah kamu
bermegah-megah dengan jumlahnya,
Kerana Allah
berpesan:
‘Dijadikan
terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa
perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk-tumpuk . . .’
[Ali-‘Imran: 14]
Dan jangan
pula ia menghalangi kita dari tanggungjawab penuh terhadap agama.
Andai kamu
menjadi imamku,
Usahlah kamu
menyimpan kedukaan dan kesedihanmu,
Jangan kamu
malu dilihat lemah,
Kerana
sesungguhnya Rasulullah juga berbaring diriba Aisyah, disaat baginda sedih.
Andai kamu
menjadi imamku,
Sekiranya
kamu berjodoh lebih dari satu,
Doakanlah
agar aku diberi kekuatan untuk menerima ketentuan itu,
Ingatkan aku
bahawa kamu hanyalah pinjaman didunia, bukannya milikku mutlak.
Pujuklah aku
dengan mengingatkan aku bahawa cinta Allah dan cinta Rasul perlu mendepani
segalanya.
InsyaAllah,
akan aku tegar menempuhinya.
Tetapi,
Usah kamu
memulakan langkah itu dengan tidak mengawal ketat nafsu serta pancainderamu,
Sehingga
terlanjur punya rasa kepada yang lain,
Sesungguhnya
takutlah kamu akan azab Allah sekiranya kamu gagal berlaku adil.
‘Dan kamu
tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri-isterimu walaupun kamu sangat
ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu cenderung (kepada yang kamu
cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung . . .’ [An-Nisa’
:129]
Andai kamu
menjadi imamku,
Peganglah
erat-erat tali talak itu.
Ianya amanah
terhebat kepadamu.
Peganglah
talak itu ibarat nyawamu,
Kerana
sesungguhnya ia amat berat.
Namun,
Andai
terlerai juga dipenghujung jalan,
Andai yang
diimpikan tidak sepertinya berlaku,
Andai tiada
jalan pendamai yang lebih baik,
Maka
lepaskanlah aku dengan terhormat –
‘Dan jika
keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari
kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (Kurnianya), Maha Bijaksana’ [An-Nisa’: 130]
Andai kamu
menjadi imamku,
Pimpinlah
aku menuju redha Allah,
Ingatkan aku
dengan pesanan Rasulullah,
Didiklah aku
dengan hikmah.
M.
شركة تسليك مجاري بالرياض
ReplyDeleteشركة عزل خزانات بالرياض
شركة تخزين اثاث بالرياض
شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
شركة تنظيف شقق بالرياض
شركة تنظيف واجهات حجر بالرياض
شركة تنظيف واجهات بالرياض
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف واجهات زجاج بالرياض